42

4.5K 720 150
                                    

Babe • kth

Babe • kth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


A/N:

Awas, korang sedang direnung oleh bapa singa. Lari cepat, kang dia mengaum.

Ada kejutan di akhir bab. Plot cerita ini tak terjangka. So, I wanna know your komen. Jangan lupa hadiahkan votes.😜

-------

Jungkook meletakkan kepala di atas bantal. Manakala, telapak tangannya ditekapkan di atas permukaan dahi yang  berbahang panas.

"Maybe aku tak cukup rehat kut."Jungkook bermonolog sendirian supaya hatinya lega sedikit.

Anak matanya terhenti di hadapan cermin. Mukanya pucat, bibirnya turut merekah kering merungsingkan hati lelaki itu.

Dia bangun dari pembaringan. Tubuhnya yang tidak bermaya melangkah longlai ke meja belajar. Kedua-dua tangannya sibuk menyelongkar pek-pek kecil ubat yang masih tersimpan di dalam lagi meja belajar.

"T-takkan tak ada? Aku dahlah tak larat nak gerak kaki pergi klinik."

Jungkook duduk melutut di sisi meja belajar. Nafasnya termengah-mengah akibat penat mencari ubat tersebut. Telapak tangannya menggenggam kuat telefon pintar IPhone Xs itu lalu nombor seseorang didailnya pantas.

Benda lama yang paling dia takuti muncul tanpa diundang. Jungkook menyeka tangisan yang hampir tumpah dari tubir mata.

"T-tolong aku, aku perlukan bantuan kau. Sakit sangat dada aku ni. Please, aku merayu kau datang cepat."

Telefon pintar melurut jatuh dari pegangan tangannya. Jungkook membiarkan rasa sakit mengawal diri sehinggalah tubuhnya jatuh tertiarap di atas lantai sejuk itu.

-------

"Jae Yoon, aku ada untuk teman kau. Nangis lagi, Kook sedih tahu?"

Taehyung cuba memujuk aku. Tapi, hati aku dihurung rasa sedih yang mencengkam. Seluruh tubuhku menggigil tatkala iris mataku merenung wajah Jungkook.

Lelaki itu terbaring lemah di atas katil hospital. Wayar-wayar halus menemani tubuhnya. Warna kulitnya juga berubah pucat.

Kata-kata terakhir Jungkook sebelum menamatkan panggilan masih terngiang-ngiang di kotak fikiranku.

"J-jeon hanya sayangkan Yoon. Tapi.."talian terputus setakat itu. Aku tahu apa yang kau ingin sampaikan Kook.

Kau sayang aku. Tapi, kau tak dapat miliki aku kerana aku sudah bergelar kekasih Taehyung, sahabat baik kau sendiri.

"Doktor ada beritahu aku tadi. Kau dah boleh jenguk tengok anak Jeon tu. Pergilah, aku belikan kopi kejap. Kau mesti ada sesuatu nak luah dekat dia. Go.. Jae Yoon. Aku tak kisah pun."

Kucupan hangat Taehyung berhenti lama di ubun-ubunku. Pandangan mata kami bertaut sebentar sebelum lelaki itu meminta diri untuk turun ke kafe.

Aku memalingkan kepala ke arah si dia yang terbaring lemah. Sebak di dada semakin mendesak apabila kakiku bergerak menuju ke katilnya.

"Jungkook, kenapa tetiba je kau nak tidur ni? Siapa yang nak usik aku dan Tae lagi? K-kau bangun cepat sebelum aku tarik telinga kau."

Jungkook kelihatan sungguh nyenyak dalam tidurnya. Aku kuatkan genggaman tanganku pada hujung selimut tebal yang menutupi sebahagian tubuh badannya.

"A-aku janji akan tunaikan hasrat hati kau Jeon Jungkook. Aku harap Tae faham."

Daun pintu wad peribadi itu dikuak oleh seseorang dari arah luar. Aku seka air mataku. Kelopak mataku yang membengkak menjadi tatapan serius anak mata Taehyung.

"I-izinkan aku Tae?"aku menyoal dalam nada suara bergetar. Mimik muka Taehyung bertukar keruh. Pandangannya dijatuhkan ke bawah lantai.

"Bahagiakan dia. Tapi, kau ingat satu je. Aku izinkan walaupun hati aku tak rela. Semua ini demi sahabat aku."

Taehyung mengambil keputusan untuk meninggalkan aku bersama Jungkook sendirian. Bunyi pintu tertutup rapat menggoreskan hati aku sedalam-dalamnya.

Aku memapah diri ke kerusi berhampiran katil Jeon Jungkook. Kepalaku didaratkan di atas katilnya bersama tangisan kecil.

Khabar angin buruk tentang Jungkook mengakibatkan aku hilang arah tuju. Dia sakit dan dia sayangkan aku dalam diam.

Mungkin hakikatnya tidak salah jika kita berkorban walaupun akan ada hati yang terluka.

Taehyung, tolong fahami aku.

-tbc-

A/N:

Konflik kecil sebelum kisah ini tamat.

Apa pendapat korang?

Agak-agak boleh teka ending macam mana?

Stay tuned for tomorrow💕

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now