Bab 21 - Menyesal

1.3K 72 4
                                    

🌸🌸🌸🌸🌸

"Am pergi Korea bukan bermaksud Am dapat lari dari masalah masalah ni " Encik Fauzi bersuara .

Amrin memandang abahnya .
Tak , bukan itu yang dia fikirkan .

"Abah , Am tak pernah terfikir pun nak lari . Am just nak bawak Rina bercuti , Am nak tenangkan fikiran Am . "

Encik Fauzi hanya memandang anaknya tanpa reaksi .

"Abah dah pernah cakap . Jangan sampai el memberontak "

Amrin mengerut dahinya .
Bila masa pulak dia ...

"El takde cakap apa apa lagi dengan Amrin "

"Memang la . Dah kau block dia . Mana kau nak dapat whatsapp dia " Encik Fauzi tajam memandang anak dia .

Amrin menunduk .
Dia lupa . dia lupa yang dia block najwa minggu lepas .

"Mak ayah el datang pagi tadi "

Amrin memandang Abahnya .
Allahu , jangan kata diaorang dah tuntut janji tu .

"Dia orang tanya bila Am nak masuk minang ?"

Shoot . No way ! tak tak .
Macam mana dengan bidadarinya ?

"Abah . Tolong Am .. "

"Abah dah pernah cakap . Jangan janji sembarangan . Sekarang Am tanggung la sendiri "

Encik Fauzi terus berjalan mendaki tangga .
Sakit kepala memikirkan masalah anak lelakinya yang satu itu .

Amrin hanya melihat abahnya pergi .
Ya Allah , kenapa boleh jadi rumit sampai macam ni sekali ?
Dia menyesal . Ya , menyesal dengan tindakan bodohnya dulu

"ya , i janji dengan u . Lepas u habis kerja dekat sana , i kahwin dengan u . i ceraikan dia , Okay ?"

Amrin memandang wajah kekasih hatinya , Najwa . Benar , Najwa lah yang pernah meretakkan hatinya . Tapi , cinta itu buta . Hadirnya dia kembali membuatkan hati yang berkecai disatukan semula .

"u serious eh ?" Najwa mengangkat jari telunjuknya menunjuk ke muka Amrin .

"ya sayang . Betul " Kemudian Amrin menggigit perlahan jari tersebut .

"ish u ni . rosak jari ni , tak dapat la i nak shooting dekat sana , buruk gambar "

Najwa cepat cepat menarik jarinya .
Rosak impian dia nak menjadi model terkenal nanti .

"baguslah , takpayah i kahwin dengan perempuan tu . "

Wasiat datuknya lah yang menyebabkan dia perlu berkahwin secepat yang mungkin .

Untuk menjadi seorang CEO di Fiducia , Amrin perlu berkahwin dengan seseorang untuk menunjukkan bahawa dia merupakan seorang yang bertanggungjawab untuk menggalas segala hal di syarikat itu .

Diajak kekasihnya berkahwin , tetapi ditolak mentah mentah . Katanya ingin mengejar cita citanya dahulu .

Seminggu mencari pengganti , Amrin teringat akan janjinya 4 tahun lepas bersama Arina .

Masih sudikah wanita itu bersama dengannya ?

Masalah selesai apabila Arina percaya akan kata kata Amrin .

---------

"i rasa i pernah nampak perempuan ni . Tapi dekat mana eh ?" sengaja Najwa berteka teki .

Amrin di belakang dah tak senang duduk .

"she's my wife "

Najwa berpura pura terkejut .
Pandai u berlakon , Amrin .

Abang Where stories live. Discover now