Bab 3: Firdaus, Fiona

1.7K 32 0
                                    

"Hello ibu, banyak kali Fie cuba call ibu tapi tak berjawab. Ibu okay tak ni?" Fiona keresahan kerana sejak semalam dia cuba menghubungi ibunya namun baru hari ini ibunya menghubungi kembali. Terdengar suara ibunya terbatuk - batuk.

"Alhamdulillah sihat. Kalau sakitpun mungkin sebab rindu dekat anak ibu ni. Fie sihat ke?" Maria cuba menahan batuk yang menghambat nafas.

"Fie pun rindu ibu." Fiona sudah tidak mampu menahan rasa. Setitis demi setitis air mata jatuh membasahi pipi.

"Eh, menangis pulak dia. Nak berjaya ke taknak ni? Hari tu janji apa dengan ibu?" Maria bersuara tegas.

"Ada masalah ke kat sana? Kena buli?" Fiona diam, tidak menjawab soalan yang Maria utarakan.

"Semua masalah datang dan pergi. Ia cuma untuk menguji sejauh mana kekuatan kita mengemudi hidup. Ingat tu." Maria masih bertegas. Namun jauh disudut hati, runtun juga jiwanya mendengar anak seorang itu teresak - esak menangis.

"Okay, bu. Sebenarnya seronoklah duduk sini, bu. Sebab sambil belajar boleh buat duit."

"Ibu nak Fie fokus belajar je. Tak payah nak cari duit ke apa. Kalau tak cukup jangan risau, ibu ada."

"Ish ibu ni. Macam ni ceritanya. Setiap course ada lima kelab yang kita boleh join. Dalam banyak - banyak kelab ni, Fie pilih kelab keusahawanan. Alang - alang wajib join kelab, baik Fie pilih kelab yang mendatangkan duit. Tak begitu, bu?" Fiona cuba bersuara riang.

"Hm. Ikutlah Fie. Asalkan kamu belajar sungguh - sungguh dan buat semua orang bangga dengan kamu." ungkap Maria.

"Ye ibu. Okaylah Fie call lagi nanti. Assalamualaikum."

Fiona menamatkan panggilan. Dia termenung jauh sebelum satu pesanan Whatsapp masuk. Tertera nama Firdaus di ruang notifikasi.

Firdaus [18:23]
Sampai hati sayang lansung tak text bie hari ni.

Fiona [18:30]
Chill- baru balik kelaslah. Adoi.

Firdaus [18.30]
Habis bie ni tunggul?
Sayang?

Firdaus [18.31]
Hmm sayang.

Fiona [18:47]
So sorry, bie. Baru lepas mandi 
Sayang tak boleh cope lagi dengan tempat ni.

Fiona [18.50]
Where'd you go when i need you the most bie?
Sekarang baru nak sembang soal tunggul.

Firdaus [19.00]
Hm sorry jugak. semalam ada hal.

Fiona [19:01]
Hal apa? Kerja?
Hmm

Firdaus [19:05]
Adalah.

Fiona [19:05]
Ha tulah masalah bie. Dahlah. Penat. Bye.

Firdaus [19.10]
Kita jumpa?

Fiona [19:10]
Malas

Perbualan mereka tergantung begitu saja. Sejak sebulan dua ini, Firdaus banyak mendiamkan diri. Hingga Fiona langsung tak rasa yang dia sebenarnya ada kekasih. Kali terakhir mereka berjumpa, Firdaus kelihatan begitu kurus dan tidak terurus. Entah apa yang dibuat belakangnya pun Fiona tak tahu.

Fiona sudah puas cuba memahami apa yang berlaku dalam kehidupan Firdaus namun lelaki itu sangat perahsia orangnya.
Terus - terang Fiona fikir, dia sudah bosan mengambil hati Firdaus. Firdaus datang dan pergi sesuka hati tanpa mempedulikan perasaannya.

MALAM itu, berkali - kali Firdaus menelefonnya. Setelah Fiona rasa muak, barulah dia rajinkan diri mencapai telefon yang dicas di meja belajar.

"Hello. Ada apa?"

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now