Bab 29: Kemana Arahnya

826 23 1
                                    

Mereka sudah setengah jam di atas jalan, dan Hans memandu seperti orang hilang akal. Fiona jadi takut untuk menegur. Kalau - kalau dia pula jadi mangsa amarah Hans.

Namun suasana janggal seperti ini juga buat Fiona rasa tak selesa,
"Hans. Sebenarnya kita nak ke mana? Dah lebih setengah jam kita dalam kereta ni." Hans melihat jam di pergelangan tangan. Satu keluhan berat dilepaskan. Serentak itu, telefon bimbit Fiona bergetar. Panggilan daripada nombor yang tak diketahui.

"Hello Fiona? Ada kat mana? Daddy dapat maklum sekarang cuti semester, kan?" Fiona kerut dahi. Bila masa pula Hasdi ada nombor telefonnya? But anything could happen. Dia sudah tak kisah lagi.

Tersenyum seketika Fiona, terasa seperti bapanya itu bijak It hingga mampu cari nombor telefonnya di mana - mana. Bapa, tapi tiada rasa mesra dengan panggilan itu.

"Fiona?" Suara bapanya ditekan sedikit." Hans di sebelah sudah menjeling.

"Ye, daddy. Ada di kampuslah. Fiona tak balik kemana - mana. Mana ada tempat dah untuk Fiona dekat Batu Dua sana tu."

"Kamu duduk asrama kan?"

"Nope, rumah sewa."

"Oh, I thought junior semua tinggal di asrama. Another years baru kena cari rumah sewa. Hana dulu macam tu." Fiona ketap bibir dengar Bapanya sebut nama Hana. 'Kau tak tau, anak kau tulah yang buat aku menderita.' Bentak hati Fiona.

"Tak. Tak daddy. Ada problem hari tu, so kena stay luar."

"Nak balik rumah tak? Daddy jemput."

"Rumah mana?"

"Boleh je rumah daddy yang mana - manapun. Daddy hadiahkan Fiona satu rumah ni, nak?"

"Still saya kena hidup sorang. Takpelah." Fiona bersuara perlahan.

"Jangan cakap macam tu. Daddy janji akan cuba bagi kamu kesenangan yang daddy dah abaikan selama ni." Suara bapanya bernada kesal.

Fiona tamatkan panggilan setelah mengucap salam kepada Hasdi. Hans masih memerhati riak Fiona yang nampak mendung.

"Kau teman aku balik rumah, sekejap je. Boleh?" Fiona diam. Kalaupun dia kata tidak, mereka sudah jauh meninggalkan kawasan kampus. Dan semua orang kenal Hans, sejenis makhluk yang tak boleh dihalang.

"Kenapa awak sanggup berkasar dengan perempuan?" Fiona melepaskan sebuah keluhan berat. Kejadian petang tadi masih terakam jelas dalam kepalanya. Sungguh, dia sendiri tidak menyangka Hans akan pergi sejauh itu.

"Kau dengar dia cakap apa dekat kau tadi, kan? Kau masih nak back up perempuan macam tu?" Hans mendengus kasar. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotaknya lalu diselit celah bibir.

"Aku tak kisah kau nak cakap aku dayus ke apa. Pergi mati semua tu. Kau ingat dengan sedap - sedap gelar lelaki dayus, dayus ni bolehlah perempuan sesenang hati pijak kepala?" Fiona mati akal. Dia tak mahu bertengkar dengan Hans yang jelas - jelas masih ke laut moodnya.

"And kau." Hans letak tangannya ke pergelangan tangan Fiona, sebelum mencengkamnya. Dada Fiona rasa berdebar. Dia dapat rasakan satu aura dominan mengalir dari tubuh Hans.

"Ke..Kenapa dengan saya?"

"Kau tolong jangan buat kerja gila dah. Berapa banyak lagi lolipop ganja yang kau ada?" Mata Hans tajam merenung Fiona. Fiona tarik tangannya, namun Hans menariknya lebih kuat.

"Kenapa kau sanggup pilih jalan macam ni untuk dapatkan duit? Aku taulah hidup kau sebelum jumpa bapak kandung kau tu cukup susah, tapi aku memang kecewa kau sanggup buat macam ni."

"Kejap." Fiona tarik tangannya sekuat hati. Kali ini Hans melepaskan dengan mudah. Sebelah tangannya menolak signal ke kiri, manakala sebelah lagi mengawal stereng.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now