Jam menunjukkan 6.30 pagi . Alamak ai , awal pulak aku bangun .
Patutnya time time macam ni la aku bangun lambat nak mampus .
Semalam time tukar baju , baru aku perasan , aku datang bulan .
Mungkin sebab tu jugak la aku emo dekat restoran tu .
Alang alang aku bangun awal , mandi je la .
Mungkin semalam aku tidur awal sangat . Sebab tu bangun awal .
Yela , biasa aku tidur pukul 1 , 2 pagi .
Layan k drama , lepastu fangirling . Kyaaaaa !!"bichi naneun sollo ."
Aku turun ke bawah sambil menyanyiFirst time dengar lagu ni , aku ingat Jennie mencarut . AHAHAH .
"im going solo lo lo lo lo lo ."
Aku menari kat depan tangga tu .Along yang berada di meja hanya memandang aku .
7.15 pagi , hmm okay .
Along memang selalu bangun awal .
Alah setakat along . Kisah pulak aku kalau dia tengok .
Tapi itu la , tengah seronok menari .
Eh , tiba tiba aku rasa ada orang sepak bontot cantik aku ni .
"makcik , kat sini bukan pentas . i tau u solo , nanti i hantar u pegi zouk eh ?"
Kata angah , kemudian terus keluar rumah . Nak jogging la tu .
Tapi , aku yang tengah terduduk ni , dia taknak tolong angkat ke ?
Dah la sepak aku sampai jatuh . Takguna punya balaci ,
Aku harap kau jatuh longkang time jogging nanti .
--------------
"Dah siap ." dengan bangganya aku berkata .Gile kau tak bangga , aku buat pancake tak hangus do . Gebu gebu lagi .
"Mak aiii , adikkk . Serius ah adik masak ni ?" tanya along .
Aku mengangguk angguk .
"bak sini , eden nak raso ."
Hek eleh mamat ni . ha amik lah kau yang ni .
Aku hulur pancake yang berada dalam pinggan merah .
"kenapa merah ?"
"special . Khas untuk Abang Hanafi kesayangan rina :)" kataku sambil tersenyum .
Dia memandang aku dengan penuh sangsi .
Hek eleh tanak sudah .
Aku tarik balik huluran aku lepastu bagi abang adhim .
"eh eh , ok angah nak yang tu ."
Heh tau pun . aku hulur balik bagi dia .
"sedap rina . bole dah ni jadi isteri orang ."
Puji abang shaf . aku tersenyum .
Hehe , tapi pancake je pun .
Takde ah sampai bole jadi wife orang .
Aku melihat mama papa semua menikmati pancake tu .
Tapi si hanafi ni tak makan lagi . Dia sangsi lagi ke ?
"Angah , awat tak makan tu ? bagi rina la . kang sejuk tak sedap" , kataku .
Apelah yang susah sangat dia nak makan ? Makan je la .
YOU ARE READING
Abang
RandomArina . Sara Arina . Hidupnya dikelilingi abang abang kesayangannya . Tetapi , Usia meningkat . Kehidupan berubah . Jodoh dicari . Tidak mudah . Dia sedar , dia sedang diuji . Plot twist // Disebalik ujian perkahwinannya terselit 1001 rahsia . Sa...