Babe • kth
A/N:
Nak kasi korang taegoda dengan hero kacak 'babe' melalui bab ini. Agak ringkas tapi harap korang suka. 💕--------
Syukur.
Aku memanjatkan rasa syukur kepada tuhan kerana kewujudan anak Jeon pada malam itu menyelamatkan aku daripada bapak singa.
Aku seram dan gelisah. Tidurku seakan tidak nyenyak gara-gara sesi luahan perasaan dan gerak-geri terlebih madu lelaki itu.
Cukup manis pada padangan mata sehingga meniupkan rasa angau di hati. Hebat penangan anak Kim ini.
"Jae Yoong. Hey."
Aku langsung mengeraskan tubuh badan. Susuk tubuh Jungkook berbaring di atas katil menjadi mangsa tenunganku.
Ah, rasanya lagi baik aku perhatikan jebon ini daripada lelaki terlajak miang di tepiku ini.
"Sayang aku ke tidak? Asyik kena palau je."suara serak basahnya melirih sayu. Dia bijak mengesan kelemahanku. Nada suara merajuk Taehyung memaksa kepala aku untuk menghadap wajahnya kembali.
"Jangan pusingkan badan. Aku..aku tak senang hati kalau tak tatap wajah Jae Yoong aku ni."ucapnya seraya mengelus juntaian anak rambutku.
Iris mata perang Kim Taehyung menikam tepat ke wajahku. Sekejap senyum. Sekejap dia ketawa.
Kau dah mabuk sangat ke taetan?
"Kenapa pandang saya macam orang tak siuman? T-taehyung, tidurlah. Nanti Kook bangun, kantoi kita."
Amaran aku dibalas dengan jelingan manja lelaki itu. Lengan Taehyung menarik tubuh aku rapat kepadanya.
Spontan kepalaku terbenam di dada bidangnya. Alahai, waktu pagi buta juga anak Kim nak bersweet bagai.
"Aku sayang kau."
Luahan perasaannya didatangkan sekali dengan pakej pelukan erat dan kejap seperti beruang koala.
Pada masa yang sama, aku mencuri pandang keberadaan anak Jeon dari hujung mata. Weh janganlah tetiba Jungkook bangun. Boleh pengsan dia dibuatnya.
"Aku cinta kau, Jae Yoong."
Taehyung menambat hati aku lagi dan lagi menerusi kata-kata berbaur kasih. Kehangatan tubuhnya menenangkan seluruh pelusuk hati.
YOU ARE READING
[C] Babe | Kim Taehyung
Fiksi PenggemarRemake Version of 'His Roommate' "Kisah di mana seorang gadis menyamar sebagai seorang lelaki. Mudah? Jawapannya tidak dengan adanya kewujudan Kim Taehyung." Start: 15/2/2019 End: 20/5/2019 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinte...