Bab 7: Perang Nota

891 22 3
                                    

Linda pernah menyuarakan isi hatinya yang risaukan Fiona kerana berkemungkinan Hana akan menjadikan gadis itu sebagai sasaran. Fiona tidak takut. Dia rasakan bahawa dia bukan sesiapa dalam kisah cinta antara Hans dan Hana. Dia tahu siapa diri dia di mata Hans, dan siapa pula Hana yang sangat dicintai Hans itu.

"Linda, macam mana awak tahu banyak perkara sangat tentang kampus ni?" Fiona tidak pernah terfikir untuk bertanyakan soalan itu sebelum ini, padahal jiwanya sentiasa menyoal kenapa Linda tahu hampir semua perkara di sini.

Linda senyum sambil mengacau ais dalam gelas air limaunya.
"Kalau Hazim anak Dr. Zack, Nasuha adik Fatehah, saya pulak adik Adam." Mata Fiona dan Ella buntang memandang Linda.

"Dah sebulan duduk sini tapi tak ada sapa - sapa tahu. Hebat kan kitorang?" Linda ketawa geli hati.

"Padan korang ada iras, and dua - dua pandai menyanyi!" Ella teruja.

"Padan perwatakan awak sama macam Abang Adam. Ceria je selalu." Fiona perincikan lagi wajah Linda. Mata mereka sama, senyuman juga sama.

"Abang lagi hebat menyanyi berbanding saya. Dia selalu bangga sangat." Linda menghabiskan wafel perisa perisa coklat dan mentega kacang yang masih berbaki secebis di tangannya.

"Sebut soal Hazim, haritu masa jari saya luka dekat booth jualan, dia orang pertama yang bantu saya. Pelikkan? Dia nampak macam benci saya, tapi hati dia baik." Fiona memandang telus ke dinding cafetaria. Peristiwa bersama Hazim terlayar dalam panggung imaginasinya. Not to mention, dia peluk Hazim waktu tengah emosi menangis.

"Hazim tu, jangan terkejut dengan sikap dia, Fie. Sebab saya pun pernah kena dengan dia." Ella ketawa sambil menggelengkan kepala.

"Serius? Awak pun kena juga? Dia buat apa?" Fiona teruja mahu tahu. Sekurang - kurangnya tak adalah dia sentiasa beranggapan Hazim bencikan dia selepas ini.

"Kes hari tu kan?" Linda pula ketawa terkekeh - kekeh. Ella mengangguk.

"Hari Isnin lepas, saya dengan Linda ke library lepas kelas Madam Syida. Dia ada bagi homework tentang executive summary. Then saya macam tergopoh - gopoh habiskan wafel saya sebab Linda dah ready nak masuk dalam library. Elok je saya habiskan wafel dan teguk air, Hazim lalu sebelah saya sambil jeling. Nak tau dia cakap apa?" Ella sengaja berteka teki.

"Apa dia?"

"Kau ni Ella, kalau kau makan elok - elok pun bukannya library ni lari tinggalkan kau. Lagi satu, kau suka sangat makan wafel dengan marjerin and peanut butter. Bahaya kot? Banyak trans fat. Aku tengok kau ni sebulan je duduk sini badan dah macam kena pam." Ella mengajuk gaya percakapan Hazim dengan wajah kosongnya.
Terburai tawa Fiona dan Linda.

"Saya sendiri tak pernah terfikir kandungan trans fat dalam makanan harian saya, dia boleh pulak memerhati. Sometimes, Hazim ni creepy juga kan?"

"Dia macam nak berkawan dengan semua orang, but in nasty way. Dia tu yang berlagak bagus sebenarnya. Tapi honestly, dia memang baik." Fiona tersenyum.

"Ada apa - apa ke korang berdua ni?" Ella dan Linda tanya Fiona serentak.

MEREKA kemudian ke pusat pelajar untuk sama - sama mengulangkaji pelajaran memandangkan ujian penggal pertama bakal berlansung minggu hadapan. Enam subjek teras yang mereka daftar awal kemasukan dahulu iaitu Tamadun Islam, Pendidikan Moral, Anatomi dan Fisiologi Haiwan, Bahasa Inggeris untuk Sains, Asas Perniagaan, dan Kimia kesemuanya agak mencabar. Namun mereka memilih untuk mengulangkaji subjek Anatomi dan Fisiologi Haiwan.

Ella dan Linda ke perpustakaan sebentar untuk meminjam buku rujukan, manakala Fiona duduk di sofa sambil memerhati ragam pelajar yang pelbagai jenis di pusat pelajar itu.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now