🌸🌸🌸🌸🌸
Aku melentokkan kepala di atas bahu ibu . Tangan aku perlahan mengusap perut .
Sabar ye , baby . Nanti papa balik . Mama janji , mama takkan tinggalkan papa lagi .
Abah kata kehilangan Amrin ada kene mengena dengan syarikat . Abah juga minta aku tinggal di sini buat sementara waktu .
"Sabar ye . Insyaallah . Amrin akan balik ya sayang " Ibu menepuk nepuk aku perlahanan .
Aku mengelap air mata kemudian memeluk ibu
"Apa apa pun . Dia masih anak ibu . Ibu yang sepatutnya sabar , kuat . Rina hanya menumpang kasih keluarga ni je "
Ibu menggeleng . Dia membalas pelukan aku .
"Tak . Rina dah macam anak ibu sendiri . Jangan cakap macam tu "
Aku hanya mengangguk . Sungguh bertuah aku mendapat ayah dan ibu mertua sebegini baik .
"Rina , dah seminggu duduk sini . Ada tanya khabar mama papa tak ?"
Aku menggeleng . Telefon pun entah ke mana aku taktau .
"Jangan macam ni , sayang . Petang nanti pergi rumah mama papa ye ?" Ibu cuba memujuk aku .
Aku bukan taknak pergi . Tapi nanti , abang abang aku soal macam macam . Macam mana ? Diaorang tu dah la pantang bau masalah sikit .
"Kalau diaorang tanya pasal Amrin , macam mana ?"
Ibu senyum . Dia memegang tangan aku .
"Cakap Amrin outstation . Emergency "
"Tapi , kalau time Rina dekat rumah tu , Amrin dah balik , macam mana ?"
"Ibu call Rina terus "
"Kalau Amrin sedih Rina takda dekat sini , macam mana ?"
Ibu menggosok perlahan kepala aku yang dibaluti tudung ini .
"Rina jangan risau . Amrin akan faham "
Aku mengeluh .
"Ibu , kenapa dulu ibu minta maaf sebab izinkan Amrin kahwin dengan Rina ?" Tiba tiba aku terdetik nak tanya soalan ni .
Nak tanya soalan lain . Aku tak sanggup .
Amrin sendiri dah janji nak ceritakan semuanya . Kalau aku minta ibu yang cerita , seolah olah aku anggap Amrin tidak akan pulang lagi ."Rina , semua tu . Hanya salah faham . Ibu taktau macam mana nak cakap . Semuanya rumit sangat " Datin Manisah berkata perlahan .
Masakan tidak ? Diingatkan dulu Amrin berkahwin dengan Arina hanya kerana jawatan . Rupa rupanya yang berkahwin dengannya adalah Amran yang tulus mencintainya .
Ingin bercerita , terlalu rumit . Biar sahajalah , Amran sendiri yang ceritakan pada isterinya ini .
Aku mengeluh . Okay , Tak rina . Yang kau perlu fokuskan sekarang ni kehilangan Amrin . Masalah lain , kau lupakan dulu .
------------
"Amrin mana ?"
Aku mengeluh . Tak masuk rumah lagi dah kene soal . Aduh .
"Outstation la . Emergency " Aku jawab bersahaja .
Aku memandang abang Adhim yang berada di sebelah aku .
"Apa ? Betullah " Aku yakinkan jawapan aku .
Nadhim mengangkat bahunya . Dia tak cakap apa apa pun .
Aku melihat kereta yang tersadai di bawah garaj . Macam pernah nampak . Kereta tersebut aku perhati betul betul .
Eh , bontot dia kemik la . Hmm . Kejap .
YOU ARE READING
Abang
RandomArina . Sara Arina . Hidupnya dikelilingi abang abang kesayangannya . Tetapi , Usia meningkat . Kehidupan berubah . Jodoh dicari . Tidak mudah . Dia sedar , dia sedang diuji . Plot twist // Disebalik ujian perkahwinannya terselit 1001 rahsia . Sa...