Bab 6: Karnival

983 28 0
                                    

Kesemua mereka ke Dataran Bukit Paya seawal pukul tujuh pagi dengan menumpang kereta para senior. Sebagai runner, Fiona tak terlibat banyak melainkan dengan membantu menyediakan tapak jualan.

Pukul sembilan setengah pagi, orang ramai sudah berpusu - pusu memenuhi dataran. Fiona membantu Suriya mengupas kulit mangga muda, betik muda serta lobak. Hans datang sedikit lewat bersama Hana. Pelajar - pelajar dari fakulti mereka yang turut sama berjualan bertempik mempromosikan jualan masing - masing.

Telefon yang diletakkan di dalam poket apron berbunyi bingit. Fiona segera capai dan tekan butang 'accept call' setelah melihat nama Firdaus menari - nari di skrin.

"Hello, bie dah sampai ni. mana sayang? Adoi rimaslah, ramai orang ni. Bingit gila."

"Cepatnya sampai? Kerja sayang pun tak siap lagi ni. nanti orang marah pulak sebab tak tolong." Fiona rasa serba salah.

"Alah cakap jelah nak jumpa bakal suami! Bie parking dekat depan kedai kasut Harmony ni. Cepat!"

"Dekat dah tu dengan booth sayang." Fiona terpaksa menguatkan suaranya kerana urusetia program tiba - tiba memasang lagu.

"Okay. Bie tunggu." Firdaus tamatkan panggilan.

"Ouch!" Darah pekat mengalir dari ibu jari Fiona yang terhiris pisau pengupas buah.

Fiona merenjis - renjis tangannya, berdecit menahan sakit. Hazim yang kebetulan ada di sebelahnya terus memegang tangan Fiona. Segera ditekap luka di ibu jari Fiona dengan tuala 'good morning' bersih.

"Dalam jugak luka kau ni. kejap aku mintak First Aid dengan abang Hans. Kau tekap tuala ni kuat - kuat." Belum sempat Hazim mendapatkan Hans, lelaki itu sudah ada di belakang mereka berdua.

"Kenapa ni?" Suara Hans agak cemas melihat balutan tuala di tangan Fiona sudah bertukar warna merah. Fiona yang sememangnya penakut darah mula kepucatan.

"Terhiris pisau." Pendek jawapan Hazim. Dia kembali dengan kerjanya setelah Hans menyambut tangan Fiona yang cedera. Hans arahkan Suriya untuk membantu, lalu berlarilah ke kereta mamat tu demi mengambil peti pertolongan cemas.

Fiona yang duduk menunggu Suriya mengambil peti pertolongan cemas sudah mula kepeningan. Hans menghulur sebotol kecil minuman isotonik untuk mengelakkan Fiona daripada pitam. Telefon yang berbunyi berkali - kali Fiona biarkan tidak berjawab. Biarlah Firdaus menanti sebentar. Kaki tangannya sudah rasa sejuk dek kerana loya melihat darah sendiri.

Suriya datang dengan peti pertolongan cemas. Cepat - cepat dibersihkan luka Fiona yang sememangnya agak dalam.

"Sakit sikit." Kata Hans sambil mencurah larutan hidrogen peroksida ke luka Fiona. Luka di jari Fiona terus berbuih banyak.

Terjerit Fiona dek kerana pedihnya larutan itu terkena lukanya. Buih - buih warna merah yang membuak - buak Hans lap dengan kapas. Langkah itu diulang sekali lagi namun darah Fiona masih belum berhenti mengalir.

"Hanif, bagi aku ais." Arah Hans.

"kau cuba jangan panik. Tenang sikit. Sekarang kau tarik nafas. Good. Lepas nafas." Hans pegang bahu Fiona. Fiona mengangguk sambil berkali - kali cuba menarik nafas.

"Budak ni ada anxiety disorder agaknya ni." Hans pandang Bobo yang sedang membancuh air gula untuk jualan. Bobo senyum senget sambil melirik pada Hana yang sudah masam mencuka.

Hana yang dari tadi tercegat di sebelah Hans dibiarkan seperti tunggul. Namun lelaki itu bersungguh - sungguh merawat Fiona tanpa mempedulikannya hingga terbit rasa cemburu di jiwa Hana.

Hans rendam tangan Fiona dalam air ais selama beberapa saat. Darah serta merta berhenti mengalih. Kemudian Hans lap kering tangan Fiona dan sapu dengan iodine dan krim antiseptik. Akhir sekali, luka itu dibalut dengan gauze kemudian ditampal plaster.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now