Bab 12: Ada Apa Dengan Hans?

914 40 7
                                    

Majlis penutup karnival sukan fakulti akan diadakan pada malam ini. Jadi kelab keusahawanan AniScien yang menang berebut tender catering sudah bersedia dengan menu yang lazat dan lebih segar.

Usai kelas Asas Kimia di dewan kuliah B11, Fiona segera ke bilik mesyuarat AniScien untuk membantu apa yang patut. Namun laluannya di halang Hans yang berseorangan di laluan berlorong itu.

"Apa masalah kau?" Hans tarik beg Fiona. Fiona berhenti melangkah dan berpaling memandang Hans.

"Kenapa kau block WhatsApp aku? Aku call pun dah tak boleh. Apa salah aku dengan kau?" Fiona menggeleng.

"Habis kenapa kau buat aku macam ni?" Suara Hans bergetar.

"Awak kena sedar. Adik awak dah mati. Seiras mana pun muka saya, tetap takkan dapat ganti tempat adik awak. Jadi saya kena undur diri supaya tak ada sesiapa yang terluka." Fiona ulang kembali ayat yang pernah Hana sembur padanya tempoh hari. Hans pejam mata.

"Hana ugut kau eh?"
Fiona diam.

"Perempuan ni, aku dah explain banyak kali. Kenapa dia taknak faham?" Hans mendengus geram.

"Jom ikut aku jumpa dia." Hans tarik beg Fiona.

"Taknak!" Fiona menengking. Hans melepaskan beg Fiona. Wajahnya kelihatan gugup, ditengking kuat sebegitu. Hilang terus garangnya.

"Tolonglah jangan bercakap dengan saya lagi. Please. And if awak rasa tindakan awak confront benda ni depan kekasih awak tu sebagai satu tindakan yang maha bijak, think again! Siapa yang kena pulau? Siapa yang kena tortured? Bukan awak, tapi saya. Dahlah Hans. Saya pun tak tahu nak undur benda ni macam mana lagi dah, tapi takde benefit apa - apa pun yang awak dapat kalau awak masih dengan saya. Awak dah tau hidup saya doomed macam mana, awak dah tengok keadaan family saya yang sebatang kara tu. Semua awak dah tengok. Jangan korbankan kebahagiaan awak dengan insan yang dah lama susah senang dengan awak semata - mata untuk seorang budak warga asing yang entah apa - apa ni. cukup!" Fiona pandang Hans dengan mata berkaca, sebelum berlalu meninggalkan lelaki itu yang kematian kata untuk membalas.

Hans hela nafas panjang, merenung jasad Fiona yang semakin mengecil ditelan jarak.

MASUK saja ke dalam makmal pemprosesan makanan, Fiona terus membantu Seorang Senior yang mereka panggil Kak Azie memotong bawang.

"Kak Azie, nak tanya, boleh ke kita tukar kelab once dah masuk satu kelab tu?" Fiona bertanyakan pelajar AniScien tahun tiga itu yang sedang tekun memotong bawang holland. Ketika itu, mereka sedang membuat persiapan menyediakan spageti dan sandwich untuk majlis penutupan karnival sukan malam ini.

"Boleh je. Fie nak tukar ke? Tapi kenapa? Tak enjoy ke duduk kelab ni?" Azie kerut dahi. Rasa pelik bila tiba - tiba saja Fiona bangkitkan isu 'tukar kelab'.

"Hah, nak tukar kelab pergi jelah kau berambus! Keluar sekarang!" Hans yang sedang menulis sesuatu dalam buku rekod tiba - tiba naik angin. Buku berkulit keras dan pen jenama Pilot itu dicampak ke lantai. Semua yang ada di dalam makmal itu tergamam. Fiona hela nafas panjang, sebelum menanggal apronnya dan berlalu keluar.

"Bobo! Ambikkan aku buku tu kejap." Hans beri arahan kepada Bobo yang kebetulan lalu di depannya membawa seplastik tomato.
"Kau ni bang. Apa masalah kau tengking budak tu? Tak pernah - pernah kau garang sampai macam ni sekali." Bobo mendengus sambil tercari - cari kemana penutup pen terpelanting dicampak Hans.

"Dah dia nak tukar kelab. Aku halaukan ajelah sekarang. Padan muka dia." Wajah Hans selamba.

"Dia tanya je kot? Kau melenting teruk sangat kenapa?" Azie menggeleng kepala.

"Ah, bisinglah korang." Hans kelek begnya lalu bergegas keluar dari makmal.

FIONA duduk di bangku luar makmal sambil main permainan di telefonnya. Biarlah ditengking sebegitu, asalkan semua orang tahu dia dengan Hans tiada apa - apa pertalian. Tiba - tiba, pesanan WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali menegur Fiona dengan simbol tangan melambai.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now