Bab 13: Di Penghujung Cinta

814 28 13
                                    

Fiona merayau - rayau ke sana sini tanpa ada arah tujuan. Dalam hatinya ada sedikit kegusaran melanda kerana Firdaus. Dia tahu, Firdaus pasti akan perlakukan sesuatu pada dirinya tapi seberapa tepat sangkaannya itu, dia kurang pasti. Penyudahnya, dia menapak ke bilik Ella.

"Awak buat apa ni?" Fiona memerhati Ella yang sedang merujuk buku sambil meneliti satu draf atas kertas A4.

"Saya nak siapkan kertas kerja untuk program motivasi Sekolah Pos Pegau ni. At least sebelum habis sem, kena settle satu program untuk kelab pembimbing rakan sebaya." Ella meregangkan jemarinya. Kemudian dia memicit - micit tengkuk. Mungkin kepenatan memerah idea untuk menyelesaikan kertas kerja.

"Eh, tak bagitau saya?" Fiona meneliti draf yang Ella rangka.

"Kesian kat awak. Lately banyak sangat problem. Takpe, saya dah nak siapkan ni. Awak jangan risau ye."

Fiona hela nafas. Nampaknya niat untuk mengajak Ella menemaninya bertemu Firdaus terpaksa dibatalkan. Dipanjat pula tangga ke tingkat empat untuk ke bilik Linda.

"Mana Linda, Suzie?" Mata Fiona melilau mencari Linda. Namun yang ada dalam bilik itu cuma Suzie, teman sebiliknya.

"Linda keluar dengan family tadi. Ada apa - apa nak pesan ke?" Suzie senyum ramah.

"Takpe Suzie. Thanks."

Teman - teman rapatnya masing - masing tiada kelapangan untuk meneman. Walaupun Firdaus minta untuk bertemu berdua sahaja, namun tak salah rasanya kalau dia bawa peneman. Tapi nampak gayanya terpaksa berseoranganlah dia bertemu Firdaus.

Fiona minta Firdaus supaya menjemputnya di kampus saja memandangkan dia tiada kenderaan dan dia tidak rajin untuk mengejar bas dan teksi untuk ke Pantai Todak yang agak jauh itu.

DALAM kereta, mereka berdua lebih banyak mendiamkan diri saja. Firdaus fokus memandu sambil bersiul mengikut rentak lagu di corong radio bagai tiada apa pernah berlaku antara mereka.

Fiona turut diam, bimbang jika tersalah cakap akan merosakkan mood lelaki itu. Tapi baik Firdaus mahupun Fiona, dapat mereka rasa bahawa konflik kali ini takkan ada jalan penyelesaiannya.

Tiba di Pantai Todak, langit mula berarak mendung. Mahu berpatah balik, siapa dia untuk mengarah Firdaus? Lagipun kata Firdaus, ini pertemuan terakhir mereka jadi apa salahnya jika dia duduk dan dengar apa yang Firdaus mahu luahkan.

Jika disoal tentang trauma dicederakan Firdaus, Fiona sebenarnya tiada rasa trauma. Dia pernah dibelasah lebih teruk daripada itu jadi perpisahan mereka kali ini lebih bersifat matang, iaitu berpunca daripada masing - masing tidak mampu memberi komitmen dalam hubungan.

"Fie, awak serius ke nak lepaskan hubungan ni?" Firdaus mengeluh sambil memandang laut biru.

"Awak jugak yang lepaskan saya. Hari tu, yang awak cucuh tangan saya dengan rokok. Ingat tak? Takkan dah lupa? Kalau kita ni suami isteri, jatuh talak dah agaknya." Fiona ketawa. Dia tidak mahu perbincangan mereka jadi tegang. Dia takut keadaan mental Firdaus yang tak stabil jadi dia pun perlu berhati - hati. Tapi harapnya Firdaus menyesali perbuatannya itu.

"Nampak sangat sebenarnya awak dah memang ada lelaki lain. Tapi sengaja buat saya macam orang yang bersalah." Firdaus mendengus geram. Fiona menjarakkan sedikit duduknya daripada Firdaus.

"Tengok tu. Sampai tahap macam ni pun awak masih tuduh saya ada lelaki lain? Give me a break, okay? Tak mungkin saya akan ada lelaki lain, bila sorang lelaki pun saya tak boleh handle. Saya bukan jenis murahlah, Firdaus." Suara Fiona serius, disulami getaran halus. Sungguh, dia rasa gementar.

"Bukan ke awak selalu keluar dengan sorang senior ni?" Firdaus pandang Fiona, sinis. Fiona diam seketika. Memikir di mana logiknya tekaan Firdaus sentiasa tepat mengena sasaran.

"Sekarang ni, awak ada upah stalker ke apa? Ada pasang spy? Semua benda nak salahkan saya." Suara Fiona sedikit tinggi.

"See? Fiona - Fiona." Senyum Firdaus makin lebar.

"Stop it, please."

"Saya depressed, sebab awak tau tak?" Sayu suara Firdaus tiba - tiba. Matanya berkaca.

"Saya sendiri tak pasti apa salah saya pada awak, tapi saya harap hentikanlah memikir soal saya sampai depressed."

"Saya risau sangat kalau awak ada orang lain kat tempat belajar. Sebab tu saya nak kahwin terus dengan awak. Hidup je dengan saya tak payah kemana - mana. Mak awak tu teruk, tak bagi kita nikah." Firdaus meningkah.

"stop it! Mak saya baru meninggal minggu lepas. Tak perlu nak cakap dia teruk!" emosi Fiona sedikit terganggu. Firdaus seakan menyesal, tapi dia ego untuk minta maaf.

"Dahlah. Kalau takdir kata sampai sini saja hubungan kita, nak buat macam mana. Awak takkan fikir pun perasaan saya."

"Betul tu Firdaus, saya pun serik bercinta dengan orang yang jenis kaki hamun, cemburu tak tentu hala ni. Kalau tak ada apa - apa, baliklah jom. Hari pun nak hujan ni. rasanya permintaan awak nak keluar kali terakhir dengan saya dah terlaksana. So, jom balik." Fiona angkat punggung dari bangku. Namun Firdaus tarik tangannya.

Dia menunduk, mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Lagaknya nampak terburu - buru.

"Kalau betul kita dah tak boleh bersama, jangan harap saya nak lepaskan awak pada orang lain!" herdik Firdaus tiba - tiba.

Tersentak Fiona saat terlihat pisau kecil di tangan Firdaus. Fiona telan liur.

'Dia ni betul - betul gila!'

"Lepaskan saya, Firdaus." Fiona ketakutan. Dia berusaha melepaskan tangannya daripada cengkaman tangan Firdaus. Namun Firdaus kuatkan lagi cengkaman.

"Argh!"

Firdaus libas pisau kecil itu ke wajah Fiona namun sempat Fiona hadang dengan tangannya. Darah merah meleleh membasahi tangannya yang dikelar. Firdaus ketawa. Diacah - acahnya lagi pisau itu ke wajah Fiona hingga gadis itu jatuh terlentang.

Firdaus melompat ke perut Fiona lalu dihenyak tubuh gadis itu hingga Fiona tak mampu bangun. Leher Fiona dicekik kuat.

"Kau cabar aku sangat, rasa kau! Jangan salahkan aku kalau kau tak dapat terus hidup!" dilibas - libasnya pisau itu ke wajah Fiona namun Fiona masih teguh menahan dengan tangannya. Luka di tangannya makin parah, namun Firdaus tiada tanda untuk berhenti.

Pisau kemudian dicampak ke tepi. Tubuh Fiona jadi sasaran Firdaus lepaskan tumbukan. Bertubi - tubi ditumbuk wajah dan dada Fiona hingga gadis itu tak mampu untuk menjerit lagi. Matanya rasa kabur, perut rasa terlalu mual.

Fiona sudah mula berkhayal. Samar - samar dia nampak Hans datang dan menendang Firdaus hingga terpelanting lelaki psiko itu mencium pasir pantai.

Fiona tersenyum. "Hanssss." Bibirnya bergerak memanggil lelaki itu. Namun tubuhnya semakin lemah, nafasnya rasa tersekat. Perlahan - lahan, matanya terpejam. Dia tahu, apa yang terlayar di matanya kini hanya sebuah ilusi. Dia tahu, perutnya pasti sudah robek, wajah sudah hilang bentuk.

'Tuhan, jika aku pergi sekarang..... malangnya Tuhan aku belum merasa lagi nikmatnya hidup di dunia ini. Tapi tuhan, aku ini cuma manusia yang lemah, semoga kau temukan aku dengan ibuku.'

Tangan Fiona yang memegang dadanya, mula terkulai.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now