"Bukan main lagi anak dara awak tu bangun awal pagi." Tegur Puan Kang kepada suaminya saat melihat anak tunggalnya turun keruangan makan.
"Dating lah tu." Ujar Encik Kang.
"Morning omma. Morning appa." Ucap Nayeon sebaik sahaja duduk dimeja makan.
"Awal pula bangun Yeon. Bukan selalu matahari dah terpacak atas kepala baru nak tersedar." Sindir Puan Kang yang memahami sungguh perangai anaknya kalau duduk dirumah sahaja.
Nayeon tersengih. Nasi goreng buatan ommanya diceduk masuk kedalam pinggannya yang kosong.
"Dating mana je?" Tanya Encik Kang.
"Woon nak bawa makan, tengok wayang, fitting baju lepastu
shopping." Ujar Nayeon apa yang telah dijanjikan pada malam itu."Uishhhh habislah duit Woon lepas
ni.""Apa omma ni. Ingat Yeon ni kaki kikis duit laki ke?"
Tersengih Puan Kang mendengarnya. Encik Kang juga turut sama.
"Omma tak ada cakap apa- apa pun kan. Dah makan nasi tu. Berbual je sampai bila tak terusiknya." Tegur Puan Kang.
Nayeon mencebik. Dia yang ajak orang berbual lepastu nak disalahkan kita.
10 minit menghabiskan makanannya, bunyi hon kereta kedengaran dari luar rumahnya.
"Tu dah sampai bakal menantu kita." Puan Kang menegur.
Cepat Nayeon bangun. Minuman terakhirnya dihirup.
"Yeon pergi dulu." Tangan orang tuanya disalam.
"Hati- hati memandu. Pesan dekat Woon tu nanti."
"Beres omma." Tangannya ditunjukkan tanda okay.
Nayeon keluar rumah. Kasutnya disarungkan. Terus dia berlari anak masuk kedalam kereta milik Rowoon.
✨
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9)
FanfictionSequel Be Mine Rowoon tekad. Dia pulang ke Korea dengan azam yang baru. Dengan impian yang satu. Bukan untuk buru cinta lamanya tetapi untuk mencari cinta barunya. Tanpa sedar, dia terjatuh hati dengan seorang gadis. Gadis itu pula sahabat kepada ci...