22

5.2K 793 158
                                    

Babe • kth

Babe • kth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


A/N:

Tiga updates untuk korang. Jumpa minggu depan pula ya. Saya nak fokus update story lain. ♥
-------

Taehyung membasahkan permukaan wajahnya dengan bilasan air paip. Nafasnya turun naik dan langsung tidak stabil.

"Aku dah gila dan aku gatal nak buat kerja gila. Kau gila Kim Taehyung!"perkataan gila menjadi mantera yang disebut berulang Kali olehnya.

Genggaman tangannya membentuk satu penumbuk kecil. Taehyung melepaskan suara jeritan halus agar tekanan dalam diri terbebas jua.

"Dia lelaki. Kau straight . Jadi, jangan buat hal Taehyung. Perempuan masih berlambak dekat luar sana."ujar Taehyung terkumat-kamit menenteramkan dirinya.

Gelisah dia memikirkan rentak jantung berlagu kencang gara-gara terpandangkan bibir comel Jae Yoong. 

Hati lelakinya bertambah kusut. Jika tidak terkawal elok pendiriannya, Taehyung bimbang diri sendiri akan terbabas ke luar landasan.

"Aku normal. Kim Taehyung normal. Jadi, segalanya akan baik-baik sahaja."

Taehyung keluar dari bilik air bersama secebis semangat. Hasratnya hanya satu. Lelaki itu berharap kepada tuhan agar hatinya tidak mendesak sesuatu di luar jangkaan akal.

Lagipun dia dah ajak Jae Yoong untuk menonton filem bersama-sama. Terlajak kata, tidak boleh diundur semula.

Tanggunglah akibatnya Kim Taetan.

-------

"Nah, popcorn. Kau ready? "Taehyung muncul dari sebalik langsir yang memisahkan ruangan katil dan ruang tamu kecil.

Lelaki itu mencapai remote televisyen. Punat televisyen ditekan. Lalu, dia pasangkan filem hantu Thailand.

Bukan beshe beshe bapak singa, marathon movie hantu Siam bah.

"Aku dah ready lama. Duduklah..dekat sikit Taehyung."aku mempelawa Taehyung apabila aku sedar kedudukan kami yang agak jauh.

Dia di utara. Aku di selatan sofa. Taehyung mengesot perlahan ke arahku. Satu bantal sofa sederhana kecil diletakkan sebagai penghadang antara kami.

Ah, takpelah. Husnuzon. Mungkin dia kurang selesa untuk duduk dekat denganku.

Babak-babak kejutan tidak memberikan kesan apa-apa kepadaku. Aku jeling reaksi wajah Taehyung dari hujung alis mata.

Mukanya beriak tenang. Sekali-sekala bibirnya menguntum senyuman kecil. Fikiranku membuat kesimpulan mudah.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki ini. Bayangkan, orang tonton movie hantu muka cuak gile. Taehyung pula tersenyum macam orang sedang angau.

Kau rasa mana lagi seram?

"Uhuh."Taehyung mengeluh perlahan.  Bibirnya digigit gelisah.

Kesibukanku memerhati eskpresi wajah Taehyung mengganggu fokusku untuk melayan filem tersebut. Aku berpaling semula ke hadapan.

Nasibku malang kerana pandangan mata suciku tercemar oleh babak-babak romantis hero dan heroin filem seram tersebut.

Dalam ketakutan, menyusul satu babak ciuman. Hilang terus mood seramku.

"Taehyung, percepatkan sedikit babak ni. Gelilah."aku mengomel perlahan. Aku mencuit lengannya. Taehyung kaku. Kedua-dua kelopak matanya tertutup rapat. Sentuhan tanganku semakin menambahkan getaran di tubuh badannya.

"Tunggulah b-babak tu habis. Aku letih. Nak lelapkan mata kejap. Kau diam, Jae Yoong."

Aku berhenti mengusiknya. Kepalaku disandarkan beralaskan bantal kecil itu. Kelopak mataku dipejam sebentar sementara menanti babak itu tamat.

Sekian lama menunggu, aku terlelap tanpa sedar.

-------

Taehyung berkira-kira untuk membuka matanya.

Dalam kiraan tiga saat, kelopak matanya tercelik luas. Matanya liar memandang sekeliling ruang tamu kecil itu.

"Jae Yoong.. Jae Yoong. Kau dah tidur ke?"

Seruannya tidak disahut oleh Min Jae Yoong. Taehyung positif rakan sebiliknya itu sudah hanyut dilamun mimpi.

Telapak tangannya menampar permukaan kepala sendiri. Taehyung membebel kecuaian dirinya.

Demi ingin mengelak babak ciuman tersebut, sesi merapatkan semula hubungan dengan Jae Yoong tergendala di pertengahan jalan.

Taehyung salahkan babak ciuman tersebut. Babak itu meniup suara negatif di dalam hatinya agar dia mencium Jae Yoong. Nasib dia mampu mengawal gelodak nafsu yang membuak-buak.

Cukuplah dengan firasat yang jahat mengajaknya untuk bergelar manusia tidak normal. Taehyung takut hati lelakinya melanggar fitrah tuhan.

"Bangunlah. Tidur di katil. Jae Yoong.."

Lengan Jae Yoon tiba-tiba menarik pinggang lelaki itu. Taehyung gagal mengelak serangan Jae Yoon. Tubuhnya terdorong ke hadapan. Kedua-dua lengannya memeluk tubuh kecil Jae Yoon dari arah belakang.

Dugeun. Dugeun.

Hati Taehyung buat hal kembali.

"Jangan buat kerja gila. Jangan jadi gila. Kau gila..semua ini kegilaan. Gila-"Taehyung menyebut tanpa henti agar perasaan kejinya dapat disingkir sekelip mata.

"Taehyung kacak. I love you."sebut Jae Yoon dengan lancar. Kelopak matanya terpejam rapat, menandakan gadis itu nyenyak dilamun mimpi.

Hakikatnya, Taehyung mengetap gigi disebabkan perasaan takut. Walaupun Jae Yoong mengigau, efek rakan sebiliknya memberi sengatan berbisa kepada lelaki itu.

Godaan syaitan berbisik di telinga. Taehyung menggenggam kuat telapak tangan Jae Yoong. Kepala rakan sebiliknya dipusingkan sedikit untuk memudahkan Taehyung mara ke hadapan.

"Persetankan semuanya. Aku nak kau. T-tak salah kan? I love you.. too."

Bibir Jae Yoong dikucupnya lembut. Taehyung terbabas lagi. Kali ini, ciumannya datang ikhlas dari hati serta hadir melalui minda yang masih sedar.

Sayangnya, Jae Yoon tidak sedar. Mungkin situasi ini seperti di alam mimpi bagi gadis itu.

Kasihan si bapak singa. Hanya tuhan yang tahu keletihannya menanggung perasaan terlarang itu.

-tbc-

A/N:

Bab ini je panjang. Hehe.

Bab seterusnya ada konflik. Anak jeon turut serta semula ya.

Selesai update. Sebarang kekurangan dalam bab ini,mohon dimaafkan. ;)

Saya tak sempat nak double check lagi.

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now