24

4.5K 736 67
                                    

Babe • kth

Babe • kth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Enjoys reading babe. Komen bebanyak tau. Mana tahu saya update satu lagi?😉

--------

Kesan luka sederhana besar itu dicuci serta dirawat dengan penuh berhati-hati. Aku sapukan ubat perlahan-lahan agar kesakitan tidaklah terlalu dirasai oleh rakan sebilikku.

Dalam diam, aku memandangnya bersama rindu yang menggunung. Sejak kebelakangan ini aku sedar akan sikap dinginnya, hanya malam sahaja kelibat bapak singa ini akan berlegar-legar di ruangan bilik perkongsian kami berdua.

Itupun setakat mahu melepaskan lelah setelah habis latihan bola tampar atau dia ingin tidur. Jarang bagiku untuk melihat keberadaan lelaki garang plus dingin memanjang ini di dalam bilik.

"Taehyung, awak rasa okay? Luka rasa pedih lagi tak?"aku sudah sedia menukar gaya sapaanku terhadap si dia. Dahulunya aku-kau, sekarang aku yakin untuk meneruskan sapaan awak-saya. Lebih sopan kan?

Usai melekatkan plaster luka di atas permukaan kulit sikunya, aku menarik nafas lega. Lengan kekarnya dilepaskan daripada genggaman tanganku.

Serentak dengan itu, Taehyung merengus kuat. Perubahan drastik tingkah lakunya mengejutkan aku.

"Aku dah tak perlukan kau. Pergilah masuk ke dewan kuliah. Aku dah okay. "nada suara garaunya berbunyi sarkastik.

Taehyung bingkas bangun dari duduk. Dia sempat merenungku sekilas sebelum tubuhnya menghilang dari kawasan ruang rehat bangunan Universiti Bangtaneul.

Eceh susah ke bang Tae nak ucap terima kasih?

Aku gagal mengawal kegatalan mulutku untuk membebel sikap dingin Taehyung. Bibirku tersungging senyuman paksa rela.

Aku bingung. Apa salahku sehingga kau tegar memalaukan aku sedemikian rupa?

-------

Jeon Jungkook meletakkan tray berisi makanan di atas meja. Wajah mendung Jae Yoong diteliti sebaik mungkin.

"Hey kau berangan apa hah? Aku ni halimunan ke? Makanlah budak. Kang lapar kau gastrik pula nanti."satu lagi tray makanan disuakan ke arah Min Jae Yoong.

Sengihan lebar Jungkook mencuri fokus gadis itu. Jae Yoon menjongketkan kening sambil mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu.

"Terima kasih Jungkook. Maaflah kalau aku tak layan kau sangat. Mood aku tak okay."

Jungkook mengangguk faham. Kunyahan makanan di dalam mulut terhenti apabila fikirannya teringatkan sesuatu.

Spontan dia menepuk tangan. Hatinya girang memikirkan rancangan bernas itu. Haraplah Jae Yoong turut serta bersama dia nanti.

"Kau on tak weekend ni? Kita lepak rumah aku. Aku ada lah jemput beberapa orang kawan aku. Kau tak perlu risau. Diorang semua sporting gile. Jommmmmm."suaranya dibiarkan meleret-leret agar minat Jae Yoong mudah dipancing waktu itu juga.

Kunyahan makanan disambung semula. Bibirnya terbentuk senyuman bangga tatkala deheman suara rakan sebilik Taehyung itu berbunyi positif.

Ah, hati lelakinya bersorak suka. Jae Yoong terjerumus ke dalam umpannya.

"Kau.. setuju ke tidak,Min Jae Yoong?"duga Jungkook untuk kali kedua.

Jae Yoon menayangkan tanda ibu jari tanda dia bersetuju dengan rancangan Jungkook. Sekurang-kurangnya, dia tak perlu hadap muka masam Taehyung di bilik hujung minggu ni.

Rancangan berhujung minggu di rumah anak Jeon dilihat sebagai satu peluang keemasan baginya untuk mengelakkan diri daripada bahang kedinginan Kim Taehyung.

"Aku setuju. Hujung minggu ni aku sertai kau, Jeon Jungkook."

Jeon Jungkook menyembunyikan senyuman jahat di bibir. Kebosanan hidupnya akan terisi dengan sesuatu yang menarik hujung minggu ini.

Rancangan berhujung minggu itu ada kisah gelapnya.

Jungkook berhasrat. Hanya satu.

Suara hatinya membisik kata nakal supaya dirinya meneruskan rancangan untuk mengenakan Taehyung dan Jae Yoon di rumah agamnya kelak.

Bila lagi kan masa terbaik untuk melihat amukan bapak singa?

-tbc-

A/N:

Satu lagi update tengah malam ini?

Tell me.

;)

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now