Bab 4: Perjumpaan pertama Kelab Keusahawanan

1.4K 31 1
                                    

Semua berpusu - pusu ke cafetaria selepas kelas anatomi dan fisiologi tamat pada jam sebelas lima puluh lima. Namun, sebahagian besar mula melencong ke papan info AniScien saat ketua kelas, Rahim memberitahu tentang senarai nama ahli kelab yang baru dikeluarkan setengah jam tadi, masih panas kertasnya.

Namun Fiona, Ella, dan Linda ambil keputusan untuk ke cafetaria terlebih dahulu untuk mengisi perut. Nasi kerabu enak gerai nombor satu memanggil - manggil mereka untuk segera singgah ke situ. Ella pula lebih suka pada nasi ayam di gerai nombor dua.

"Nak makan apa Ella? Nasi ayam kuah gravy lagi ke?" Fiona menjenguk - jenguk di kaunter makanan. Ella sudah menghilang dalam lautan manusia yang cukup ramai.

"Ella ke gerai nasi kukus. Awak nak order apa Fiona?"

"Ikutlah. Nasi kerabu sebelah ni tak ada ayam goreng pulak. Jom makan nasi berlauk dekat gerai nombor tiga." Fiona beri cadangan, Linda pula hanya mengangguk.
Mereka duduk di meja paling hujung dan makan penuh bersemangat. Masing - masing lapar dek mengerah otak menjawab kuiz pertama anatomi tadi.

Selang dua meja daripada meja mereka, Hans dan Hana sedang makan bersuap. Hans siap lapkan tepi bibir Hana selepas gadis cantik itu selesai mengunyah. Nampak Hans sangat prihatin dan penyayang. Ella dan Linda tersenyum, manakala Fiona mula rasa meluat. Entah apa yang semua orang katakan, Hans dan Hana adalah pasangan yang paling 'sweet' di kampus. Pada Fiona, semua itu hanya mengada - ngada dan keterlaluan. Dia dengan Firdaus pun tak pernah serapat itu.

"Sweetnya. Dahlah sorang macho, sorang cantik." Linda sengih melihat telatah dua sejoli itu. Ella pula hanya mengangguk. Fiona mencebik.

"Tak rasa keterlaluan ke diorang berdua tu?" Fiona menyoal sambil mengacau ais di dalam cawan yang berisi sirap limau.

"A bit, tapi mungkin sebab diorang dah senior and Hana tu katanya anak 'somebody' dekat universiti ni so orang buat tak tahu." Linda menjelaskan duduk perkara sebenar.

"Dah. Settle makan, kita ke notice board. Mungkin waktu sebegini orang dah tak ramai." Ella angkat pinggan dan cawan kotor ke besen besar yang telah disediakan. Fiona dan Linda menurut lima minit kemudian.

WAJAH sugul Fiona tak dapat dibendung lagi tatkala melihat namanya ada tersenarai sebagai ahli kelab rekacipta. Pertama, dia bencikan fizik dan matematik walaupun dia dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Kedua, dia tak tahu kalau dia boleh berhadapan dengan Fatehah yang terang - terang sudah aim dia sebagai junior berlagak.

Ella sangat seronok, kerana namanya dihitamkan dengan tulisan 'ketua junior'. Manakala Linda yang memang pandai menyanyi dan mendaftar di kelab kebudayaan turut disenaraikan dalam kelab yang sama dengan pilihannya.

"Nampak sangat senior garang nama Teha ni memang dah aim saya kan?" Fiona meluahkan rasa sedihnya saat mereka menapak menaiki tangga untuk ke bilik masing - masing. Ella dan Linda tidak menjawab. Masing - masing cuba berfikir untuk mencari idea bagi menenangkan Fiona yang ketara sedihnya.

"Sabarlah Fie. Mungkin Kak Teha nak tengok sejauh mana bakat awak boleh berkembang. Kelab rekacipta not bad, kan?" Linda pujuk Fiona.

"Semua kelab tu, not bad. Cuma harapan saya dapat join kelab usahawan sebab nak dapat sikit duit poket untuk sara hidup dekat sini. Serius saya cakap, saya memang perlukan duit supaya saya tak membebankan mak saya yang tengah sakit." Suara Fiona menggeletar.

"Kami faham keperluan awak tu Fie. Cuma kita sebagai junior, tak ada apa yang boleh kita ubah kalau senior dah tetapkan macam tu untuk kita." Ella menambah.

"Nanti kita sama - sama fikir macam mana nak buat duit melalui kelab rekacipta, ye Fie?" pujuk Ella lagi.

Fiona akhirnya berjaya mengukir satu senyuman, walaupun kelihatan tawar.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now