🌸🌸🌸🌸🌸
"i cuba nak faham tapi sumpah , i tak boleh "
Aku terduduk di atas katil .
Aku tak faham .
Kenapa benda kecil begini pun boleh dijadikan isu hingga kami perlu bertekak pada pukul 1 , 2 pagi ."memang la . sebab u rasa apa yang u buat tu betul " Amrin membalas keras .
"diaorang tu abang kandung i , Amrin . Takde poin langsung untuk u kata u cemburu dengan cara i peluk diaorang semua tadi "
"takde poin ? i ni suami u sekarang . Tak cukup i sorang u peluk ? Nak peluk juga jantan jantan lain ?"
"AMRIN . Jantan jantan lain yang u cakap tu , darah daging i sendiri . Jangan biadap sangat " aku memandang tepat ke arah nya .
Suara aku cuba kawal supaya tak menyedarkan keluarga ku .
Aku dah hilang sabar .
Amrin membuka sliding door yang menghubungkan bilikku ke beranda .Aku faham . Dia mahu berbincang diluar .
Aku mengekorinya . Pintu sliding door ditutup .
Kerusi buai yang berada di situ aku duduk .Amrin menyandarkan dirinya pada tiang sambil meraup kusut rambutnya .
"i tak suka u buat macam tu "
Aku terkesima . Aku ingat dia dah faham tapi ..
"i dah lama tak jumpa diaorang . No , Amrin . Apa masalah u sekarang ni ? " Aku meninggikan suara .
" i tak- .. "
"i peluk abang i pun u nak mengamuk macam ni , u rasa apa perasaan i bila tengok u peluk perempuan lain ?" aku memintas percakapannya .
Dia mengerutkan dahi .
"apahal nak ungkit ungkit ni ?" Dia memandang tajam ke arah aku .
"u bagi alasan u buat semua ni untuk selamatkan rumah tangga kita bagai , i cuba faham . Tapi , i peluk abang abang i sebab nak lepaskan rindu , sikit pun u tanak cuba faham ?" aku memandang dia .
Aku tau suara kami masing masing dah meninggi .
Tapi aku tak kisah , sebab bukannya ada orang dekat luar sekarang ni"i buat untuk kita "
Aku tersenyum sinis .
" okay fine . Kita buat benda yang sama . Berpeluk , u peluk perempuan , i peluk lelaki . Tujuan u nak selamatkan rumah tangga and i ? nak lepaskan rindu "
"then , what do u mean ?" dia memandang aku .
"tapi u tau apa yang membezakan kita ?"
Dia diam .
"Hukum . Apa yang u buat tu haram dan apa yang i buat ni halal , Amrin ."
Amrin masih diam . Matanya yang fokus ke arah sesuatu itu aku ikut .
YOU ARE READING
Abang
RandomArina . Sara Arina . Hidupnya dikelilingi abang abang kesayangannya . Tetapi , Usia meningkat . Kehidupan berubah . Jodoh dicari . Tidak mudah . Dia sedar , dia sedang diuji . Plot twist // Disebalik ujian perkahwinannya terselit 1001 rahsia . Sa...