Bab 24: 10k dan Sugar Daddy

1.9K 28 3
                                    

Fiona sebenarnya tidaklah segembira mana setelah mengetahui bapa tiri Hana adalah bapa kandungnya. Tapi dia dapat rasa, perasaan Hana pasti lebih parah jika dia mengetahui perkara ini suatu hari nanti. Maklumlah, kalah kuasa dewa.

Jadi adik kepada seorang gadis seperti Hana pasti tidak seceria orang lain. Lebih - lebih lagi dalam keadaan mereka seperti sekarang. Rasanya lebih baik dia diamkan dulu perkara ini. Benci? Dia tidak mahu kebencian jadi raja dalam dirinya. Tapi entahlah bagaimana pada pihak Hana. Hana keras kepala, pentingkan diri. Tiada kebaikan untuk dia berbaik dengan Hana.

Apa yang penting, dia perlu fikirkan apakah cara yang paling baik untuk dia kembali meraih mata untuk menaikkan AniScien kembali di tempat pertama. Banyak juga yang perlu dikejar.

"Linda, macam mana preparation student idols awak?" Fiona cuba mengambil tahu semua perkembangan rakan - rakannya, sejak dia sendiri sudah hilang jejak masa dengan masalah - masalah peribadinya. Lagipun dia perlu tahu itu, kerana dia mahu menebus kesilapannya (?)

"Macam tu jugaklah Fie. Harap saya boleh dapat tempat pertama. Abang push saya gila - gila. Kadang - kadang sampai stress saya."
Rasa bersalah terus terbit di jiwa Fiona. Semua orang sedang berusaha bermati - matian untuk jadi yang terbaik. Dia pula? Dihentam sana - sini tanpa mampu bela diri.

"Saya pun kena push dengan Teha. Dia sekarang bawa kami ke setiap events dan pertandingan melibatkan kelab. Tapi, seratus sepuluh mata tu tak terkejar sekarang." Ella kunyah wafer mentega kacangnya sambil melihat video di YouTube tentang jenis - jenis inovasi yang kreatif melalui sumber alam.

Fiona sudah tidak mampu membendung rasa malu dan sedihnya. Dia menunduk sambil melipat - lipat kertas pembungkus wafer yang sudah habis dimakan.

"Sorry, saya banyak susahkan korang semua." Fiona bangun lalu melangkah pergi, meninggalkan Linda dan Ella yang berpandangan.

'Ella, awak janganlah cakap soal demerit tu pada Fiona. Taukan dia sendiri pun penat nak hadap fitnah - fitnah ni. kesian dia."

"Saya tak sengajalah. Lagipun saya memang penat jugak buat macam - macam kerja sekarang. Teha pulak jenis marah - marah je." Ella ketap bibir.

"Dah, biar dia cool down dulu. Nanti kita pujuk dia." Linda habiskan sirau limaunya lalu bangun menuju ke sinki.
--
Nasuha leka memerhati senior - seniornya menyiapkan pelan perniagaan di ruang tengah asrama yang menempatkan beberapa meja belajar untuk kegunaan para pelajar. Otaknya rasa sendat pula memikirkan betapa padatnya jadual seorang pelajar tahun akhir. Namun berbeza dengan kakaknya Fatehah, gadis itu masih ada masa untuk keluar bergembira dengan rakan - rakan. Tak tahulah siapa yang dia patut jadikan panduan agaknya.

"Cukup Hana. Cukup! Banyak sangat kot you punya telan tu. Agak - agaklah wey. Benda ni melihatkan course I jugak tau tak?" Fatehah berlari mengejar Hana yang laju saja turun ke aras bawah. Wajah Hana kelihatan rimas dikejar fatehah.

"Yang ni, I tak tahu apa - apa okay? Dulu you jugak yang nak perangkap dia bagai. Now what? Suruh jelah dia top up balik okay? Course kitorang tak hadaplah award tu. Serius Teha, rimaslah!" Fatehah berhenti daripada mengejar Hana.

"Fine!" Jeritnya.

Nasuha kerut dahi. 'Nak perangkap siapa?'

--

Fiona berjalan seorang diri menuruni anak tangga selepas selesai tugasnya menaip laporan di makmal komputer. Hari ini dia sengaja ponteng semua kelas termasuk kelas Anatomi dan fisiologi haiwan yang paling diminati. Dalam kepalanya ligat memikir bagaimana caranya untuk menebus kembali mata ganjaran yang telah dibuang gara - gara dirinya yang sentiasa terlibat dengan kesalahan disiplin.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now