Babe • kth
A/N:
Korang kena hadap lagi kemarahan bapak singa. Dun worry kejap kejap aje konflik. Nanti diorang berkasih sayang semula eh? 😜♥
-------
Jungkook memberi renungan tidak puas hati kepada Jae Yoon. Tubuh gadis itu diperhatikannya dari atas hingga ke bawah.
"Kau boleh sesuka hati reject kejam perasaan Tae. Dah kau perempuan, teruskanlah bercinta dengan dia. Apa yang susahnya, Cik Min?"
Jae Yoon duduk diam di kerusi berhadapannya. Rahsia yang dipegang pecah jua. Jungkook si detektif tak berbayar licik menjalankan penyiasatan identiti sebenar dirinya.
Mentang-mentang duit berkepuk, apa nak susah? Siasatan pantas penyiasat upahan Jeon membuahkan hasil. Identiti rakan sebilik Taehyung diperoleh dalam kadar masa sepantas kilat.
"Saya dah jelaskan banyak kali saya ni perempuan. Tae tak nak terima. Dia nak Jae Yoong. Bukan Jae Yoon. Faham tak Jungkook-sshi?"ujar Jae Yoon dengan cemas. Tutur katanya turut disertai firasat hati yang kurang enak sejak dari awal pertemuannya dengan anak Jeon itu.
"Okay, kau nak tahu something tak Jae Yoon?"
Jungkook menjengketkan kening. Bawah dagunya diusap berulang kali sambil tatapan matanya melekat di wajah Min Jae Yoon.
------
"Akulah orang yang hantar mesej dekat Taehyung.Hubungan korang dah hancur lebur. Ada peluang untuk aku jadi pakwe kau hurm?"
Aku mengangkat kepala semula. Riak suci terpampang di wajah Jungkook memanaskan hatiku.
Amboi, sejak bila berjinak-jinak jadi syaitan eh bang Jeon?
Telapak tanganku menepis jari-jemarinya yang gedik ingin merayap ke sisi wajahku. Pipiku merona merah. Tembelang perangai jahat Jungkook menyemarakkan rasa geram di dalam hati.
"A-apa awak cakap dekat Taehyung?"
Lelaki itu tergelak sinis. Tubuhnya datang menghimpit tubuh badanku. Pergerakanku kemudian dikunci oleh lengan kekarnya.
Damn, kau pun simpan perasaan dekat aku? Ya tohannnnn.
"Aku hantar fake message guna nombor kau. Nak tahu aku minta apa? Aku minta putus. Auch, ranaplah kasih sayang abang Taetan kau eh?"
Telapak tanganku menggigil hebat. Jika tidak dikawal, sudah lama pipi Jungkook mendapat tamparan berdas-das dari telapak tanganku.
"Kau marah sayang? Move on lah beb. Hati Taehyung aku dah gelek-gelek hancur guna lori. Oops."
Aku berdiam diri sebelum bibirku melawan kata-kata sinisnya kembali.
"Taehyung cintakan saya. Awak takde hak nak halang. Apa salah saya Kook?"aku menggesa Jungkook seraya lenganku bergelut ingin membebaskan diri daripadanya.
Kekuatan tubuh badan lelaki itu menyukarkan proses aku untuk melarikan diri. Itulah degil sangat nak berurusan dengan Jeon Jungkook. Padahnya aku kena tanggung seorang diri.
"Kau buat salah besar. Kau dah curi hati aku. So, why not aku rampas kau dari Taehyung? Senyap senyap berbisa ah."
Aku mengemam bibir. Jeritan kecewa dan fed up dilempiaskan di dalam hati. Fikiranku menemui jalan kusut. Taehyung merajuk. Jungkook tetiba meroyan mahukan aku.
"L-lepaskan saya."aku menjerit kecil. Tepis banyak kali pun, tangan anak Jeon gatal nak hinggap di atas pipiku.
Bunyi daun pintu dibuka mengejutkan kami berdua. Jungkook menarik aku ke dalam pelukan erat sehingga pernafasanku tersekat.
Dalam kesibukan mencari sekelumit peluang untuk menghirup oksijen mencukupi, wajah tegang Taehyung memenuhi ruang mata.
Ah, sudah jebon peluk aku macam beruang koala. Macam mana aku nak lari?
"Jae Yoon, kau PEREMPUAN yang aku sayang. Terima kasih sudi terima baby Kook."perkataan perempuan ditekankan menggunakan nada suara garaunya begitu lantang, sekali.
Jadah apa kau sebut baby?
Baebi kau jengkuk. Aku syak selepas ini aku kena hadap amukan menggila daripada bapak singa.
"Kau reject aku semata-mata nak bercinta dengan Jungkook pula? Sanggup kau buat a-aku macam ni?"suara Taehyung bergetar hebat.
Urat-urat hijau mulai timbul di leher dan juga di belakang telapak tangannya. Keadaan wajah dan penampilannya selekeh dan tidak terjaga. Taehyung kacak yang aku dambakan seolah-olah lesap.
Anak matanya merenung kosong ke arah aku dan Jungkook. Pelukan tersebut dilepaskan serentak dengan tempikan suara emas Taehyung.
"T-tak. Awak salah faham Tae."
Jungkook cuba meraih lengan Taehyung. Lelaki itu mengelak daripada bersentuhan dengan sahabat baiknya.
"Better kau jauhkan diri sebelum aku hancurkan muka kau, Kook. Semoga berbahagia korang berdua. Aku doakan yang terbaik!"perli Taehyung.
Langkah kakiku mengejar Taehyung dari arah belakang. Tiba-tiba, tubuhnya berpusing menghadap aku.
Diri yang kerdil ini disuntik rasa gerun. Belum pernah Taehyung memandangku seperti itu.
"Tolong berhenti di sini. Aku berbesar hati akan undurkan diri. Tak penat ke hidup dalam penipuan?"
Taehyung bersuara dalam nada sarkastik. Bahuku direngkuh kasar menandakan emosi marahnya yang mencecah level maksimum.
"Aku tak bodoh. Aku dah lama sedar sayang aku ni perempuan. Berpisah jalan terbaik untuk kita. H-hati aku sakit sangat Min Jae Yoon."
Taehyung menyeka air mata yang membasahi kawasan pipinya. Renungan kosong anak matanya membuatkan aku melayan tangis di dalam hati.
Taehyung mulai menanam rasa benci tika ucapan maafku sudah tidak memberi apa-apa kesan kepada hatinya.
-tbc-
A/N:
Fuh.
Apa
komen korang?
Hahahahahaha 😱😂
YOU ARE READING
[C] Babe | Kim Taehyung
FanfictionRemake Version of 'His Roommate' "Kisah di mana seorang gadis menyamar sebagai seorang lelaki. Mudah? Jawapannya tidak dengan adanya kewujudan Kim Taehyung." Start: 15/2/2019 End: 20/5/2019 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinte...