Teaser 💜

4.2K 635 84
                                    

Sedikit sedutan bab [teaser] yang akan datang.

Do read. Do comment.

Babe • kth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Babe • kth


"Tae, saya tak bermaksud nak tipu awak. P-please bagi saya peluang."

Sayup-sayup bunyi suara gadis itu merayu kemaafan kepada si dia.

Taehyung hanya mampu berdiri kaku di jendela bilik. Angin malam yang meniup lembut gagal menenangkan jiwanya ketika itu.

"Aku terlalu s-sayangkan kau."

Tuturnya lemah. Taehyung kemudiannya jatuh terduduk di atas lantai. Tiada siapa pun yang dapat memujuk hatinya yang sudah remuk dan tercalar teruk dek penipuan terbesar gadis itu.

"Aku juga cintakan kau. Too much. Aku sanggup berkorban apa-apa saja demi Jae Yoon aku. Tapi, aku dapat apa?"

Telapak tangannya mengusap permukaan dada yang berombak. Jantungnya sudah mahu meletup. Lelaki itu menangis teresak-esak sambil mengepal penumbuk kecil.

"Kau tipu aku. Kau khianati aku. Suka tengok aku terseksa, terhegeh-hegeh mahukan perhatian dan kasih sayang kau."

Bunyi ketukan pintu bertalu-talu disertai pula dengan iringan kata maaf daripada Jae Yoon membuatkan nafasnya bertambah sesak.

Kedua-dua telapak tangannya ditekup ke telinga. Taehyung akui cintanya terhadap Jae Yoon sentiasa mekar. Namun, dirinya cukup terluka.

"Jangan buat aku bencikan kau. T-tolong pergi dari sini, Min Jae Yoon."

Permohonan maaf itu belum mampu menyembuhkan sakit di hati kerana Taehyung sedar soal hati dan perasaannya dipandang remeh oleh gadis itu.

---

Teaser tamat😜

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now