Bab 18 - Sayang , cinta

1.2K 73 0
                                    

🌸🌸🌸🌸🌸

"Abah please . Am tak boleh "

Amrin menggeleng geleng kepalanya .

"Apa yang kamu tak boleh ? Jangan kata kamu dah jatuh cinta dengan perempuan tu "

Encik Fauzi atau lebih mesra dipanggil abah mula meninggikan suara .

"Abang , sudah la . Anak kita dah bahagia sekarang , bukan ke tu yang lebih penting ? " ibu Amrin menyampuk .

"Bahagia ? Habis tu anak orang tu ? Awak nak biar je ? Ida , ingat ye . Kita dah pernah berjanji dengan diaorang " Encik fauzi memberi amaran .

Ibu terdiam .

"Abah , Amrin boleh slow talk dengan el "

Orang tua itu hanya mendiamkan diri .

"Jujur Amrin cakap , 7 bulan hidup dengan Rina . Amrin dah mula jatuh cinta dengan dia " kata Amrin perlahan

Encik fauzi mula memicit kepalanya .

"ini la yang aku risaukan . macam ni lah . Sebelum kahwin , kemain Am janji dengan abah macam macam . Sekarang ni apa ?"

Abah , Amrin sendiri pun tak tahu perasaan begini akan hadir .

"Am , minta maaf abah " kata Amrin perlahan .

"Okay , abah bagi Am masa . Tapi kalau sampai Abah dengar el memberontak "

Encik Fauzi memandang tepat ke arah anak terunanya yang satu itu ,

" you have to marry her . Sama ada Am ceraikan Rina atau duakan Rina , itu pilihan Am sendiri "

Encik fauzi terus berlalu meninggalkan kedua dua beranak itu .

Amrin terduduk .
Dia tau najwa bagaimana . Pasti susah .

Amrin meraup wajahnya .

"sabar Amrin , banyakkan berdoa nak . Ibu tau , Allah pasti bantu " ibu mengusap belakang badan Amrin .

"Amrin tak sanggup ibu . Tak sanggup nak duakan Rina , apatah lagi nak ceraikan dia "

Amrin mula mengeluarkan air matanya .
Mana mungkin dia sanggup lukakan hati bidadarinya yang satu itu .

"Am cuba lah berbincang dengan El " pujuk ibu

"Ibu pun tahu Najwa tu macam mana . Dia tu keras kepala " Amrin dah mula berasa kusut .

"Amrin , nanti kamu fikir lagi . Hari dah nak malam ni . Baliklah , kesian menantu ibu tunggu suami tak balik balik "

Amrin cepat cepat bangun ,
Dia perlu berjumpa dengan Rina .
Dia rindu akan wajah cinta hatinya itu .
Belaian dari Rina sahaja yang mampu menghilangkan tekanannya .

"Amrin , balik dulu ibu . Kirim salam dekat kakak dengan adik . Assalamualaikum "

Dikucup tangan tua itu , syurganya .

"Waalaikumussalam , hati hati memandu "

🌸🌸🌸🌸🌸

Cerita yang dimainkan di televisyen langsung tak menarik perhatian aku .
Fikiran aku hanya menerawang memikirkan keadaan Amrin .

Selepas mandi dia kata ada benda yang mahu dibincangkan .
Aku takut , aku risau .
Risau apa yang dikatakan Nik dan Kris itu benar .

"Sayang " panggil Amrin .

Aku menoleh kemudian tersenyum .
Rileks Rina , tabahkan hati . Positif .

"Dah siap mandi ?" aku bertanya lembut

Abang Where stories live. Discover now