Babe • kth
A/N:
Bab tertumpah gula mungkin? 💕
Enjoy.
---------
Aku dan dia sama-sama membisu. Sepatah kata pun tidak terzahir melalui celah bibir kami berdua.
Taehyung membisu sejak dari awal membuatkan aku semakin dihimpit rasa bersalah.
"T-taehyung, aku okay kalau kau malas nak dukung aku. Lagipun diorang dah tak nampak kita sekarang ni. Turunkan aku?"
Permintaan aku dipandang sepi olehnya. Taehyung tetap meneruskan perjalanan mengelilingi ruang rumah agam Jeon.
"Taehyung."gesaku dalam nada suara berbisik. Aku tahu dia dengar. Namun, raut wajah Taehyung bertambah mendung dan sayu.
Jika aku renung dengan lebih teliti, sepasang anak mata redup itu memandangku lama. Matanya berair seolah-olah dia sudah tidak mampu menanggung tekanan perasaan yang dihadapinya.
"T-taehyung. Turunkan aku. Aku tak suka lihat kau nangis macam ni. Please!"
Permukaan dada bidangnya menjadi mangsa pukulan tanganku. Tubuh badanku bergelut ingin meloloskan diri daripada dukungan erat kim Taehyung.
Masa yang hanya berbaki lebih kurang lima minit menyebabkan diri aku menggelabah panik. Satu-satunya peluang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.
Kalau aku tergamak lepaskan peluang berdua-duaan dengan Taehyung, aku yakin ketegangan hubungan persahabatan antara aku dan Taehyung menjadi teruk barangkali.
-------
Jae Yoon terkesima tatkala tubuhnya diletakkan di atas kabinet dapur. Tindakan Taehyung melenyapkan terus agendanya untuk berterus-terang kepada lelaki itu.
"Taehyung, w-wae?"
Taehyung memaut hujung kabinet tersebut. Jae Yoon serta-merta mati akal. Tubuh sasa lelaki itu mematikan pergerakannnya untuk beredar dari situ.
"Tae, dah lupa ke ini rumah Jungkook? Aku merayu..kita selesaikan di bilik ya?"
Matanya memerhatikan permukaan dada Taehyung yang kelihatan turun naik menghela nafas di hadapannya.
"Aku ada lagi lima minit untuk yakinkan diri aku. Perasaan bodoh ni berbaloi atau tidak untuk aku teruskan. Apa yang kau rasa Min Jae Yoong? J-jawablah."suara serak basah Taehyung menggoda perasaan gadis itu.
Jae Yoon menggunakan kedua-dua telapak tangannya untuk menahan dada Taehyung daripada terus mara ke arahnya.
Gila. Lambat sedikit, sudah lama Taehyung terkam dirinya.
"Kau tahu aku angau. Aku suka. Tapi, kau reject aku. Kau..seksa perasaan aku Jae Yoong."
Giliran Jae Yoon menggelengkan kepala. Lelaki yang disukainya itu dipandang penuh kasih. Hatinya mendesak agar kebenaran didedahkan pada saat itu.
Lidahnya menjadi kelu. Jae Yoon mahu menyuarakan kebenaran.
"Sebenarnya aku sukakan kau juga Taehyung. Aku hanya pandang kau seorang. Bukan Jeon. Bukan siapa-siapa. Only my taetae. "
Kulit pipi Taehyung berbahang panas ketika suara comel Jae Yoong mendesup masuk ke dalam hati.
Lelaki itu tersenyum gembira. Di sebalik kegembiraan yang terselit, hatinya menangis sengsara.
"Aku terlalu sayangkan kau, Jae Yoong. Aku sanggup gadaikan apa sahaja. Untuk kau. Untuk k-kita berdua. Aku takut dengan perasaan ni."luah Taehyung seraya menekup wajahnya yang sudah basah akibat cucuran air mata.
Kemon Jae Yoon. Confess to him. Tell him you're the girl.
Adakah terlalu susah untuk dedahkan kebenaran itu?
"Taehyung, look at me. Aku..s-saya nak cakap sesuatu. Tolong berjanji jangan marahkan saya?"
Jari-jemarinya sibuk menyeka kesan air mata yang berbekas di pipi lelaki itu. Dagu Taehyung dicuitnya lembut.
"Sebenarnya s-saya.. Saya ni erm erm.. Saya cintakan awak. Tapi, saya nak awak tahu. Actually I'm a g-"
Suara Jungkook kedengaran sayup-sayup di cuping telinga mereka berdua. Taehyung enggan memberi peluang untuk Jae Yoong meneruskan kata-katanya.
"Korang. Masa ada lagi 2 minit. Mohon lapor diri dekat ruang tamu yuhuuuuu."
Telapak tangan Taehyung menggenggam erat kedua-dua belah pipi rakan sebiliknya itu.
Mata Jae Yoon terbeliak luas. Mulutnya melopong kecil kerana gerak-geri Taehyung bertukar liar.
Lengan kekar lelaki itu mengunci kedudukan Jae Yoon di kabinet dapur. Manakala, bibir merahnya sibuk menghadiahkan beberapa siri kucupan di dahi, pipi serta seluruh inci wajah Jae Yoon.
"T-taehyung, tolong biarkan saya habis terangkan dulu. Bo-"
Kucupan Taehyung terhenti di dagu gadis itu. Matanya melirik ke satu destinasi.
"Masa tak menunggu sayang. Aku nak rasmikan satu hajat tertangguh. Aku tak kisah asalkan aku dah yakin kau cintakan aku. Seorang."
Pegangan di bahu Taehyung menjadi kuat. Jari-jemari Jae Yoon melawan kehendak hati yang ingin melarikan diri daripada lelaki itu.
Kebenaran masih tidak terdedah gara-gara tindakan melulu Taehyung.
"Aku cintakan kau, Min Jae Yoong."
Ccup.
Bibir Kim Taehyung mendarat di bibir Min Jae Yoon secara rasminya.
Rasa suka dan sayang membuatkan matanya buta untuk mengesan penipuan cinta hatinya.
Ah, Jae Yoon. Nampaknya kau sudah menjerat si dia ke dalam perangkap yang lebih menyeksakan.
-tbc-
A/N:
Bbammmm.
Taehyung dah confess.
Jae Yoon tak sempat nak terangkan hal sebenar.
Korang rasa apa yang akan terjadi?
🙈
YOU ARE READING
[C] Babe | Kim Taehyung
FanfictionRemake Version of 'His Roommate' "Kisah di mana seorang gadis menyamar sebagai seorang lelaki. Mudah? Jawapannya tidak dengan adanya kewujudan Kim Taehyung." Start: 15/2/2019 End: 20/5/2019 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinte...