Bab19: Hari Jadi dan Konfesi

851 24 5
                                    

24 Oktober 2009

"Cepat tiup lilin, make a wish!" Hans memeluk satu anak patung beruang yang kemas berikat reben, menanti Farah yang sedang memejam matanya sambil tersenyum teruja. Lima saat kemudian, Farah buka mata dengan wajah ceria dan terus meniup lilin.

"Happy 17th birthday, adik." Anak patung beruang berpindah tangan. Mama pula hadiahkan Farah dengan sehelai baju blouse warna merah jambu, warna kesukaan Farah.
"Thank you so much abang, mama!" Farah peluk Hans dan mama silih berganti.

Kek chocolate indulgence dari Secret Recipe itu dibagi - bagi Farah kepada rakan - rakan yang hadir, dan akhir sekali disuap pada ibu dan abangnya. Petang itu, mereka sama - sama meraya kasih dan bergembira.

"Dik, adik buat wish apa tadi untuk abang? Biar abang kekal handsome ke?" Hans tanya Farah saat mereka sama - sama duduk di buaian luar rumah menikmati kek. Hajat hati mahu mengusik Farah. Farah senyum nakal, namun Hans sudah biasa dengan usikan adiknya itu. Saling mengusik sama sendiri.

"Adik minta, isteri abang nanti perangai, muka, everythings macam adik! Mengada macam adik, becok macam adik. Biar abang stress." Farah ketawa geli hati. Hans jegil mata. Disapu krim kek ke wajah Farah sambil menjerit.

"Argh! Taknak aku. Jemu aku nanti dari kecik sampai besar mengadap budak macam kau." Hans buat muka meluat.

"Hi hi. Abang ni, jahat tau. At least, kalau adik dah tak ada nanti abang boleh tengok adik dekat diri dia. Adik ni berfikiran jauh tahu tak?" Farah lap wajah dengan tisu basah. Dia tidak berniat mahu membalas perbuatan abangnya kerana mahu cepat - cepat bergambar dengan rakan - rakannya pula.

"Ni rasa tak syok ni. Mama cakap macam tu, adik pun cakap macam tu. Apa kena dengan semua orang kat rumah ni?" Hans muram. Farah angkat dagu abangnya itu.

"Abang, semua orang pun akan mati. That's the fact yang tak perlu nak dijadikan isu pun. Adik cuma cakap je. Adik pun taknak tinggalkan mama dengan abang. Adik ni rindu sangat kat abang tau tak. Rindu nak sama - sama macam dulu. Haih, Kenapa la jauh sangat abang belajar. Serius, rasa sunyi lain macam." Farah pula berwajah muram. Hans siku pinggang adiknya.

"Mengada. Dahlah, pergi bergambar tu. Semua dah memekak nak bergambar dengan birthday girl." Suara Hans mendatar. Jujurnya dia rasa sedikit terkilan kerana Farah sanggup keluarkan kenyataan sebegitu di hadapannya. Dia rasa sesuatu, yang pasti ia tidak menyeronokkan.

--

"Apa semua ni? sejak bila pulak birthday saya hari ni?" Suara Fiona meninggi. Jujur, dia sudah cukup penat dengan permainan emosi Hans. Rimas!

"Hari ni 28 Oktober 2012, birthday Farah adik aku yang ke dua puluh. Kau kan dah macam adik aku. So apa salahnya aku celebrate?" Wajah Hans mengharapkan belas. Fiona menggeleng. Berkali - kali gadis itu mengurut dada. Hans di depannya rasa seperti makin mengecil.

"Sedarlah Hans, adik awak dah tak ada! Saya Fiona, junior awak and tak ada apa - apa kaitan dengan awak, bukan adik awak dan selamanya takkan jadi adik awak. Cukup Hans, acah - acah abang konon. Sedar tak cara awak dekat dengan saya ni membuatkan hidup saya makin menderita? Semua orang tak suka saya sebab apa? Semua cakap saya mengada dengan senior, sengaja menyendeng dengan senior paling popular. Itu awak cakap nak protect saya? Wake up! Wake up! Wake up!" Fiona menjerit sekuat hati. Burung - burung yang sedang menumpang rehat di dahan pokok berhampiran terbang bertempiaran dek suara bak halilintar Fiona.

Hans masih memegang sepotong kek chocolate indulgence, diam kaku merenung mata Fiona yang berkaca - kaca. Wajah Hans mula kemerahan, sedih dan malu dengan apa yang baru berlaku.

"Saya harap, ni last saya berdiri berdepan macam ni dengan awak. Ni last! Lepas ni tolong jangan dekat dengan saya lagi. Please!" Fiona Tolak Hans hingga lelaki itu terundur.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now