Bab 28: Kisah antara Hans Hana dan Fiona

917 28 3
                                    

Hati melonjak riang, bab - bab yang diyakini masuk peperiksaan benar - benar disoal dalam kertas peperiksaan. Senyum lebar Fiona menjawab setiap soalan bagaikan ada buku yang terselak sehelai demi sehelai dalam kepalanya. Kini sudah tiba masa yang dinanti - nantikan oleh semua pelajar iaitu, pulang bercuti dan menikmati cuti yang ada bersama keluarga tercinta.

Nasuha pulang lebih awal bersama kakaknya Fatehah. Ella, Fiona malas peduli. Dia nampaknya tidak begitu menitik beratkan soal peperiksaan kerana lebih pentingkan hubungan dengan Adam yang kedinginan. Linda pula pulang tanpa Adam kerana abangnya itu perlu siapkan ekperimen untuk projek akhir. Kebanyakan pelajar senior tidak pulang bercuti. Mereka sibuk menguruskan projek akhir masing - masing hingga tiada masa senggang untuk diluangkan. Jason pula terpaksa pulang seminggu, untuk majlis perkahwinan abangnya. Ada juga lelaki itu mengajaknya, namun dia terpaksa menolak. Gila apa tiba - tiba nak join keluarga Jason?

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Hazim yang bakal meninggalkan mereka semua lewat semester hadapan, Fiona ke perpustakaan mahu memulangkan semua buku yang dipinjam.

Dalam perjalanannya itulah dia terserempak dengan Adam. Adam seperti biasa, bibirnya tak lekang daripada mengukir senyuman. Mereka berselisih dan Fiona senyum sambil menundukkan kepala, sebagai tanda hormat kepada senior tersebut.

"Er, Abang Adam." Fiona berdiri di belakang Adam yang sudah menghentikan langkahnya. Adam berpaling memandang Fiona. "Ye Fiona? Kenapa?"

"Abang Adam ada masa free sekarang? Ada banyak benda yang saya nak bincangkan." Adam tengok jam di pergelangan tangannya. Kemudian dia mengangguk. "Petang karang saya nak ke studio. Tapi sekarang, no problem. Nak lepak mana?" Soal Adam. Wajahnya yang mesra dan sejuk mata memandang itu membuatkan Fiona tiada rasa gugup walaupun ini kali pertama dia bercakap secara berdepan dengan Adam.

"Kita ke depan tu je, nak?" tangan Fiona halakan ke arah pondok wakaf tempat dia dan teman - temannya selalu duduk menghabiskan masa.

Setelah selesa dengan keadaan di pondok wakaf tersebut, Fiona pandang Adam sambil tersengih. "Kenapa? Ada apa - apa yang Fiona nak saya buat ke?" Adam tak sabar.

"Saya nak tanya tentang Student Idols." Adam kerut dahi. "Hai, berminat nak join ke? Tapi kita dah ada penyanyi dah, lagipun awak kan kelab keusahawanan." Adam berwajah kesal tidak dapat membantu Fiona.

"Please, tak boleh hantar dua penyertaan ke? Saya kena jugak join benda ni. saya kena tebus balik point yang dah kena demerit sebelum ni." Fiona merayu pada Adam, hingga termenung lelaki itu dibuatnya. "Nak ikutkan tak boleh ada dua penyertaan. Sebab Student Idols ni event satu universiti, bukan kampus je. Fiona pandai menyanyi ke?" Tanya Adam.

"Saya boleh menyanyi. Kalau Abang Adam nak saya buktikan, nanti bila - bila Abang Adam free boleh buat audition." Fiona pandang tepat ke dalam mata Adam, mahukan sedikit simpati daripada lelaki itu. "Okay, boleh je. Tapi apa pulak cakap Linda nanti." Adam mengeluh. Kasihan pula adiknya seorang itu yang sudah berlatih lama siang dan malam untuk mengejar gelaran juara.

"Boleh Abang Adam buat match antara kami berdua? Saya yakin Linda tak akan kecik hati kalau saya terpilih, audition kan."

"Saya suka confident level awak Fiona. Tapi buat masa ni saya tak dengar lagi suara awak. Takpe, nanti bila saya dah dengar, then kita boleh bincang dengan Linda." Adam senyum manis. "Thanks Abang Adam!" Fiona cukup teruja. Memang benar kata Hans, Adam mudah dibawa berunding.

"One more thing. Tapi agak personal soalan ni. Saya minta maaf awal - awal pada Abang Adam." Wajah Adam berubah mendengar bait kata - kata yang keluar dari mulut Fiona. Dia dapat rasakan perkara ini berbaur serius. Perlahan - lahan Adam mengangguk, membenarkan Fiona untuk bertanya soalan padanya.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now