Bab 43 - His Story

687 45 1
                                    

🌸🌸🌸🌸🌸

"Abah "

Encik Fauzi memandang lelaki yang sedang menunduk dihadapannya . Dia tersenyum sinis .

"Kenapa ? Kau dah tak sanggup nak hidup sebagai dia ?"

Lelaki tersebut mengangkat mukanya . Terkejut .

"Abah "

"Apa lagi yang kau nak susahkan aku ? Tak cukup dulu ? Sekarang kau nak kucar kacirkan lagi ?"

Lelaki tersebut menggeleng perlahan .

"Tolong An , abah "

Datuk Fauzi tergelak . Dia bangun dari kerusinya . Lelaki dihadapannya dia pandang .

"Mana Amrin ?" Keras suara datuk Fauzi bertanya .

Lelaki tersebut mendiamkan diri .
Dia sendiri tidak tahu kemana lelaki itu pergi .

"An tak tahu . Dia dah lari . Tadi dia datang . Jumpa Arina . Tolong An , abah . An boleh lepaskan semua , tapi bukan isteri An " Lelaki itu merayu . Dia sungguh tidak sanggup untuk meninggalkan isterinya itu .

"Ibu tak benarkan "

Datuk Fauzi dan lelaki tersebut serentak memandang gerangan yang sedang menuruni tangga itu .

"An tak kenal siapa Arina . An kahwin dengan dia . An dah mainkan hati dia . An dah buat dia mengandung . Ibu tak sangka An sanggup buat macam ni "

Datin Manisah terduduk di atas sofa . Sungguh dia tidak sangka firasat nya betul . Jika bukan kerana mereka datang bermalam minggu lepas . Pasti dia tidak tahu anaknya ini sudah kembali.

"Ibu . An taknak lepaskan Arina sebab An kenal siapa Arina . An kenal Arina lebih daripada Amrin kenal dia . An tak pernah mainkan hati dia dan An takkan pernah mainkan dia "

Kemudian lelaki yang menggelar dirinya 'An' memandang bapanya .

"Abah . Fiducia hampir lingkup sebab Amrin berjudi . Sekepala dengan Datuk Razak . An datang sebab An taknak Arina dipermainkan tapi An tak sangka An kene bertanggungjawab dengan semua yang dia dah buat . Dan sekarang abah tengok . An berjaya . An berjaya hidupkan semula Fiducia . Jadi , An nak mintak tolong , restukan hubungan An dengan Arina "

An melutut di hadapan Datuk Fauzi . Dia tidak ada masa untuk berdalih lagi . Biarlah ibu dan bapanya tahu akan kehadirannya .

"Mana An kenal Arina ?" Setahunya An tidak pernah mempunyai rakan .

"Dulu , ibu selalu marah sebab An keluar jogging lama . Ibu marah sebab An minta tukar waktu homeschool . Ibu marah sebab tiap hari An keluar "

An menarik nafas panjang .

"Sebenarnya An jumpa Arina "

Datin Manisah memandang lama anaknya .

"Arina suka Amrin "

"Tak " Pantas An menjawab

"An datang sebagai - "

"Dia ?" Datuk Fauzi menyambung .

An mengangguk perlahan .

"Arina tahu ?"

An menggeleng .

"An rasa Arina terima kalau dia tahu hal ni ?"

"Dia -"

"An rasa dia sanggup terima An ?"

"Tap- "

"An ingat dia takde perasaan ke ?"

An diam . Biarlah ibunya berkata kata dahulu .

Abang Where stories live. Discover now