Bab 23: Anak

1.1K 28 1
                                    

Pelajar AniScien riuh - rendah di papan kenyataan skor mata ganjaran fakulti melihat kenyataan bahawa AniScien kini telah jatuh ke tepat tercorot. Nama Fiona disebut - sebut hingga ada yang sanggup memaki hamun menyalahkan gadis itu.
Fiona duduk di dalam kelas menanti pensyarah subjek Asas Kimia masuk ke dalam kelas. Dia ketara dapat rasakan kedinginan rakan - rakan sekelas selepas peristiwa demerit kali kedua ini. Malah Hazim yang selama ini ternyata tidak peduli tentang masalah sekeliling turut menjauhkan diri daripadanya.

Fiona kini hanya didampingi Ella, Linda, dan Nasuha yang mempercayainya dan tahu dia tidak seteruk itu. Cuma, mereka hanyalah pelajar biasa yang tiada apa - apa kekebalan untuk menyelidik perkara ini.

"Troublemaker. Aku punyalah perform masa pertandingan rekacipta hari tu. Dapat jugak bawak balik empat puluh point. Datang minah ni, boleh selamba bawak balik jantan masuk bilik lepastu kantoi kena demerit. Dia sedap, kita pulak yang sakit hati dengan dia." Fiona dan Nasuha berpandangan sesama sendiri. Mereka tahu, Ayu dan Zatie di barisan belakang sengaja mahu memprovok Fiona kerana berkawan dengan Nasuha yang pernah jadi rakan baik mereka.

"Well pembunuh, aku tak report pasal kau punya cubaan nak bunuh aku pun dah cukup baik." Nasuha pandang Ayu dan Zatie silih berganti.

"Dahlah Suha, abaikan." Fiona melakar - lakar di buku notanya. Walaupun hatinya rasa membara mahu memecahkan muka Ayu dan Zatie namun saat wajah ibunya menerjah memori, dia mula rasa tenang. Walau si ibu sudah pergi meninggalkannya, segala pesanan masih segar dalam ingatan.
--
Fiona menumpang di bilik Ella sementara menunggu Jason habis kelas pada pukul enam petang. Petang ini Jason mengajaknya keluar makan sebelum menghantarnya pulang ke rumah.

"Fie, weh. Aku tak sure kenapa tapi ayah Kak Hana datang sini cari kau. dia tunggu kau kat bawah. Kereta Volkswagen Passat warna silver." Nasuha terjengul di pintu bilik dengan wajah cemas.

"Kenapa pulak ayah dia nak jumpa aku? Apa lagi yang tak kena ni?" Fiona mula rasa risau. Apa masalah Hana hingga libatkan orang tua? Tak cukup - cukup lagi gangguan emosi yang dia berikan selama ini?

"Aku dah cakap aku tak tau. Kau turun je. Orang cakap ayah dia cool, mesti tak marah kau." Nasuha mengatur nafas yang masih kelelahan memanjat tangga.

"Dah kenapa nak marah aku pulak?" Nasuha Angkat bahu medengar soalan Fiona. "Mana aku tahu. Dah, kau turun cepat."

"Nak saya teman?" Cadang Ella, namun Fiona menggeleng. Dia tak perlu libatkan sesiapa dalam hal ini.

FIONA turun ke bawah dengan bermacam persoalan yang bermain di fikiran. Siapa ayah Hana dan kenapa Hana sanggup libatkan orang tua dalam persengketaan mereka? Apa lagi yang Hana mahu sedangkan dia sudah lama tidak bertegur sapa dengan Hans? Keinginan Hana sudah tercapai dan kini Hans sudah membenci dirinya.

Dari jauh, dia sudah nampak kilau kemewahan terpancar dari kereta berwarna silver itu. Dengan pantas Fiona bergerak ke arah kereta Volkswagen Passat itu.

Namun langkahnya terhenti saat lelaki separuh usia itu keluar dari perut kereta. Lelaki itu menanggalkan cermin mata hitamnya sambil tersenyum pada Fiona.

"Er.. Pak cik? Eh, ayah? Pak cik.." Fiona berbelah bagi untuk menggelarkan lelaki itu.

"Apa - apa panggilan yang awak selesa. In fact, saya ayah awak." Hasdi senyum gembira. Fiona garu kepala. Macam mana pula lelaki itu boleh jejak dia hingga ke sini? Dia sudah tukar nombor telefon kalau kata bapa tirinya jadi punca pertemuan mereka saat ini. Dan paling pening, lelaki ini adalah ayah Hana? Hana lebih tua daripada dirinya. Jadi apa makna semua ini?

Fiona mahu marah lelaki itu, tetapi dia tidak tahu layakkah dia mempunyai rasa sebegitu. Dia dan bapanya sama - sama jadi mangsa penipuan ibu sendiri. Kalau dia tahu bapa kandungnya masih ada, tak perlu dia mengongoi menangis kenangkan hidup yang tidak lengkap tanpa seorang bapa kandung.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now