19

4.9K 823 99
                                    

Babe • kth

Babe • kth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


A/N:

Saya beri korang dua updates. Jemput komen dan hadiahkan votes. 😘

-------------

Aku menyerahkan bekal berisi roti sandwich kepada Jeon Jungkook. Lelaki itu bersorak riang. Lantas, bekal itu dibuka, dia melahap makanan itu. Begitu rakus sekali sehinggakan aku terdetik mahu menampar kepalanya saat itu juga.

"Kau kebulur tak makan setahun ke apa? Slow slow sikit. Tercekik nanti. Aku pula kena usung kau pergi hospital."aku menyuakan segelas air suam kepadanya.

Jungkook mengelap kesan comot di hujung bibirnya. Keningnya berkerut. Hujung bibirnya terjengket sedikit.

Amboi gembira. Sedap sangat ke air tanganku ini?

"Aku actually rindu nak makan sandwich mak aku. Sebab tu aku paksa kau buat. Aku rindu mak aku. Maaflah ya."sayu nada suara Jungkook mencurahkan luahan emosinya.

Kepingan roti sandwich itu direnungnya Lama. Anak matanya kemudian merenung aku pula.

"Terima kasih Jae Yoong. Aku susahkan kau. Semata-mata mengidam sandwich, aku ugut kau. Aku janji aku tak akan dedahkan rancangan kau. Pinky promise. Hehe."

Aku menyambut perlawaan jari kelinking Jungkook. Kami sama-sama memautkan jari masing-masing.

Kesudahannnya, satu pinky promise termeterai saat itu juga. Jungkook meneguk air. Aku mengesyaki renungan matanya bertukar aneh.

Lenganku dicubit kuat. Automatik aku menarik telinganya pula. Siapa suruh aku gedik nak cubit aku Jeon?

"Kau buang tabiat cubit aku? Aku tak nah ah buat sandwich untuk kau dah."aku mengugut lelaki itu.

Jungkook mendekatkan wajahnya. Bibirnya teragak-agak untuk membisikkan sesuatu.

Sekejap terbuka,sekejap tertutup.

Apa sebenarnya yang kau mahu sampaikan,duhai anak Jeon?

"Kau cuba usya belakang kau. Taehyung couple semula dengan Jae Kyung. Diorang siap berpeluk lagi. OMYGOCHII."

Hatiku berasa gundah. Aku memaksa kepala untuk pusing juga ke belakang.

"T-taehyung?"

Rabak. Perkataan inilah yang sesuai menggambarkan keadaan hatiku pada saat itu.

Taehyung memeluk erat tubuh kecil itu. Bunyi sorakan orang ramai di sekeliling kafe menyerabutkan fikiran aku.

"Kau..okay tak Jae Yoong?"soal Jungkook apabila wajahku tidak memberikan reaksi apa-apa.

Aku pejamkan kelopak mata. Kemudian, iris mataku dijamu semula dengan kemunculan babak menyakitkan hati.

Taehyung membenamkan bibirnya di bibir Jung Jae Kyung. Ciuman mereka berlangsung secara live di tengah kafe.

Jae Kyung tidak menolak. Malahan, lengannya merangkul erat leher lelaki itu. Bunyi rengekan manjanya membuatkan telinga aku berdesing.

"Aku okay. Taehyung berhak untuk get back semula dengan Jae Kyung. Aku takde nak untuk menghalang dia, Jeon Jungkook."

Aku bersumpah suaraku bergetar hebat. Taehyung melanggar janji. Aku angkat semula wajahku. Sesi ciuman itu semakin panas. Hatiku terusik tatkala kelopak mata Taehyung terbuka separuh.

Anak matanya mencerlung tajam memandangku dengan satu renungan penuh tersirat.

Tolong tampar aku. Apakah kegilaan semua ini?

Tak mungkin Taehyung bertindak sedemikian kerana layanan mesraku terhadap anak Jeon pagi ini.

No.

Katakan ini semua hanya mimpi ngeri.

-tbc-

A/N:

Uish.

Apa pendapat korang tentang bab ini?

Hehehe anak Jeon tu sengaja je nak manja. Hahahahaha.

Harap korang suka dua update ini.

Jumpa lagi nanti. ♥

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now