04

6K 876 204
                                    

Babe • kth

Min Jae Yoon tersengih kekok sebelum kepalanya ditunduk hormat ke arah rakan-rakan asrama El Mariachi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Min Jae Yoon tersengih kekok sebelum kepalanya ditunduk hormat ke arah rakan-rakan asrama El Mariachi itu.

Bunyi sorakan daripada para penghuni lelaki memenuhi segenap ruang dewan makan tersebut. Ada yang mendekati Jae Yoon lalu tubuhnya dipeluk erat oleh kedua-dua lelaki yang langsung tidak dikenalinya.

"Aku Seokjin dan budak acah nerd sebelah aku ni Namjoon. Kalau kau bosan, aku dan Namjoon ada ps4. Apa-apa roger eh bang Jae Yoong, boleh lah kau join kami main game sekali."bisik Kim Seokjin dengan kenyitan mata kanannya.

Jae Yoon mengangguk sekali lagi. Ibu jari diangkat naik tanda dia berminat dengan pelawaan dua orang lelaki berperwatakan ceria itu.

Bunyi deheman kasar oleh seseorang membuatkan semua penghuni lari ke tempat duduk masing-masing. Jae Yoon mengambil tempat duduk di sebelah Jungkook.

Sepasang matanya menyambut kedatangan tetamu kehormat ke dewan makan pada malam tersebut.

Nampaknya bapak singa sudah datang mencemar duli.

Haraplah Jae Yoon tidak direbus hidup-hidup oleh jejaka dingin itu.

----
Segala gerak-geri Taehyung menjadi perhatian penghuni-penghuni El Mariachi. Mulut masing-masing terkunci rapat. Aura garang dan tegas yang dibawa oleh Kim Taehyung mengerunkan kaum lelaki yang ada di dalam majlis suai kenal itu.

"Senyap pula. Tadi sebelum aku masuk, bukan main meriah lagi korang. Btw, kita ada ahli baru untuk asrama ni. Please introduce yourself to them, Jae Yoong."arah Taehyung. Anak matanya menghantar renungan tajam seakan ianya sudah menjadi rutin setiap kali wajah aku muncul di depan mata.

"Hai semua. A-aku Min Jae Yoong. Penghuni bilik 02-A. Pelajar baru Universiti Bangtaneul. Pelajar fakulti seni lakonan."

Bunyi 'ooohhhh' yang panjang sekali menjadi balasan ucapan perkenalan oleh Min Jae Yoon. Gadis itu menarik nafas lega. Penyamarannya setakat ini masih berada di tahap memuaskan hati.

Jae Yoon juga sempat menangkap bisikan nakal dari kumpulan kecil lelaki yang sedang duduk di meja belakangnya.

"Weh, Taehyung dapat roommate baru lagi. Ketua asrama kita ni boleh jadi juara rajin tukar rakan sebilik. Itulah, siapa suruh dia jadi bapak singa kan?"

Aku dikejutkan dengan bunyi hentakan kuat meja besi. Taehyung mengangkat jari telunjuknya tepat ke arah lelaki-lelaki yang berada di belakangku.

"Korang cakap lagi. Aku nak korang blah dari sini. So, tolong diam. Boleh?"jerkah Taehyung. Penumbuk kecil terbentuk kemas di tangan kirinya.

Jungkook menyiku bahuku perlahan. Keningnya dijengketkan apabila anak matanya terpandang diriku yang sedang menggigil ketakutan.

Gila ah kau, aku takut dapat rakan sebilik macam ni. Dia dingin, dan lengkap juga dengan pakej mudah mengamuk.

Mati aku nanti kalau aku tinggal lama sebagai rakan sebiliknya nanti.

"Kau tenang je, Jae Yoong. Dia memang macam tu. Setiap masa hati dia nak berapi. Ada awek pun, tetap nak panas baran. Aku sumpah dia jatuh cinta kat lelaki baru dia tahu!"bebel Jungkook.

"Aku mahu laporan aktiviti dari setiap ajk asrama esok petang. Takde laporan, aku tendang korang masuk asrama Bahenol. Kau Jae Yoong, diserap masuk bawah ajk kecergasan kelolaan Jeon. Kook, kau uruskan budak lembik ni. Faham tak semua?"

"Faham,bossssss."sahut semua penghuni asrama Bangtaneul. Sesi pengajaran dan pembelajaran semester baru akan bermula esok hari.

"Aku tamatkan mesyuarat kecil ni. Jumpa lagi nanti untuk team bola tampar. Latihan tepat jam lima di padang Gyeong. Semua bersurai."ucap Taehyung dengan tegas sekadar ingin menamatkan mesyuarat pada malam itu.

Aku memandang muka Taehyung yang sedang berbahang panas dan merah sekali rona pipinya.

Jika diikutkan pesanan Jeon Jungkook, aku perlu segera bantu hilangkan 'trauma' Kim Taehyung kan?

Aku takut bapak singa itu akan mengamuk. Namun, aku juga risau dia akan menanggung kesakitan.

Aku segera bangun dari duduk. Sebagai rakan sebilik yang prihatin, kebajikan Taehyung perlu juga diambil berat.

"Ah, kau pergilah hilangkan trauma Taehyung tu. Kiss pipi satu kali, hidung satu kali, bibir satu kali. Kemudian, kau angkat kaki dan lari. Ingat, ikut panduan aku ni. Aku taknak Taehyung masuk ICU sebab trauma dia. Tolong ketua kita tau!"desak Jungkook.

Aku mengeluh perlahan. Kepala aku angguk tanda faham walaupun hati sendiri sudah berasa kurang enak dengan keputusan gila ini.

-tbc-

A/N:

Lewat-lewat pagi saya publish bab baru.

Plot makin sensasi. Nantikan. ❤

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now