Bab 31: Ikhlaskah Mencintai?

1.1K 29 10
                                    


Cahaya mentari yang bersinar pucat, mengejutkan Fiona saat pancarannya menerjah mata di sebalik langsir yang sedikit terbuka. Dia masih di bilik Hans, namun lelaki itu tiada di sisi.

Fiona panik tiba – tiba. Diperiksa seluruh tubuh, mencari kalau – kalau ada ketidaknormalan yang berlaku di tubuhnya. Dia masih lengkap berpakaian walaupun nampak serabai.

Telinganya menangkap bunyi deruan air di bilik mandi, pastinya itu adalah Hans. Segera Fiona bingkas dari katil itu lalu bergerak menuju ke pintu bilik.

"Eh, dah bangun? Chill dululah, aku belum siapkan breakfast lagi."Hans keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala paras pinggang. Terpaku seketika Fiona melihat tubuh sasa Hans dalam keadaan separa basah sebegitu.

"Sorry, saya nak mandi dulu. Saya siapkan breakfast pun tak apa." Segera Fiona menolak daun pintu. Namun langkahnya terhenti saat tangannya disambar Hans, kasar. Fiona berpaling menghadap Hans.

"Kenapa?" Melihat wajah kacak Hans yang merenungnya dengan riak serius, dada Fiona mula berentak laju. Dia mula rasa malu ditenung sebegitu.

"Maaf hal semalam. Kau... Aku rasa kau cantik sangat. Maaf okay." Suara Hans mendatar. Fiona diam tak menjawab. Kenangan semalam kembali menguasai mindanya.

Semalam, dia hampir tewas dalam dakapan Hans. Mujur masing - masing sedar batasan masing - masing. Kalau tidak, mungkin pagi ini dia bangun tidur dalam keadaan berbogel.

"And aku masih tak faham sebenarnya, kenapa perangai kau, muka kau semualah sama sangat dengan orang yang aku sayang sangat tu." Fiona mengeluh, perasaannya memberontak kini.

Jujurnya, dia sudah jemu dengan kenyataan Hans yang setiap masa mahu menyamakan dirinya dengan arwah adiknya, Farah.

"Kau jangan salah faham. Maksud aku, hm.. abaikanlah. Dah kau pergi mandi. Nak buat breakfast kan? Aku tunggu." Ibarat dikuasai, Fiona patuh dengan arahan Hans. Lelaki itu merapi dirinya sementara Fiona mandi.

Turun ke tingkat bawah, Hans sedang membaca Komik Naruto. Mereka bertentang mata, lalu sebuah senyuman kecil Hans hadiahkan kepada Fiona. Fiona tidak membalas, dia segera ke dapur dan memeriksa barang – barang yang boleh digunakan untuk membuat sarapan.

"Kau pandai masak ke?" Tegur Hans, memecah kesunyian di tingkat bawah itu.

"Anak orang susah kot, takkanlah tak pandai memasak?" Fiona ketawa. Dia mengeluarkan satu tin kacang panggang lalu dipanaskan. Sementara itu, dia menjerang air untuk dibuat air kopi panas.

"Fie, kau percaya karma tak Fie?" Hans yang berada di ruang tamu, bercakap sedikit kuat supaya didengari Fiona.

Fiona terdiam, mendengar pertama kali Hans memanggilnya dengan panggilan 'Fie'. Telinganya rasa sesuatu yang lebih dingin menerjah masuk.

"Depends, kadang – kadang benda tu bukan karma pun. Sebab apa dugaan yang kita dapat sekarang, mungkin berpunca daripada perbuatan orang lain."

"Contoh, aku rapat dengan kau sekarang. Tiba – tiba, awek aku jealous and dia curang dengan orang lain. Tu kira salah aku or salah dia?" Hans terpacul di dapur dengan wajah ingin tahu. Dan Fiona pelik sekarang, kenapa dia pula jadi tempat buat rujukan?

"Tu macam salah awak je." Fiona ketawa. "Macam mana pulak kalau awek aku tu memang jenis tak cukup sorang lelaki, tapi dia sayang aku sebab nak pertahankan benefit dia aje?" perbincangan Hans semakin berbaur serius. Fiona terdiam, sambil tangannya ligat membalikkan puff omelettenya di kuali.

"Kenapa sebenarnya ni, awak?" Fiona cuba menduga. Hans hanya mengeluh. Dia merapati Fiona yang sedang mengangkat hidangan ke dalam pinggan. "Macam mana omelette kau boleh gemuk sangat ni?" hans mencucuk – cucuk puff omelette Fiona dengan jari.

"Tak payah ubah topik, apa yang tak kena sebenarnya ni?" Fiona cekak pinggang, pandang Hans dengan wajah serius.

"Aku dah break dengan Hana." Perlahan saja suara Hans menyatakan perkara itu. Namun Fiona gagal menyelami reaksi wajahnya ketika ini. Dia cukup bersahaja.

"Se.. Sebab saya ke?" Fiona rasa cukup gelisah. Dia tidak mahu jadi punca kepada keretakan hubungan Hans-Hana walaupun jelas – jelas memang dia yang akan dipersalahkan oleh semua kaki dakwa andai berita ini tersebar nanti.

Hans usap kepala Fiona, perbuatan yang memang jadi tabiatnya sejak mula mengenali gadis itu.

"Aku dulu kuat gila mabuk. Berkenalan dengan Hana pun dekat club kot. Masa aku tengah sedih, dia duduk sebelah aku menangis – nangis jugak bercerita pasal family yang tak memahami. Aku rasa aku macam boleh meluah perasaan dengan dia. Selesa dengan dia sebab dia faham situasi aku. Satu malam tu, aku takdelah terlanjur lebih – lebih, ada make out sikit – sikit and entah kenapa aku boleh tertidur berdua dengan dia dalam kereta, depan rumah dia. Bodoh,kan?"

Hans berhenti bercerita seketika, dia memberi ruang untuk Fiona menyediakan sarapan pagi mereka di meja makan. Setelah segalanya sempurna, dan Fiona mahupun Hans sudah mengambil tempat duduk masing – masing di kerusi, Hans kembali bercerita.

"Mak dia ketuk – ketuk cermin tingkap sambil curse aku dengan macam – macam makian. Aku dahlah baru bangun, tiba – tiba kena maki dengan orang tua, tak mental ke aku? Masa mak Hana ni cakap nak tarik balik segala kemudahan yang dia dapat sebab perangai liar sangat, aku konon datang jadi penyelamat. Aku cakap aku akan jaga Hana ni sampai kitorang nikah, so please jangan tarik semua kemudahan yang dah diberi pada dia. Lagipun aku sumpah depan mak dia, aku tak buat lebih – lebih, sekadar berpeluk je. Barulah mak dia cool down."

"Awak pernah buat apa – apa ke dengan dia?" Fiona tiba – tiba bertanyakan soalan bodoh. Hans ketawa. "Siapa je yang tahan dengan Hana tu? Waktu tu aku rasa memang aku beruntung sebab dapat dia. Sebelum aku tahu tembelang dia yang busuk tu. Sebelum dengan aku, ataupun masa dengan aku entah berapa ramai jantan yang dapat ratah dia, aku pun tak tahu. Telinga aku ni sentiasa dengar macam – macam cerita tentang dia ni. tapi aku selalu fikir, orang jealous sebab kenapa aku pulak boleh dapatkan Hana kan, dia budak hot." Ada riak bangga terselit di wajah Hans. Dia menarik nafas seketika sebelum menyambung.

"Sampailah pagi tadi, ada someone bagi video dia projek dengan Razin celaka tu. And aku dengar dengan jelas, dia sanggup buat apa saja untuk singkirkan kau dari kampus tu." Berderau darah Fiona mendengar kenyataan terakhir yang dikeluarkan oleh Hans itu. Video yang Nasuha rakam sewaktu mereka mengintai di dalam kabinet panas itu sudah tersebar?

"Siapa bagi? Betul ke tu Hana?" Suara Fiona menggeletar teruk. Dia sebolehnya tidak mahu rakaman video itu diketahui sesiapa sebelum masanya tiba, namun kini ia sudah sampai terus ke pengetahuan Hans.

"Aw.. Awak janganlah marah and pukul dia dah. Mungkin dia desperate sebab terlalu sayangkan awak, kot?" Fiona masih cuba memujuk Hans. Dia takut Hans akan naik gila dan membelasah Hana pula.

"Tak, aku tak marah. Dah tak ada kepentingannya lagi untuk aku marah. And dia buat semua tu memang sebab terdesak, terdesak untuk tutup segala perangai liar dia, bukan sebab sayang aku pun." Hans tersengih sambil tunjukkan Fiona berbaris – baris lagi rakaman video Hana dengan Encik Razin.

"Dua video waktu kau dah masuk sini, selebihnya sebelum kau masuk. So, dia curang dengan aku sebab kau ke Fie?" Hans usap tangan Fiona.

"Takut je, sebab dia sentiasa blame saya atas sebab awak terlalu rapat dengan saya."

"Persetankan. Dia boleh buat hal dia sendiri lepas ni. eh Fie, sedap betul omelette gemuk kau ni."

"Oh, by the way. Tu puff omelette namanya. Saya pukul telur dengan sikit air soda. Tu jadi kembang tu. Sedap kan?"

Hans makan sambil tersenyum. Namun jauh di sudut hati, Fiona tahu lelaki itu sedang menyembunyikan kesedihannya.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now