Bab 8: Emergency

877 29 0
                                    


"Berguna jugak idea aku kan?" Suriya tersenyum bangga saat mereka semua sedang membalut coklat beserta kad ucapan untuk diagih - agihkan kepada individu - individu yang boleh dikatakan, ramai peminat.

Ujian penggal pertama sudah berlalu dengan tenangnya. Nombor misteri yang mengugut Fiona tempoh hari juga tidak menganggunya lagi selepas insiden malam itu. Jadi, Fiona abaikan saja. Hans juga sudah lama tidak kelihatan di kampus. Fiona yakin, lelaki itu ke kampung orang asli lagi untuk menyelesaikan projek akhirnya kerana kali terakhir Fiona lihat Hans, lelaki itu di makmal sains haiwan sedang menyumbat segala peralatan projeknya ke dalam kereta.

Seminggu itu, Fiona rasa tenang sekali tanpa sebarang gangguan. Ramai pelajar pulang bercuti selepas tamat ujian penggal. Dia, lebih selesa duduk di asrama saja. Lagipun bukannya dia seorang saja yang tidak pulang. Lebih separuh daripada penuntut ambil keputusan untuk tidak pulang memandangkan cuti hanya beberapa hari saja.

"Dah siap ke, Suriya?" Hazim membawa kotak berisi epal dan oren untuk dibungkus cantik serta ditampal kad ucapan. Wajahnya seperti biasa, kosong tanpa ekspresi.

"By the way, saja aku nak inform kau. request card untuk event - event besar fakulti ni sebenarnya memang dah lama jadi trend dekat sini. Bukan kita je yang buat benda ni. kalau kau tengok list request ni, semua request ditujukan kepada budak - budak course kita saja. Junior sampailah ke senior. Sebab, kelab keusahawanan course lain pun buat benda sama." Hazim senyum nipis. Dia kemudian mengangkat kotak berisi coklat yang sudah dibungkus Fiona dan Suriya cantik - cantik lalu disusun ke sebuah meja yang sedikit tersorok.

"Apa masalah budak Hazim tu? Kerek gila. Suka hati akulah nak brag ke apa." Suriya menjeling pada Hazim yang sedang memunggah kotak - kotak berisi epal dan oren ke atas meja.

"Aku lagi selalu kena dengan dia. Tapi, kalau kau perasan, dia sebenarnya nak buat diri dia nampak cool." Fiona ketawa kecil.

"Huh, serius, dia kena belajar adab berkawan." Suriya masih tak berpuas hati.

"Aku tak rasa dia nak berkawan dengan sesiapa. Kau tengok dia ke mana - mana, mana pernah berteman."
Hans tiba ke bilik mesyuarat khas AniScien lebih kurang pukul enam petang dengan wajah kepenatan. Mukanya kelihatan sedikit kemerahan dipanggang bahang mentari. Begitu juga kaki dan tangannya, kelihatan sedikit gelap.

"Penat gila aku menangkap ikan puyu dekat kampung orang asli." Hans hempas tubuh sasanya ke sofa yang memang tersedia di bilik mesyuarat itu sambil memerhati para junior membalut coklat dan buah.

"Rafid, burger kau jalan ke cuti - cuti ni?" soal Hans.

"Laku keras, boss. Ramai tak balik. Cafe pulak banyak yang tutup." Rafid tunjuk isyarat thumbs up.

"Kedai kopi kau, Syamam?" Soalannya beralih pula pada seorang pelajar tahun dua yang sedang menulis di dedication card.

"Tak bukaklah. Kasi can Bacteria Ice tunjuk kemampuan diorang." Syamam, pelajar tahun dua AniScien menjaga Lover Coffee & Co. bergurau dengan menyebut nama gerai yang diusahakan Hana sebagai pengerusi kelab Keusahawanan BioTech.

"Ah, aku dah cakap ice blended diorang tak sedap, tapi degil. Taknak buat improvement. Mana nak majunya kalau keras kepala taknak dengar pendapat." Hans mengeluh. Masing - masing tunduk, tekun dengan kerja yang perlu diselesaikan.

Seketika kemudian, terdengar dengkuran halus dari arah sofa. Hans sudah lena diulit mimpi.
Lagu Primadona Girl nyanyian Marina and The Diamond berbunyi kuat tatkala Fiona sedang menulis di kad ucapan. Dia tahu itu panggilan daripada ibunya.

"Hello ibu." Fiona ceria. Dia terlupa menelefon ibunya semalam. Pasti ibunya rindu.

"Hello." Suara garau bapa tirinya mematikan rasa ceria Fiona.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now