Babe • kth
A/N:
Satu lagi updates. 💕
---------Taehyung segera menarik Jae Yoong semula ke dalam dukungannya. Langkah kakinya tergesa-gesa menuju ke ruang tamu rumah agam.
Silap anggaran masa. Babak ciuman antara dia dan Jae Yoon menyebabkan mereka terlewat sampai hampir lima minit.
"Korang pergi berasmaradana atau selesaikan deal?"Jungkook sekadar menduga. Telahannya bertambah jelas tatkala renungan Taehyung terhadap Jae Yoong bertukar luar biasa.
Firasat negatif itu segera ditepis laju. Matanya fokus memandang dua orang manusia berkelakuan aneh di harapan matanya.
Taehyung asyik tersenyum kecil. Jae Yoong pula semakin mengesot rapat ke arah dirinya. Jungkook menjengketkan kening tanda keliru.
Bahu Jae Yoong direngkuhnya kasar. Dia mahukan jawapan. Benak fikirannya sudah mengandaikan perkara yang bukan-bukan.
"Hey, Taehyung cuma dukung kau. Tak lebih, tak kurang right?"
Jae Yoong membalas dengan renungan tajam. Jari-jemarinya pantas mencubit halus lengan kekar anak Jeon.
"M-mestilah dia dukung aku je. Dia lelaki. Aku lelaki. Tolong jangan fikir negatif Kook."Jae Yoong menafikan pendapat yang dikemukakan Jungkook.
Dalam diam, dia menelan air liur. Gelisah pula dirinya menjadi mangsa renungan manja Kim Taehyung.
-------
"Kau dan Taehyung tunggu sini kejap. Aku nak pergi ambil selimut dan toto untuk korang tidur."ujar Jungkook.
Usai pemergiannya dari bilik tidurnya, aku segera melabuhkan punggung di atas katil bersaiz King milik Jungkook.
Niat ingin memaki anak Jeon ditangguh sebentar.
Apa kejadahnya dia ajak aku dan Taehyung tidur sekali? Aku lebih rela sebilik dengan Namjoon dan Hoseok.
Entahlah weh. Taehyung berubah romantis luar alam selepas insiden confess dan kiss di dapur beberaps jam lepas.
"Orang tu kata dia sayang aku. Tapi, sengaja buat-buat tak tahu. Tak reti nak pujuk your tae?"
Bulu roma aku menegak tajam. Aku kerling wajah kacak Taehyung dari hujung alis mata.
"Sini tak s-sesuai Taehyung. Yakin sangat ke saya sayang awak? Mana tahu TERsayang anak Jeon tu hurm?"
Aku segera menekup mulut apabila aku sedar bibirku sudah terlajak menutur kata.
Jangan dipetik name Jungkook. Kemungkinan besar untuk Taehyung mengamuk tersangatlah tinggi.
"Jangan cabar aku Jae Yoong."
Taehyung merangkul leherku dari arah belakang. Deruan nafasnya membuatkan aku tidak senang duduk.
"Hanya aku mampu jadi sayang kau. Degil bawa binasa anak Min."bisik Taehyung menggunakan nada membisik.
Tahulah suara kau deep, sengaja betul nak goda aku.
"Tae, saya nak ingatkan bilik ni bilik Jeon Jungkook. No touching. No k-kissing."
Amaranku disambut dengan gelakan sinis Kim Taehyung. Aku kumpul seluruh kudratku untuk menolak tubuh lelaki itu.
Taehyung sempat menarik pergelangan tanganku sebelum tubuhku dipeluk erat.
Kehangatan tubuhnya membuaikan perasaanku. Dahiku dicium pantas olehnya.
"Aku sayang kau, Jae Yoong. Remember that ayy? "pinta Taehyung.
Aku tidak terdaya untuk membalas ungkapan cintanya. Tautan pandangan kami berdua terhenti beberapa saat.
Belakang telapak tanganku dikucup bibir Taehyung. Jari-jemariku dibawa pula untuk ditekap di permukaan dadanya. Tepat merasai degupan jantungnya yang berentak indah.
"Taehyung, m-mianhaeyo."
Aku hanya mampu mengucap sayu. Kebenaran yang wujud tertangguh dek senyuman bahagia di wajah figura bernama Taehyung ini.
Kau terlalu bahagia. Aku tak mahu kau menangis lagi gara-gara perempuan penipu seperti aku.
Maaf Tae. Aku minta maaf.
-tbc-
A/N:
Saya nak ucapkan terima kasih atas sokongan tak henti-henti dari korang.
💕
"Kamsahamnida."
YOU ARE READING
[C] Babe | Kim Taehyung
FanfictionRemake Version of 'His Roommate' "Kisah di mana seorang gadis menyamar sebagai seorang lelaki. Mudah? Jawapannya tidak dengan adanya kewujudan Kim Taehyung." Start: 15/2/2019 End: 20/5/2019 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinte...