Bab 37 - Calm

746 44 0
                                    

🌸🌸🌸🌸🌸

"Mamaaaaaaaa " aku berlari anak memasuki kawasan rumah sebelum memeluk mama tercinta .

Amrin yang sedang mengambil beg pakaian kami aku tinggalkan .

"Lambatnya sampai . Pergi kliniknya pukul 3 kan ?"

Aku mengangguk . Kami berjalan memasuki rumah .

"Rina pergi singgah mall kejap . Ingat nak cari barang sikit . Tapi mama tau je la , dah nampak itu ini . Sedap pulak . Lepastu Amrin suruh tunggu azan maghrib . Melepak je la kat sana "

Mama menggeleng .

"Elok lah tu duduk sana maghrib maghrib macam tu "

Heheheh aku tersengih .
Tapi , kenapa sunyi je rumah ni ?

"Papa ? Abang ? Takde ke ?"

"Takde . Pergi surau . Terus isyak la tu "

"Semua ?"

"Iyalah , dah tu ?" mama mengangguk

"Takdelah , biasa anak mama sorang tu , malas nak mampus "

Mama pantas memukul perlahan bibir aku .
Terkejut kita

"Apa ni mama ?" Aku memegang bibir . Tak sakit . Terkejut je .

"Mulut tu jaga sikit . Awak tu dah nak jadi mak orang "

Aku mencebik . huh .
Nak merajuk la .
Nak bagi tau Amrin , mama pukul kita .
Mana suami kita ni ? Lamanya .

Aku berjalan keluar semula mencari suami kesayanganku .

"Amrin ?" Kepala menjenguk keluar .

Kelibat dia langsung tak kelihatan . Ish tak boleh jadi ni . Cepat cepat aku sauk selipar .

Boot kereta terbuka . Aku berjalan menuju ke arah kereta .

"Amrin "

"ye ?"

Aku mengeluh . Buat penat je aku keluar rumah .

"u ni , takde tempat lain ke nak main ?"

Amrin memandang aku sekilas kemudian kembali memandang telefonnya .

"Sekejap eh princess . Lagi 5 minit "

Aku menggeleng kepala . Okay takpelah .
Bukan selalu tengok suami aku ni main game .

Ruang disebelahnya aku duduk . Atas boot kereta pun bolehlah .

Mata memandang ke atas .

"banyaknya bintang " aku menggumam .

Tanpa sedar , perut yang kempis ini aku usap .
Aku tak sangka , sebahagia ni bila mengandung .
Ruginya dulu , suruh Amrin tunggu sampai aku bersedia .

Tapi , time aku dah bersedia . Dia taknak pulak . Huh . Eh , eh .
Dah , lupakan . Semua tu dah berlalu .
Betullah , at least Amrin fikir jugak masa depan kitaorang . Aku bersedia sebab rasa tak puas hati dengan apa yang Najwa cakap je . Tak ke teruk tu ?

"Menung apa tu ?" terasa bahu aku dipeluk seseorang .

Aku tersenyum . Kepala aku sandarkan pada bahunya .

"i tak sangka kita bakal jadi parents "

Amrin mengusap perlahan kepala aku .

"Thank u sayang . i harap apa pun dugaan kita selepas ni , kita mampu harungi . Paling penting , u need to trust me . Okay ?"

Abang Where stories live. Discover now