25

4.8K 775 125
                                    

Babe • kth

Babe • kth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Jumpa lagi di bulan Mei. Eomma update awal. Busy sikit hehehe asalnya tengah malam nanti hahahahahaha.tapi, diawalkan. 😋♥

I love you guys ^.^

-------

Taehyung menggigit bibir bawah. Permukaan bibir yang kering dibasahkan semula dengan pergerakan lidahnya.

"Aku tak rasa aku ni normal. Aku boleh sawan kalau aku tetap nak hanyut dalam benda gila ni."giliran kukunya digigit perlahan. Taehyung mengesat permukaan wajahnya.

Manik-manik peluh terbentuk di atas kulit wajahnya. Jemarinya lincah menekan skrin telefon pintar. Berkat kegigihannya mencari ilmu di enjin carian Google, Taehyung membaca bait-bait tips untuk mengesahkan perasaan kejinya itu.

"Aku kena paksa diri untuk try tips ni. Kalau betul, memang sahlah aku ni.."Taehyung berjeda sebentar. Matanya tidak terlepas daripada merenung potret wajah polos Jae Yoong yang terletak di atas meja rakan sebiliknya.

"Aku cuba ya. Cuba!"bisiknya bersemangat di dalam hati.

Taehyung berdiri sambil memeluk tubuh. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa kecil tersebut. Skrin televisyen hitam tanpa warna itu ditenung kosomg.

Bunyi rentak jantung berdegup kecang menjadi peneman hatinya dapat yang sedang berduka lara.

-------

Jae Yoon memulas tombol pintu. Jemputan Jungkook untuk menghabiskan hujung minggu bersama rakan baru yang lain menjadi satu solusi terbaik buat dirinya.

"At least, aku boleh elakkan diri daripada tatap muka bengis Taehyung. Hopefully."

Kegembiraan Jae Yoon tidak kekal lama. Suara serak basah Taehyung mencuri seratus peratus fokus dirinya.

Dia gagahkan diri juga untuk masuk ke ruang tidur. Hampir dia mengucap panjang kerana kesucian matanya dinodai sekali lagi.

Kali ini segar di hadapan matanya.

"Jae Yoong, sapu ubat dekat luka aku. Sakit lagi.."gegendang telinganya menafsir tutur ayat berbaur nakal itu.

Air liur ditelan perit. Tangannya mencapai botol berisi cecair ubat di dalam genggaman telapak tangan Kim Taehyung.

Taehyung menyandarkan badan di meja belajarnya. Sengaja tubuhnya dibiarkan tidak berbaju. Titis air mandian masih tersisa di tubuh tegapnya.

Tuala kecil dikesat perlahan di bahunya. Jari telunjuk lelaki itu mengarahkan Jae Yoong agar rakan sebiliknya itu lebih dekat kepadanya.

"Kenapa t-tak sapu ubat sendiri? S-saya sibuk."balasan jawapan dari bibir Jae Yoong memaksa Taehyung untuk melangkah ke tahap seterusnya.

Nafas kecewa dihela panjang. Dia sedikit berjauh hati kerana kemahuannya ditolak mentah-mentah oleh Jae Yoong.

Keegoan hatinya bertambah rumit. Taehyung bercadang untuk menghapuskan sahaja tips bernas daripada pakcik Google itu.

Berdasarkan hasil carian maklumatnya, Taehyung diduga perasaan ingin mencuba.

Tak salah kan dia mahu mencuba nasib? Semoga perasaannya kekal utuh kepada wanita bukannya manusia sama jantina dengannya.

"Aku nak kau tolong.. rawat luka aku. Please."

Baru selangkah tapak kaki Jae Yoon melangkah ke arahnya, kedua-dua telapak tangan Taehyung menahan bahu rakan sebiliknya itu.

"Terima kasih sudi selamatkan aku Jae Yoong. Aku nak something boleh?"kelopak matanya dipejam rapat lalu dibuka semula dalam kadar sepantas kilat.

Sesak dadanya menanggung perasaan terlarang ini. Taehyung melangkah longlai ke arah Min Jae Yoong seraya melingkarkan lengan kekarnya di leher rakan sebiliknya itu.

"Awak n-nak apa? Luka tu.. saya tampal plaster luka dulu boleh?"

Taehyung mengabaikan pergerakan tubuhnya yang sudah menggigil takut. Rangkulan lengannya di leher Jae Yoon mula menurun ke bahu.

"Aku nak peluk kau. Sekali aje. Tak lebih,  tak kurang. B-boleh? Aku sangat-sangat perlukannya sekarang."

Permintaan mengejut Taehyung membuatkan Jae Yoon kaku di hadapan lelaki itu.

Pandangan anak mata perang Taehyung terhenti lama di wajahnya. Telapak tangan lelaki itu menyentuh lembut belakang tubuh Min Jae Yoon.

Hembusan nafas penuh debaran meniti di bibir masing-masing. Taehyung menghela nafas sebelum telapak tangannya menolak Jae Yoon masuk ke dalam pelukan eratnya.

"Jangan.. J-jangan larikan diri daripada aku..babe."

Pelukannya bertambah erat. Sepasang anak mata kepunyaan Taehyung berkaca-kaca, seolah menahan tangis di dalam hati.

"Aku..cuma perlukan pelukan dari kau. Jae Yoong.."

Eratnya pelukan itu.Bertambahlah himpunan rasa sayang dan bibit cinta di dalam hati.

Taehyung akui hatinya memberi signal jelas.

Hatinya menjadi magnet. Semakin dia menolak rasa sayang itu, semakin meningkat kadar denyutan jantungnya.

"T-taehyung."sapaan suara Jae Yoon tidak mendatangkan kesan apa-apa kepada lelaki itu. Gadis itu menjadi bungkam.

Tubuhnya bergerak memberi respons kepada gerak-geri Taehyung. Sewaktu dia mendongakkan kepala untuk memandang lelaki itu, jantungnya seakan mahu meletup.

Kulit ibu jari Taehyung mengelus lembut bibir bawahnya. Cecair jernih kemudiannya turun pula membasahi permukaan pipi lelaki itu.

"Aku yakin. Aku sememangnya.."

Kebisuan mengisi suasana tegang itu. Taehyung menolak bahu Jae Yoon. Jarinya pantas menyeka juraian air mata itu.

"Aku sukakan seseorang yang tak mampu aku miliki. Hati aku sakit, Min Jae Yoong. Aku letih menahan rasa. M-macam nak gila."

Dialog tersebut terhenti setakat itu. Susuk tubuh Taehyung menonong keluar dari bilik perkongsian mereka berdua.

Bunyi hempasan pintu menarik semula Jae Yoon ke alam realiti. Telapak tangannya digenggam kuat.

Sesaat pun tak akan dia lupakan betapa indahnya bunyi degupan jantung milik Kim Taehyung.

Rentak degupannya laju. Seperti orang yang mabuk dilamun cinta.

-tbc-

A/N:

Bab yang sedikit panjang. Hope korang tak bosannnnn.

Hehehhehe. ♥

See you guys soon. 😘

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now