Epilog • BabeAku menjegilkan mata kepada Jungkook. Namun, budak bertuah itu tetap berdegil. Lidahnya dijelir nakal lalu tubuhnya menghimpit rapat si dia yang sedang berapi itu.
"Abang sayang kau dah merajuk. Kau pujuklah Jae Yoon. Aku melawak je kut. Usik sikit pun nak merajuk?"ujar Jungkook sambil menahan letusan ketawa yang hampir terhambur keluar.
Taehyung mengangkat punggung dari tempat kejadian dengan langkah tergesa-gesa. Bibirnya diketap geram, hujung kelopak mata yang basah dikesat kasar.
"Lain kali kau nikah dengan anak Jeon ni. Buat apa nak hadap tengok muka selekeh aku ni? Senang kau campak tepi lepas habis guna kan."Taehyung membentak keras.
Tubuhnya menghilang daripada pandangan mataku. Bunyi pintu dihempas kuat menyebabkan Jungkook tercekik biskut coklat cip.
Baru nak telan dengan tenang, amukan bapak singa membuatkan Jungkook tersedak biskut. Belakang tubuhnya aku gosok berulang kali.
Segelas air suam diletakkan ke dalam genggaman tangan Jungkook seraya keluhan kecil meniti di bibir.
Aku beri isyarat agar Jungkook cepat-cepat beredar dari rumah kami berdua. Sahabat baikku ini pun satu hal. Mentang-mentanglah bini sendiri mogok tak nak masak, rumah aku pula menjadi tempat dia bersinggah.
Aku okay je. Taehyung yang mengamuk setiap kali anak Jeon tunjuk batang hidung.
Katanya, Jeon Jungkook pembawa virus. Entah virus apa yang dimaksudkan olehnya. Aku tahu dia jealous tapi degil tak nak mengaku.
"Kau rileks Jae Yoon. Dia confirm sayang kau. Kalau tak, camne boleh ada budak kecik tu dalam perut? Aku nak blah dulu. Nanti masak rendang arnab, roger aku sayang."ucap Jungkook separuh menjerit.
Aku sempat memulas telinganya. Jungkook cepat-cepat meloloskan diri melalui celah pintu utama apabila bunyi barang ditolak jatuh ke bawah bergema kuat.
Ha, kau tengok Jeon. Sengaja nak kasi kepala aku pening lagi. Kerenah Taehyung sejak aku disahkan mengandung tiga bulan yang lepas bukan biasa-biasa.
Pembawaan budak buatkan bapak singa berubah posesif dan penyakit suka membentaknya bertambah kusut.
Ayuhlah kerahkan kekuatan yang ada agar api kemarahan Taehyung boleh dilenyapkan. Kita pujuk cara manja.
Sudah tentu Taehyung akan cair. Iyakan?
-------
"Kim Taehyung, marah lagi dekat saya?"pujuk suara lembut itu. Luluh hati Taehyung mendengar pujukan isterinya itu.
Tubuhnya mengesot ke hujung katil. Lengan kekarnya memeluk tubuh sendiri. Dari hujung mata, lelaki itu dalam diam mencuri pandang wajah jelita pemilik hatinya.
"Pergi layan Jeon. Kau bosan dengan aku kan?"
Taehyung menghela aturan nafas yang terasa berat. Hidung dan matanya berair semula. Perasaan sensitifnya seolah hidup kembali tika jari-jemari runcing Jae Yoon mengelus sisi pipinya.
"Saya hanya sayangkan Kim Taehyung. Janganlah marah. Bakal papa kacak inilah kegemaran hati Yoon tahu?"
Telapak tangan Taehyung didaratkan di atas permukaan perutnya. Senyuman kecil menghiasi wajah keruh suaminya.
Taehyung mudah merajuk. Pada masa yang sama, hati lelakinya kerap tersentuh tatkala suara lembut penuh kasih sayang itu memujuk dirinya.
"Babe."
Gelaran istimewa sewaktu hati lelaki itu dipagut rasa suka dan sayang kepada Jae Yoon menjengah ke gegendang telinganya.
"Iye. Kenapa Encik Kim Taehyung? Adakah pujukan puan Kim Jae Yoon berjaya kali ini? Alahai cepatnya dia lemah."
Taehyung tersenyum manis.
Hatiku kuat dipalu rentak jantung yang berdenyut laju seolah mahu meloncat keluar dari permukaan dada.
"Min Jae Yoong, Min Jae Yoon, Puan Kim Jae Yoon. Ketiga-tiga nama ni sentiasa berjaya buatkan hati aku meroyan. Aku.."
Taehyung mengucup dahiku lama. Elusan jemari kasarnya terhenti lama di bibir bawahku.
"Aku cintakan kau, Jae Yoon."
Pandangan mata kami bertaut antara satu sama lain. Kening Taehyung terjungkit nakal apabila lenganku merangkul lehernya.
Wajah kacak itu aku tarik dekat ke hadapan. Nafas hangatnya menyapa kulit wajahku begitu merbahaya sekali.
"I love you too bapak singa."
Bibir kami bersentuhan jua akhirnya. Setiap sentuhannya terlalu lembut dan menguatkan lagi rasa cintaku kepadanya.
Terima kasih tuhan kerana kau hadirkan Taehyung sebagai pelengkap hidupku.
Dia garang tapi menggoda hatiku. Auch!
-tamat-
A/N:
Epilog penamat karya pendek lakonan Kim Taetae yang garang ini.
Maaf kerana kelewatan saya untuk mengepos bab ini. ❤
Kita berjumpa lagi dalam karya terbaru lakonan Kim Taehyung.
Terima kasih semua.
YOU ARE READING
[C] Babe | Kim Taehyung
FanficRemake Version of 'His Roommate' "Kisah di mana seorang gadis menyamar sebagai seorang lelaki. Mudah? Jawapannya tidak dengan adanya kewujudan Kim Taehyung." Start: 15/2/2019 End: 20/5/2019 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinte...