Babe • kth
A/N:
Maaf atas kelewatan update. Hehe eomma cuti kejap. 💕
---------
[Trip 3 hari dua malam ke Jepun]
Part 2
Aduhai anak Jeon cepatlah pulang ke bilik. Kau tak kasihan dekat aku ke?
Berpeluh sakan aku dalam selimut tebal ni. Semuanya gara-gara perangai ulat bulu naik daun si Taehyung.
Angin pun takde. Boleh aje nak terkam aku bila-bila masa. Aku mengeraskan badan apabila susuk tubuh Taehyung duduk melutut di hadapan aku.
Raut wajahnya kekal garang. Uh mengancam gitu. Keningnya dijengket naik sedikit ke atas menandakan dia akan bersuara sebentar sahaja lagi.
"Benda boleh jadi baik buat apa menggedik dengan Jeon?"
Zzap. Tarbiah sentap bapak singa menggores hatiku serta-merta. Aku mendecit geram. Kelopak mataku dipejam rapat sebagai tanda aku malas melayan kerenah si dia.
"Hubungan kita dah putus kan? Jadi, awak dan saya tak bermakna apa-apa lagi. Tae, silakan move on. "Aku bersuara dengan keyakinan diri tahap maksimum. Padahal dalam hati dah meroyan tatkala hidungku terbau haruman maskulin tubuh Taehyung.
Nasib ada anak Jeon. Bolehlah aku acah-acah dah taken. Aku bimbang tahap menggila Taehyung nanti takleh bawa bincang.
"Aku tahu Jae Yoon tetap sayang Taetae dia."tegasnya seraya menarik selimut aku.
Aku genggam kuat hujung selimut. Ah, lantak. Aku perlu kekal berselimut tanpa memandang kau walaupun sesaat Taehyung.
Perkara yang terjadi, usah dikenang lagi. Perasaan sayangku masih tersisa. Cuma, permintaan Taehyung agar aku menjauhkan diri terngiang-ngiang di fikiran.
Puas direject kejam. Kini, giliran Taehyung dipalaukan pula.
--------
Taehyung merengus kasar lalu dia bawa derap langkahnya ke sofa kecil. Kulitnya membahang panas disebabkan oleh perangai Jae Yoon.
"Lepas puas seksa hati aku, mental aku..kau nak jauhkan diri? Tsk, aku kagum dengan kau ..sayang."
Perkataan 'sayang' sengaja ditekan olehnya. Taehyung mengepal penumbuk kecil apabila luahan perasaannya tidak dilayan.
Kasihan bapak singa. Dulu kau jual mahal sangat dekat Jae Yoon, rasain lo sakitnya tu di sini.
"S-saya dah tak ada perasaan dekat awak, Taehyung."Jae Yoon berdalih menggunakan alasan munafake.
YOU ARE READING
[C] Babe | Kim Taehyung
FanfictionRemake Version of 'His Roommate' "Kisah di mana seorang gadis menyamar sebagai seorang lelaki. Mudah? Jawapannya tidak dengan adanya kewujudan Kim Taehyung." Start: 15/2/2019 End: 20/5/2019 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinte...