A/N:
Komen bebanyak eh. Eomma rindu pembaca semuanya :')
-------Taehyung menghembuskan nafas perlahan-lahan. Suasana bilik yang dikongsi bersama Jae Yoong nampak malap dan kelam seolah-olah satu peristiwa ngeri sudah berlaku di situ.
"Jae Yoong, w-weh Min Jae Yoong. Kau menyorok dekat mana huh?"Taehyung merungut sambil menolak selimut tebal yang membaluti tubuh badannya.
Baru hendak menyeru nama rakan sebiliknya untuk kali ketiga, Jae Yoong muncul dari luar pintu bilik. Kakinya dibawa untuk dituju ke arah katil Kim Taehyung.
Tanpa banyak kerenah, Jae Yoong meletakkan tray berisi ubat, sarapan pagi serta segelas air masak di atas meja belajar Taehyung.
Lelaki itu berasa hairan dengan perubahan mendadak sikap Jae Yoong. Pergelangan tangan rakan sebiliknya sempat digenggam kuat sebelum Jae Yoon menepisnya semula.
Uih, Jae Yoon bersikap dingin terhadapnya? Buntu Taehyung memikirkan penyebab kebisuan roommatenya itu.
"Aku ada buat something dekat kau ke, Jae Yoong?"
Jae Yoong memandang wajah Taehyung sebentar sebelum dia melarikan semula pandangannya ke arah lantai.
Lebih baik pandang lantai. Peristiwa Taehyung mabuk teruk mendatangkan satu mimpi ngeri kepadanya.
"Cuba ingat semula, Kim Taehyung. K-kau buat aku seram."balas Jae Yoong bersama getaran yang menyelit di sebalik nada suaranya.
Taehyung menggelengkan kepala. Anak matanya menghantar pemergian Jae Yoong dengan fikiran yang keliru.
Puas dia berfikir. Memori malam tadi tetap degil tidak mahu munculkan diri.
"Aku tak kiss budak tu kan? Iyakan? Iyakan?"
Lelaki itu meramas kasar rambutnya. Dahinya diurut lembut. Rasa sakit yang berdenyut-denyut menyukarkan usaha Taehyung untuk mengingati peristiwa malam itu.
-tbc-
A/N:
Update! ♥
YOU ARE READING
[C] Babe | Kim Taehyung
FanfictionRemake Version of 'His Roommate' "Kisah di mana seorang gadis menyamar sebagai seorang lelaki. Mudah? Jawapannya tidak dengan adanya kewujudan Kim Taehyung." Start: 15/2/2019 End: 20/5/2019 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinte...