Babe • kth
A/N:
Tae merajuk, Jae Yoon berjaya pujuk?
Okay jom lihat muahahahaha.
-------
Bunyi barang dihempas di atas lantai mengejutkan Jae Yoon serta-merta. Dengan gerak langkah yang terkocoh-kocoh, gadis itu bingkas bangun dari tidur.
Wajah garang Taehyung mengirim salam perkenalan. Daripada sedap duduk di atas kerusi, tubuhnya mengesot rapat ke hujung katil.
Matanya menjeling takut ke arah Taehyung. Nak pujuk bapak singa, tapi diri sendiri dah kecut perut.
"Sedap tidur lepas kau sakitkan hati aku, princess?"teguran sinis Taehyung menampar aku ke alam realiti.
Mulutku melopong kecil tatkala anak mataku meneliti ruang sekeliling bilik. Hasil amukan Taehyung, bersepah habis bilik perkongsian mereka berdua.
"T-tak. Saya tertidur sebab..terlalu lama tunggu awak balik bilik."riak wajah Jae Yoon berubah mendung mencairkan sedikit ego tinggi Kim Taehyung.
Dalam ketakutan, Jae Yoon gigih mengorak langkah ke hadapan. Lengan kekar lelaki itu diraihnya perlahan. Namun, Taehyung menolak kasar.
"J-jangan sentuh aku. Aku takkan maafkan kau."ujarnya mendatar. Kulit pipi Taehyung membahang akibat amarah yang mahu dikawal.
Sekejam manapun dia, dia masih ambil berat perasaan gadis itu. Api kemarahan dalam dirinya perlukan masa untuk dipadam. Oleh sebab itulah, Taehyung mengabaikan esak tangis Jae Yoon.
Tubuhnya berura-ura ingin bergerak keluar dari bilik semula. Pergerakan tubuhnya ditahan boleh gadis itu.
"Saya nak minta maaf Kim Taehyung. Saya tahu saya salah. Hubungan saya dengan Jeon Jungkook sekadar kawan. Tak lebih daripada tu."
Taehyung mengetap rahang. Dia tersenyum sinis tika suara manja Jae Yoon terhegeh-hegeh mahukan kemaafan daripadanya.
Minta maaf tapi tetap nak petik nama anak Jeon? Lagilah dia nak mengamuk.
"J-just berambus dari sini. Aku takde selera nak hadap kau, Jae Yoon. Please go."bidas Taehyung dalam bicara palsu. Sengaja nak sakitkan hati Jae Yoon.
Takkan tak boleh kan? Barulah orang gelar win-win situation.
"Saya tahu awak cintakan saya, Tae. Awak ego kan nak mengaku? Maafkan saya. Jebal. "
Taehyung menghela nafas kasar. Perasaan geram, kecewa, sayang, cinta dan berkecil hati bercampur-aduk di dalam fikiranya yang satu.
Serba tak kena derap langkahnya di dalam bilik mereka berdua. Lelaki itu mengambil keputusan untuk lakukan perkara gila sekali lagi.
YOU ARE READING
[C] Babe | Kim Taehyung
FanfictionRemake Version of 'His Roommate' "Kisah di mana seorang gadis menyamar sebagai seorang lelaki. Mudah? Jawapannya tidak dengan adanya kewujudan Kim Taehyung." Start: 15/2/2019 End: 20/5/2019 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinte...