28

4.2K 739 79
                                    

Babe • kth

Babe • kth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Rahsia Jae Yoon bakal terdedah dalam masa terdekat. Hehehe btw terima kasih kepada pembaca yang masih setia mengikuti karya ini walaupun updatenya kekadang slow.

Camne Ramadan so far? 💕

-------

Taehyung menggenggam erat penumbuk kecilnya. Egonya tercalar teruk gara-gara penolakan yang hadir dari Min Jae Yoong.

Apa kurangnya dia di mata rakan sebiliknya itu?

Oh, sebab mereka berdua sama-sama lelaki?

Taehyung berperang bersama diri sendiri di dalam benak fikirannya. Perasaan berkecil hati kian bercambah mekar tika suara Jeon Jungkook menyapa kembali gegendang telinganya.

Adakah Jungkook terlalu istimewa sehingga Jae Yoong tegar memilih lelaki itu berbanding dirinya?

"Aku nak blah dulu. Permainan bodoh ni buang masa aku."ujar Taehyung sambil membuka langkah untuk beredar dari situ.

Lengannya dipaut erat oleh Jeon Jungkook. Hasrat untuk mengundurkan diri terbatal akibat kepantasan anak Jeon.

"Kau dah kenapa? Lepaslah!"

Jungkook menguatkan genggaman tangannya kepada Taehyung. Botol kaca bertukar tangan. Giliran Jae Yoong memusingkan botol tersebut menguji kesabaran Jungkook.

Pusingan itu bertahan beberapa saat. Masing-masing menjerit girang tatkala pusingan botol itu berhenti di hadapan Taehyung.

Gadis itu menghela nafas dalam debaran. Bibir Jungkook tersungging senyuman sinis. Masa yang ditunggu akhirnya tiba.

"Dare."hanya satu patah perkataan menjadi mainan lidah Taehyung. Bibir bawahnya digigit resah. Entah, perasaan ingin kekal di situ menyelinap masuk ke dalam ruang hati.

"Erm, aku ganti tempat Jae Yoong eh? Memandangkan dia taknak kasi dare, lebih sesuai aku yang jadi orangnya kan? Okay, Taehyung. Aku nak kau.."

Suasana berubah tegang. Kesejukan pendingin hawa merancakkan lagi ketegangan emosi antara dua belah pihak.

Jungkook menepuk kedua-dua telapak tangannya.

"Aku nak kau dukung Jae Yoong. Bawa dia keliling rumah ni. Cukup 15 minit kau bawa dia datang sini semula. Dare ni bermula..lima minit dari sekarang."

Taehyung mengetap rahang. Anak matanya tajam menikam pandangan ke arah Jae Yoong.

Puas dia menjauhkan diri, rakan sebiliknya itu tetap akan melekat dengan dirinya.

"Tunggu apa lagi? Dukung..dukung!"

Laungan suara anak Jeon mengundang minat rakan-rakan yang lain. Sorakan meriah bergema sekitar ruang tamu mendesak fikiran Taehyung untuk bertindak melulu.

"Aku dukung kau. Bukan bermakna aku dah maafkan kau Jae Yoong. I still hate you. Faham?"

Badan Jae Yoong dicempungnya tanpa banyak soal.

Taehyung merengus geram tika suara esakan kecil keluar dari bibir rakan sebiliknya.

Langkah kakinya dilajukan seraya bibirnya menuturkan kata-kata penuh emosi terhadap Jae Yoong.

"D-diam. Kau jangan buat aku jadi lagi angau, Jae Yoong. Aku merayu."

-tbc-

A/N:
Hahahahha

Triple update sekaligus.

Okaylah eomma nak berehat.

💜

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now