A/N:
Satu lagi update untuk korang. Pendek, ringkas dan padat. ♥😘
-----Korang mesti tertanya-tanya kan sebab utama aku memilih untuk bisukan diri dan bertindak aneh di hadapan rakan sebilik kesayanganku itu?
Seandainya masa dapat diulang semula, aku sanggup elakkan diri daripada bertemu bapak singa yang mabuk.
Semua ini kegilaan yang tak mampu dicerna oleh akal yang waras.
Sudah tentu bibirku dinodai olehnya. Nasib aku sememangnya agak kurang baik. Taehyung bukan setakat mencium aku. Dia tambah lagi dengan pakej peluk aku serupa seekor beruang koala.
Mujur aku dapat loloskan diri sebelum bapak singa ni bangun. Tak adalah aku malu sangat kan?
"Hai babyface. Kau apehal ah termenung sorang-sorang? Teringatkan aku ke? Hihihi."suara nyaring gelakan Jungkook mematikan selera aku.
Aku menjengketkan kening. Tanganku membuat isyarat menghalau agar Jungkook tidak duduk semeja denganku.
Lari daripada kandang singa. Masuk kandang arnab. Apakah kehanatan semua ini?
------
Jungkook mengendahkan larangan keras Jae Yoong. Asalkan dapat tempat duduk di bawah kipas, Jungkook sanggup menghadap muka wajah insan yang tidak disukainya itu.
"Aku lebih rela terjun laut daripada rindukan kau, jebon."balas Jae Yoong santai sekali sehingga membangkitkan perasaan tidak puas hati tumbuh di dalam hati lelaki itu.
Jungkook merampas roti sandwich tuna di dalam tray makanan Jae Yoong. Seronok dia melihat bibir comel rakan sebilik Taehyung mendecit kegeraman.
"Aku sedih tahu. Kau utamakan sandwich tuna daripada aku. Apa kau ingat roti ni lagi kacak dari aku? Woi, Jae Yoong. Tataplah wajah kacak aku."
Jae Yoong menampar kuat bahu Jungkook. Berdas-das tumbukan dia hadiahkan ke bahu Jungkook apabila lelaki itu tiada tanda untuk berhenti ketawa saat itu juga.
"Hey anak Jeon comel lagikan sado. Aigoo, tolong jangan nakal boleh tak sayang?"Jae Yoon sengaja melembutkan nada suaranya. Tujuannya cuma ingin mengusik lelaki itu.
Jungkook?
Dia kesat pipinya yang sedang membahang panas. Jungkook berpura-pura memandang muka mak cik kafe yang sangat mirip selebriti terkenal Kim Sae Jat.
"A-ah, mak cik Soo Jat makin cantiklah siot."pertama kali dalam sejarah hidupnya Jungkook memuji kecantikan. Gara-gara mahu melindungi riak wajahnya daripada berubah drastik.
Dalam hati lelakinya, gelaran sayang yang muncul di bibir Jae Yoong menimbulkan bunga-bunga bahagia.
"Pipi kau merah lah Jungkook. Kau jangan cakap kau blushing! "
Jungkook menayangkan penumbuk kecil kepada Jae Yoong. Dia ingin melancarkan serangan kembali. Namun, kedatangan anak Kim membantutkan segalanya.
"Weh. Bapak singa cari kau, Jae Yoong. Pandang lah belakang."
Bulu roma Jae Yoon menegak serta-merta. Peluh dingin mulai timbul di sekitar wajahnya disebabkan amaran mengejut daripada Jungkook.
"A-aku nak jumpa Jae Yoong. Sekarang. Aku ada hutang dengan budak ni. Kau,jungkook. Blah."
Jungkook terpaksa beredar dari meja tersebut kerana punggungnya disepak oleh bapak singa itu. Kim Taehyung menarik kerusi kafe. Kedudukan kerusinya betul-betul berhadapan dengan rakan sebiliknya.
"Jae Yoong, jom couple dengan aku. Aku namja chingu. Kau 'yeoja' chingu."Taehyung meluahkan hasrat di hati. Jae Yoon memandang lelaki itu dari atas hingga ke bawah.
Lepas mabuk teruk, otak Taehyung pula berubah menjadi k.o.
"K-kau gila?"
Taehyung mengedipkan kelopak mata kanannya. Kakinya menyepak perlahan kaki rakan sebiliknya.
"Aku gila dan aku sukakannya,Jae Yoong."
-tbc-
A/N:
Saya lama tak update sebab terlupa kewujudan cerita ini.
Hahahahahahaha cerita ni agak berbeza dari His Roommate. Jadi, harap korang suka.
Saya janji akan update kerap selepas ini. Love you guys.
Jangan lupa untuk komen, votes dan letak karya ini dalam reading list korang eh?
♥
Babe
[Your favourite hero so far?]Taehyung
atau
Jungkook?
YOU ARE READING
[C] Babe | Kim Taehyung
Fiksi PenggemarRemake Version of 'His Roommate' "Kisah di mana seorang gadis menyamar sebagai seorang lelaki. Mudah? Jawapannya tidak dengan adanya kewujudan Kim Taehyung." Start: 15/2/2019 End: 20/5/2019 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinte...