[√] 45: Akhir

5.8K 812 633
                                    

Babe • kth

[Bab Akhir /Tamat]

[Bab Akhir /Tamat]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


A/N:

Ketahuilah author korang ni sangat gemarkan plot twist.

Please no silent readers, eomma babap kang😜💜

---------

[Seminggu berlalu]

"T-taehyung!"

Susuk tubuh Jungkook basah dengan titisan peluh dingin. Kelopak matanya terbuka luas lalu pemandangan siling berwarna putih menyapa ruangan mata.

Bau-bauan ubat hospital dan suasana sepi meletakkan semula lelaki itu ke alam realiti. Mimpi sebentar tadi dirasakan begitu nyata. Suara garau sahabat baiknya menjelma dalam mimpi indah itu.

"Encik Jeon Jungkook, pandang mata saya. Dada masih terasa sakit tak?"

Jungkook menggelengkan kepala. Matanya meliar ke arah sekeliling. Dua figura manusia yang sangat dirinduinya itu tidak muncul seperti yang  diharapkan.

Doktor Baekhyun mengumam perlahan. Tangannya sibuk mencatit keadaan kesihatan Jungkook selepas pembedahan jantung berjaya dijalankan tanpa sebarang masalah.

"M-mana Taehyung?  Jae Yoon? Aku nak mereka berdua di sini!"Jungkook memberontak keras. Dia berhasrat ingin menanggalkan wayar-wayar halus yang berselirat di badan.

Mimpi yang dialaminya memberi tanda kurang enak. Taehyung juga tidak berada di hadapannya.  Sekaligus, pransangka buruk semakin menyuntik rasa takut kepada Jeon Jungkook.

Perbuatannya sempat dihalang oleh Doktor Baekhyun dan pasukan pegawai perubatan bertugas pada hari itu.

Tingkah laku ganas Jungkook bertukar rentak tatkala iris matanya tertancap pada wajah seorang gadis yang sedang tersenyum manis ke arahnya.

Seluruh tubuhnya menggeletar hebat. Tubir matanya seakan mahu pecah tika telapak tangan Jae Yoon mendarat di kelopak matanya.

"A-awak dah bangun. Bintang kegemaran saya dah sedar."

Jungkook terpinga-pinga memandang raut mendung wajah gadis itu. Dia mahu bertanya. Tetapi, mulut Jungkook terkunci rapat.

"Taehyung pergi mana, Jae Yoon?"

Jae Yoon mengigit bibir bawah. Telapak tangannya mengusap belakang tubuh Jungkook dengan penuh berhati-hati.

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now