"Kalau awak cinta saya, awak tak akan pergi dekat dia." Ujar Nayeon tidak puas hati. Selama ini dia perhati sahaja gerak geri lelaki itu. Bukan main rapat lagi dia dengan Young Hee membuatkan perasaannya sedikit berbelah bahagi terhadap lelaki itu.
Rowoon menguak rambutnya kasar kebelakang. Bagaimana lagi dia mahu buktikan pada gadis itu bahawa dia hanya cintakan gadis itu sahaja. Tiada gadis lain.
"Awak memang tak percaya saya.."
"Memang! Dari dulu lagi saya tak percaya awak. Saya ni macam dah dibutakan tahu tak. Apa yang awak buat belakang saya pun saya tak tahu. Dan sekarang baru saya sedar.." Nayeon diam. Nafasnya ditarik dalam. Air matanya yang meleleh keluar dibiarkan jatuh.
".. saya tak perlukan awak lagi. Anggap sahaja saya tarik balik apa yang saya pernah cakap pada awak haritu. Saya tak nak kahwin dengan awak!" Seusai berkata, terus Nayeon berlari meninggalkan lelaki itu.
Rowoon mengeluh lemah. Nayeon langsung tidak percayakannya. Apa yang gadis itu nampak hanya kemesraan dia bersama Young Hee.
✨
Hello😚Jangan stress sangat hokayyy. Simple je cerita ni. Tak berat sangat konflik dia💜
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9)
FanfictionSequel Be Mine Rowoon tekad. Dia pulang ke Korea dengan azam yang baru. Dengan impian yang satu. Bukan untuk buru cinta lamanya tetapi untuk mencari cinta barunya. Tanpa sedar, dia terjatuh hati dengan seorang gadis. Gadis itu pula sahabat kepada ci...