Bab 18: Amaran

973 32 1
                                    


AniScien Sharks WhatsApp Group

Fiona AniScien change her number to yyy-yyyyyyy

Hazim kerut dahi. Segera dia menghampiri Fiona yang sedang mengeluarkan bagasi dari perut bas. Waktu itu sudah jam lapan malam, dan mereka baru tiba ke perkarangan kampus dari kerja lapangan di Pahang.

"Fiona, kenapa tukar nombor?" Tanya Hazim.

"Saja. Banyak sangat nombor tak kenal." Fiona terkial - kial menolak bagasi besar yang menindih begnya.

"Oh, ingatkan apa. Okay." Hazim berlalu seperti tiada apa.

"Really Hazim? Kau takde rasa macam nak membantu perempuan yang lemah ke?" Fiona cekak pinggang. Hazim sengih.

"Saja nak kau yang mintak dulu. Nak aku tolong angkat ke? Boleh je. Bapak aku ada depan tu. Boleh aku hantarkan kau balik sekali." Hazim cuba menolak bagasi besar yang menindih beg Fiona, sebelum tangannya ditolak seseorang.

"It's okay. I ambilkan beg dia. I hantar dia balik sekali." Jason senyum pada Hazim. Hazim mengangguk.

"I rasa dia minat you." Jason berbisik pada Fiona.

"Amboi, ramainya orang minat I." Fiona angkat mata ke atas. Jason ketawa, comel.

"Cepat sikit! Bercinta depan bas pulak!" Hans mencelah di antara Jason dan Fiona dan segera mengeluarkan beg - begnya.

"Jom aku hantar kau balik." Hans tarik tangan Fiona hingga tercengang - cengang gadis itu.

"Weh, kau balik je dulu. Aku hantar dia takpe." Jason pertahan Fiona. Fiona mengangguk sambil senyum mengejek pada Hans.

"Hm, okaylah." Wajah Hans sedikit berubah. Tapi kemudian dia tersenyum dan pandang tepat pada Jason.

"Kau jaga adik aku elok - elok ye." Hans kucarkan rambut Fiona, again.

--

'Julia masih tak balik lagi. Ke keluar makan? Tapi field trip dia jauh ke Langkawi sana tu. Belum sampai lagi agaknya.'

Fiona berteka - teki dengan hatinya sendiri. Mereka ada kerja lapangan pada waktu yang sama, cuma beza destinasi sahaja.

Biliknya gelap petanda tiada sesiapa di dalam, namun saat kunci disumbat ke dalam lubangnya, Fiona sedar yang pintu bilik itu tidak berkunci. Dia rasa aneh. Takkanlah Julia lupa untuk kunci pintu? Ini dah dikira serius.

Dengan berhati - hati, Fiona pulas tombol pintu. Saat lampu dibuka, dia nampak Hana dan beberapa orang rakan rapatnya sedang duduk di meja belajar.

Berderau darah Fiona. Terkejut bukan kepalang kerana ada juga manusia bodoh yang sanggup bergelap menanti dirinya. Okay. Apa pula kali ini?

"Er, kenapa bergelap?" Fiona selamba masuk sambil mengheret bagasi dan begnya. Dia tak memandang pada Hana, sebaliknya terus duduk di katil dan acah mengemas.

"Seronok ke bercuti dengan senior?" Hana senyum sinis.

"Bukan bercuti, tapi fieldtrip." Fiona buat - buat sibuk sambil menepuk - nepuk tilamnya. Dia penat dengan permainan Hana, kini pulang masih lagi terpaksa menghadap kerenahnya.

" Bukan ke aku suruh kau jauhkan diri daripada dia?"

"I did." Fiona mengeluh. Hana memang takkan berhenti menghantui hidupnya selagi dia atau Hans masih menghirup udara kampus ini.

"You know what? Aku terlalu sayangkan dia. Aku sanggup buat apa saja asalkan tak ada sesiapa yang pisahkan kami." Hana turun dari meja, lalu labuhkan punggung di sebelah Fiona yang sedang duduk kejung di atas katil.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now