Bab 2: Selamat Datang Junior!

1.7K 32 2
                                    

"Fiona, bangun! Bukan awak punya meeting dengan senior pukul sembilan malam ke? Ni dah lapan empat puluh lima. Bangunlah. Nanti lewat." Julia menggerak – gerakkan tubuh Fiona yang masih lena dibuai mimpi. Bau semerbak gel mandian Palmolive Lavender menandakan Julia baru selesai mandi.

Seminggu orentasi yang cukup memenatkan dibalas dengan tidur sepuas hati hingga ke malam. Mujur ada Julia mengejutnya. Jika tidak sudah pasti Fiona akan dicop sebagai junior yang tidak mahu menyumbang kerana belum apa - apa dah memonteng.

Selesai mandi dan bersiap, kali ini dia memakai seluar kapas warna hitam serta baju lengan panjang warna sama. Rambut sengaja dibiar melepasi bahunya, cuma diklip di bahagian atas sedikit daripada telinga menggunakan klip berbunga daisy sebesar syiling lima puluh sen.

Fiona bergegas ke bilik Ella. Teman barunya itu juga baru selesai mandi dan bersiap dengan wajah yang masih sembab.
"Puas tidur?" Fiona mengusik Ella.

"Ikutkan hati, saya nak tidur sampai esok. Senior – senior ni tak ada kerja lain ke sampai serabut nak buat perjumpaan malam ni jugak? Diorang kan baru sampai kampus siang tadi, semangat gila nak jumpa junior." Ella meluahkan rasa tidak senangnya kerana merasakan masih belum puas dia berehat. Fiona hanya jungkit bahu.

"Fas, course korang tak ada buat meeting ke?" Fiona menyoal teman sebilik Ella yang mengambil jurusan Kejuruteraan Pertanian.

"Uish. Of course takkan buat dalam masa terdekat ni. Esok baru nak mula kuliah, baru start semester baru. Paling awal pun mungkin kitorang akan buat next week. Korang memang bersemangat. No wonderlah setiap tahun dapat jadi course terbaik!" Sambil – sambil itu Fasihah sibuk melipat pakaiannya ke dalam locker yang disediakan oleh pihak asrama.

"Oh really? Ada pertandingan ke?" Fiona teruja ingin tahu. Kenapa dia tak tahu lansung tentang ini? Dan kenapa taklimat berkenaan jurusan terbaik setiap tahun tidak dilakukan oleh pihak pengurusan kampus?

"Siang tadi saya nak ke koperasi, lalu susur ke blok pejabat pensyarah. Dekat notice board situlah saya jumpa ada tertampal anugerah course cemerlang. Sejak lima tahun lepas memang AniScien jadi course terbaik." Fiona mengangguk. Nama AniScien yang merujuk kepada Animal Science memang tak asing lagi antara yang terhebat di fakulti pertanian ini.

"I see. Okay Fas, kitorang gerak dulu. Bye." Fiona melambai Fasihah dan berjalan terlebih dahulu meninggalkan Ella yang sedang melilit tali sandalnya.

Mereka sampai ke bilik kuliah A2 di aras satu lebih kurang pukul sembilan lima minit malam. Beberapa orang pelajar junior dan senior sedang mengemas kerusi lalu disusun di belakang bilik kuliah. Beberapa orang pelajar senior yang lain sedang berbincang sesama sendiri manakala selebihnya buat hal sendiri dengan telefon masing – masing melekat di tangan.

Fiona nampak Hazim sedang berbual mesra dengan beberapa orang senior perempuan. Rasa menyampah tiba – tiba menyerbu jiwa Fiona.

'Attention seeker.' Getus Fiona. Dia tidak mahu memandang Hazim lebih lama. Makin sakit pula hatinya.
Fiona ambil tempat duduk paling belakang. Segera dia memasang Sony MP4nya. Dia tak mahu ambil tahu tentang apa yang dikepohkan mereka. Asalkan dia datang tunjuk muka, sudah cukup baik. Ella juga sudah hilang entah ke mana dalam lautan pelajar AniScien yang semakin meramai.

Kepala Fiona sedikit mengangguk melayan lagu yang sedang bermain di playlistnya. Lagu Breakfast in America dendangan Supertramp memainkan intro, Fiona kuatkan volum.

"Okay! Syh. Syh! Behave okay, behave. Kita di tengah malam ni, and kita bukan kambing dalam kandang kan?" Seorang senior perempuan dengan rambut pendek menepuk – nepuk tangannya untuk mendapatkan perhatian semua pelajar.

Fiona kira – kira, cuma ada lebih kurang tiga puluh orang pelajar tahun akhir yang hadir ke perjumpaan itu. Dia mengeluh. Oh, mereka junior. Jadi mereka tiada hak untuk mempertikaikan jumlah senior yang terlalu sedikit hadir ke perjumpaan 'penting' itu.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now