Bab 17: Hero Sebenar

881 32 5
                                    

Mereka tiba ke destinasi lebih kurang jam sepuluh setengah pagi. Masing - masing teruja untuk merasai keseronokan bermain dengan kambing bebiri, walau penat macam nak mampus. Di sana, mereka disambut pegawai ternakan bertugas, Cik Intan.

Sempat jugalah Fiona bermanja - manja dengan anak bebiri yang gebu dan gemuk - gemuk. Tengok mereka melompat - lompat, rasa gembira dan bahagia.

Cik Intan bawa mereka melawat ke semua bahagian di ladang daripada kandang anak kambing, induk kambing, tempat makanan, bilik rawatan kambing, serta padang ragut. Keluasan ladang itu lebih kurang sembilan puluh ekar dan mereka sangat kepenatan. Masing - masing dah merungut panas dan penat.

Tak lama di situ, ketiga - tiga bas mula bergerak ke Chalet Bukit Angin yang bertempat di Pekan, Pahang pada jam lima petang dan sampai kira - kira empat puluh minit kemudian. Ikutkan pada tentatif program, malam ini mereka akan adakan jamuan barbeque di kawasan chalet.

Fiona tertidur kepenatan hingga terlentok kepalanya di bahu Jason. Suasana dalam bas sangat sunyi, yang kedengaran hanya sayup bunyi radio yang dipasang pemandu bas sebagai peneman untuknya memandu.

Tersentak Fiona saat merasakan kepalanya ditolak, walaupun dengan pergerakan lembut. Lebih terkejut lagi apabila saat dia buka mata, di celah kerusi antara dia dan Jason terselit satu fail kulit keras dengan wajah watak antagonis 'Joker' dalam Filem Batman terpampang di fail itu.

Fail itu memisahkah kepala Fiona dan Jason, memang berniat untuk memisahkan mereka.

"Apa awak buat ni?" Fiona tarik fail itu dan campak ke atas riba Hans. Hans berwajah selamba, fokus pada permainan di telefon bimbitnya.

"Apa kata kau unblock semula WhatsApp aku? Payahlah aku nak info apa - apa." Hans tak menjawab soalan Fiona.

"Kenapa Fiona?" Jason terjaga, menggeliat sedikit lalu menarik hujung baju Fiona yang sedang memaling tubuhnya ke kerusi belakang, tempat duduk Hans.

"Takde apa. Fail dia terjatuh celah kerusi kita ni." Fiona kembali duduk di kerusinya. Dikeluarkan telefon bimbit lalu nama Hans dikeluarkan daripada senarai nombor yang disekat.

Hans [17:35]
Good. Aku ada selit RM50 kat beg kau.
Saja info, nanti kau tak perasan pulak.

Fiona [17:35]
Dah kenapa bagi saya duit?
Adoi, takpe saya pulang balik.

Hans [17:37]
Woi, janganla pulangkan! Kau ni 😠
Bukan ke abang memang patut pastikan adik dia ada duit?

Fiona [17:38]
Kalau nak pastikan, pastikan jelah. Yang sampai selit - selit duit dah kenapa?

Hans [17:38]
Jangan derhaka boleh tak?

Fiona ketap bibir. Bagaimana patut dia terangkan lagi, dia tidak perlukan semua itu? Fiona membuang jauh pandangannya ke luar tingkap. Suasana pantai begitu mendamaikan, namun hatinya sedikit panas.

Hans [17:40]
Peduli apa kalau kau marah.😬🙄

BILIK Chalet yang mereka tempah di Chalet Bukit Angin itu adalah dari denis dormitori dengan kapasiti dua puluh penghuni setiap bilik.

Fiona, Ella, dan Linda memilih untuk duduk bersama di bilik yang betul - betul menghadap laut. Nasib mereka baik kerana Linda dapat kunci bilik lebih awal memandangkan abangnya Adam bertugas menguruskan penginapan.

"Ei Ella. Apalah awak ni. tak bagitahu pun kat saya yang Abang Adam suka awak. Huh, abang pun satu, dia lansung taknak info apa - apa pada saya. Baru hari ni saya tahu hal sebenar." Linda masih tak percaya, Ella rupanya sedang hangat bercinta dengan abangnya.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now