Bab 5: Privilage

1.1K 23 0
                                    

Untuk mendapatkan senarai barang keperluan daripada Suriya, Hazim dan Hanif tidaklah sesukar mana. Awal - awal lagi Fiona sudah dapat senarai penuh barang yang diperlukan untuk karnival Sabtu ini. Syukur, masing - masing sudi bekerjasama.

Firdaus pula mendesak Fiona untuk berjumpa hari Sabtu itu juga. Setelah berfikir panjang, akhirnya Fiona buat keputusan untuk bertemu Firdaus di Karnival Jualan saja.

Firdaus [13:55]
Lupa nak cakap
I LOVE YOU!

Fiona [13:58]
ME TOO 

Firdaus [14:00]
Bie sebenarnya nak bagitahu something 

Fiona [14:01]
Apa dia???

Firdaus [14:01]
Esok

Fiona [14:02]
Now!
Apa dia?

Firdaus [14:05]
ESOK!!!

Fiona [14:05]
K

Fiona mendengus. Entah apa lagi kejutan yang Firdaus mahu lakukan agaknya.
Sudahlah Firdaus sekarang seakan - akan tahu setiap gerak - gerinya di kampus.

Pernah sebelum ini, Fiona ke perpustakaan mencari buku rujukan tetapi terlupa membawa telefon. Sampai saja ke bilik, dia menerima berpuluh - puluh pesanan Whatsapp daripada Firdaus yang memakinya dengan bermacam - macam cemuhan. Antara perkataan yang dia tak boleh lupa adalah 'penipu', 'menggatal', 'menjalang' di perpustakaan.
Penyudahnya, Fiona hanya balas dengan ayat "Maaf saya tertidur" sahaja untuk tidak lebih mengeruhkan keadaan namun sebaliknya gelaran penipu pula berkali - kali dia terima daripada kekasihnya itu. Walaupun tidak diberi tahu, setiap tembakan Firdaus itu kadangkala mengena sasaran. Firdaus tahu Fiona bertemu rakan sekelas untuk pembentangan subjek. Firdaus tahu Fiona ikat perut dengan hanya makan mi segera walaupun hal itu tidak pernah dikongsi dengan sesiapa. Kadangkala, dia rasakan Firdaus seperti ada deria keenam pula.

KULIAH Tamadun Islam petang itu Fiona gunakan sepenuhnya untuk memperkemas senarai barang yang diperlukan untuk karnival jualan di Dataran Bukit Paya. Lantak, lecturer cakap apa langsung dia tak dengar.

Selesai mengemaskini, segera dia hantar senarai barang itu melalui whatsapp kepada Hans. Hans hanya balas dengan simbol 👌👌 saja.

"Fiona, kalau kau tak kisah aku nak follow kau beli barang nanti. Aku boleh drive, jangan risau. Nanti aku sewa kereta ke apa. Takpun try pinjam senior kelab." Suriya yang duduk di belakang Fiona berbisik, namun cukup untuk didengari Fiona.

"Aku okay je, tapi kau tanya Hans dululah. Macam dia je yang nak pergi beli barang." Fiona turut berbisik.

"Lagi satu Fie, aku rasa ada orang lekat chewing gum dekat rambut kau. Sumpah bukan aku buat." Fiona tersentak mendengar kata - kata Suriya itu. Segera dia menarik ke depan rambut separas dadanya itu. Memang betul, ada setepek gula - gula getah melekat teruk di hujung rambutnya.

"Kenapa Fie?" Linda perasan Fiona sedang panik.

"Rambut saya kena chewing gum." Fiona hampir menangis.

Ella pula mengambil gunting dan meminta kebenaran untuk menggunting rambut Fiona. Kini rambut fiona tinggal separas bahu. Selain potong, tak ada cara lain lagi dah rasanya kan?

Di ruang paling belakang dewan kuliah, kedengaran suara tawa halus beberapa pelajar perempuan.

"Yang duduk belakang tu, apa yang kelakarnya? Taknak belajar boleh keluar sekarang." Encik Iskandar bersuara memecah kesunyian dewan.

"Er, maaf Encik Iskandar."

Fiona, Ella dan Linda serentak berpaling ke belakang.

"Ni geng - geng adik Kak Teha." Linda mengeluh.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now