03

5.8K 947 126
                                    

Aku membaringkan badan di atas katil bujang tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku membaringkan badan di atas katil bujang tersebut. Aku mengerling ke arah jam yang tergantung di dinding. Jarum jam sudah bergerak ke angka 10 malam. Kelibat rakan sebilikku langsung tidak kelihatan.

Kalau diikutkan maklumat yang diberi oleh Jungkook, ada kemungkinan besar Kim Taehyung inilah idola yang aku impikan sejak dari dahulu lagi.

Aku tahu personaliti dia agak dingin. Tetapi, aku tak sangka pula lelaki itu terkenal dengan gelaran bapak singa.

Auch, abang garang bah sebilik dengan aku.

Klikk.

Pintu bilik dibuka perlahan oleh seseorang. Aku segera menarik selimut tebal untuk menutupi seluruh tubuh badanku daripada dilihat olehnya.

----

Kim Taehyung mengurut lembut pergelangan tangannya yang terseliuh. Iris mata coklat cairnya menjeling satu susuk tubuh yang sedang menyorok di dalam selimut.

"Kau roommate baru aku kan? Keluarlah. Aku nak lihat muka kau."ujar Taehyung bersama riak wajah kosong tanpa emosi.

Kain tuala kecil diambil dari rak baju. Taehyung kesat peluh yang masih tersisa di sekitar leher dan wajahnya.

Jae Yoon mengumpul semangat yang ada di dalam diri. Hujung kain selimut ditolak perlahan sehingga pandangan matanya terjatuh tepat ke arah seorang lelaki seksi tidak berbaju.

"H-hai."sapa Jae Yoon dalam ayat pengenalan ringkas. Taehyung berdehem perlahan sebelum dia memusingkan tubuh badannya menghadap rakan sebilik barunya itu.

"Nama kau apa, budak babyface?"

Jae Yoon menelan air liur. Tekaknya terasa perit untuk membalas pertanyaan si bapak singa. Gadis itu keliru. Fokusnya sudah terganggu dek imej Taehyung yang tidak berbaju sedang duduk menyandar di meja bacaan.

Rambut lelaki itu tampak messy dan mencuri pandangan mata kerana warna rambut kelabu gelap itu membuatkan penampilan Taehyung sungguh kacak di mata Jae Yoon.

"Aku Jae Yoong. Asal dari Busan."

Kening Taehyung terjungkit sedikit. Sehelai kertas dicampakkan kepada Min Jae Yoon.

"Pastikan kau lengkapkan borang tu if kau berminat nak sertai pasukan aku. Pagi esok borang ni dah ada atas meja aku. Ingat, aku tak nak ahli team yang lembik. Esok malam ada majlis suai kenal di dewan makan. Make sure kau turun budak."jelas Taehyung panjang-lebar.

Aku menantikan secalit senyuman di wajahnya. Namun, hanya jelingan tajam yang aku dapat setakat ini.

"Urm, kita kawan eh?"soalku bersama nada ceria. Terlebih girly pula. Aku menekup mulut. Lelaki itu merengus perlahan. Oh, mungkin itu jawapan kau Kim Taehyung.

Mulut Taehyung seolah-olah ingin membalas pertanyaan aku. Bunyi telefon pintarnya yang berdering kuat menyebabkan tutur katanya tergantung sepi.

"Jap, awek aku call pula."

Taehyung meletakkan skrin telefon pintar itu dekat di telinganya. Sesekali raut wajahnya berkerut. Selepas itu, hujung bibirnya tersungging senyuman manis.

"Ah, nanti oppa datang melawat Jae Kyung. Nak makan apa yang sedap-sedap tak? Nak tahu something, aku rindu bibir kau, chagiya."

Hampir aku tersedak air liur. Aku memalingkan wajah ke arah lain.

Pfft, oppa? Tadi bukan main garang kau layan aku. Rupanya hati macam mashmellow bila awek kau call.

Dasar bapak singa.

-tbc-

A/N:
Lupa pula.

Ada Jae Kyung lah.

Hahahahahahahaha


[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now