Bab 5 - Dia

2.2K 126 1
                                    

"Abang , loceng kan ada . Kenapa tak gun- "

"Hai ."

Aku terdiam . Mamat mane sesat ni . Hensem pulak tu .

"Jumpe uncle tengah jalan tadi , dia suruh masuk je . Boleh ke tak ni ?"

Mata . Cantik . Hidung . Cantik . Bibir . Cantik .
Rambut . Lebat . Ya Allah , indahnye ciptaan-mu .

"Rina , apa biar tetamu kat luar macam tu ."

Suara mama buat aku tersentak .
Ya allah , lama sangat ke aku tenung dia ?

"Am , mari mari masuk . Ina , lama sangat tak jumpa kau ni . Makin berseri . Jom masuk . Harap anak dara ni , sampai ke sudah dia tenung Am tu "

Aku tunduk ke bawah . Mama , malu Rina .

Aku tak sengaja . Salah dia sebab hensem sangat .

Dulu dah hensem , sekarang ni makin teruk hensem dia . Kenapa boleh macam tu ?

Boleh tak kalau aku nak tengok muka dia sekali lagi ?

"Rina , salam la aunty Ina tu . Mengelamun apanye "

Cepat cepat tangan aunty Ina disalam .

Kemudian , aku terus ke dapur .

Malu .

---------------

Aku menggeleng - geleng kepala bila teringat kejadian tengah hari tadi .

Rasa mahu menangis . Malu sangat .

Huwaaaaaaa .

Aku duduk di atas buaian yang disediakan di laman rumah . Ditemani pula ikan ikan di dalam kolam .

Aku mengeluh .

"Ikan , aku malu nak masuk rumah . Macam mane ni ? "

Sepi .

Aku bangun semula dan mencangkung di tepi kolam tersebut .

"Korang rasa dia nampak ke aku tenung dia macam tu ?"

Aku memandang ikan ikan tersebut . Masih berenang .

"Ish jawablah ."

Aku menepuk air di kolam dengan kuat .

Haih , Sara Arina . Apa kau buat ni ?

"Dah la nak malu apa rina . Benda dah jadi tadi . Sekarang dah malam pun . Takde sapa ingat ."

Aku cuba menenangkan diri sendiri . Ye , Rina .

Takde sapa ingat . Takde sapa kisah .

Aku mengangguk angguk .

"Saya ingat "

Aku menoleh .

Oh tidak , itu DIA .

Dia yang aku tenungkan tadi .

Aku cuba untuk melarikan diri tetapi ditahan olehnya .

"aishh , sabarla . nak pegi mana ?"

"nak apa datang sini ?"

"nak awak ?"

"gila ." aku menggumam .

"Saya dengar ."

"Memang nak bagi awak dengar pun ."

Aku menjeling .
Dia tersenyum .

Abang Where stories live. Discover now