Bab 48 - Salah Faham

724 40 0
                                    

🌸🌸🌸🌸🌸

"Mak Nab . Sedapnyaaaaa " Aku menikmati apam balik buatan kami berdua sebentar tadi .

Mak Nab tersengih suka sambil tangan ligat membersihkan meja .

"Lepas ni , mak nab kene ajar Rina buat kuih lain pulak tau " Aku berkata dengan mulut yang penuh .

"Ya Arina , ya . Habiskan makan tu dulu , tercekik nanti nak oi "

Aku tersengih kemudian aku bangun dan bergerak ke arah mak nab . Takkan nak suruh dia kemas sorang sorang pulak ? Belum sempat aku mengangkat bekas bekas yang kotor itu , mak nab pantas memegang tangan aku .

"Tak payah . Tinggal tinggal , biar Mak Nab bersihkan . Datin nampak nanti , datin membebel " Mak Nab menepuk nepuk tangan aku perlahan .

Auch . Perlahan pun , bila dah banyak kali kena , ingat tak pedih ke ? Aku terus menarik tangan aku .

"Alaa , tapi rina yang suruh Mak Nab ajar ni semua . Takpelah , ibu tak marah . Rina yang nak tolong " Aku cuba lagi mengambil bekas tersebut .

Mak Nab menolak aku perlahan .

"Kalau nak tolong sangat . Tolong buat air tu "

Aku memandang teko yang berada di atas meja itu . Aku memandang mak nab semula . Seriously ?

Mak nab mengangguk kemudian tersenyum .

"Rina tu mengandung . Datin memang sayang sangat dengan cucu dan menantu dia . Memang datin jaga sungguh sungguh "

Aku hanya tersenyum . Fine fine , kang berdegil , mak nab yang kene marah . Bukan aku .

"Mak Nab bersyukur sangat bila tau Arina yang kahwin dengan Amrin "

Aku memandang Mak Nab yang sedang membasuh pinggan itu .
Kenapa ? Sebelum ni ada orang lain ke ?

"Kalau si El tu yang jadi menantu . Mak Nab taktau la nak kata apa . Dia buat rumah ni macam dia punya . Datin sendiri pun tak pernah arahkan Mak Nab itu ini " Mak Nab menggelengkan kepalanya . Uih , trauma dia dengan budak tu . Betul betul diva .

Aku tergelak . Tapi dia baik je sebenarnya cuma , adalah perangai dia yang buat orang tak suka . Biasalah , tak perfect .

"El selalu ke datang sini ?"

"Ehh , selalu . Kalau boleh tiap minggu dia nak tidur sini . First time Mak Nab tengok Rina dulu , Mak Nab dah lega . Sekurang kurangnya , setahun dua Mak Nab dapatlah bersiap sedia sebelum terima kehadiran dia "

Aku tergelak . Tapi , kejap !
Setahun dua ?
Siap sedia ?
Untuk apa ?

"Bila Mak Nab dengar Amrin merayu dekat datuk yang dia tak mahu kahwin dengan El , Mak Nab bertambah lega . Lagi lega bila tengok Rina mengandung ni "

Aku berhenti mengacau air tersebut . Kejap , aku tak faham . Najwa pernah plan nak kahwin dengan Amrin ke ?

"Mak Nab , bila El selalu datang rumah tu ?"

Mak Nab berfikir kemudian dia memandang aku .

"Ala , sebelum Rina nikah dengan Amrin la "

Oh . Bukan waktu dia sekolah ?
Jadinya , sebelum Amrin datang dekat aku , dia ada jalinkan hubungan dengan Najwa ?

Tapi kenapa ,

"𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 . 𝘈𝘯𝘥 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘢𝘬 𝘢𝘬𝘶 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 ? 𝘑𝘪𝘭𝘢𝘵 𝘭𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘬𝘦 𝘢𝘱𝘦 𝘯𝘪 ?"

Abang Where stories live. Discover now