Babe • kth
Taehyung melutut di hadapan teman wanitanya. Cincin pasangan yang baru dibeli minggu lepas ditayang megah kepada Jung Jae Kyung.
"Kau sudi terima aku, sayang?"
Jawapan yang diimpikan bertukar nasib. Jae Kyung menolak telapak tangan lelaki itu.
"Saya dah ada orang lain. Kita putuskan hubungan kita sampai sini sahaja. Saya hilang rasa cinta dekat awak, Taehyung. Sorry."sinis suara gedik wanita itu memberi alasan tersebut kepada Taehyung.
Lelaki malang itu cuba meraih tangan Jae Kyung semula. Wanita itu segera menjarakkan diri daripada Kim Taehyung.
"Saya tak cukup bagus untuk awak, Jung Jae Kyung? Please, kita selesaikan hal ni dengan baik. Ada jalan penyelesaiannya, betul kan sayang?"
Jae Kyung menghentakkan tumit kasut tingginya supaya Taehyung sedar lelaki itu sudah tidak berguna untuknya lagi.
"Whatever. Kita putus Taehyung. Saya dah jumpa lelaki lain. Lagi berduit dari awak. So, selamat tinggal."pamit Jae Kyung menerusi ucapan selamat tinggal itu.
Taehyung mengetap gigi. Kotak berisi cincin itu ditenung lama. Sikap baran yang tersisa di dalam diri menyebabkan dia tidak berfikir panjang.
"Perempuan semua sama. Lebih baik bercinta dengan lelaki! Aku benci semua ni! Aku benci kau, perempuan!"
Kotak cincin tersebut dicampak jauh ke dalam longkang. Taehyung mendail nombor seseorang di skrin telefon.
"Kau free , Namjoon? Singgah kelab malam Hongdae sekarang. Aku on."
Nampaknya hati seorang lelaki bernama Kim Taehyung hancur musnah dan lebur akibat hubungan cinta yang terputus di pertengahan jalan.
-tbc-
A/N:
Banyak update untuk korang hari ini.
Muah ciket. ❤
YOU ARE READING
[C] Babe | Kim Taehyung
أدب الهواةRemake Version of 'His Roommate' "Kisah di mana seorang gadis menyamar sebagai seorang lelaki. Mudah? Jawapannya tidak dengan adanya kewujudan Kim Taehyung." Start: 15/2/2019 End: 20/5/2019 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinte...