Part 35💗

682 34 5
                                    

Sebaik sahaja sampai dirumah, Nayeon segera menyalami tangan omma dan appanya. Wajahnya cemberutnya ditayang tanda protes melihat Rowoon juga berada di situ. Di belakang omma dan appanya.

"Kenapa tak bagitahu nak datang?" Tanya Nayeon sebaik sahaja memberi jelingan maut kepada Rowoon.

Rowoon tergelak kecil. Sumpah comel!

"Saje. Lagipun Woon kata nak jumpa omma appa. Jadi kami datang lah sini. Kalau kamu berdua nak kesana jauh. Yeon pun bukannya cuti." Ujar omma.

Nayeon mencebik mendengarnya.

"Dah lah masuk." Terus tangannya ditarik masuk kedalam rumah. Nayeon mengambil tempat disebalah ommanya dan berhadapan dengan Rowoon.

"Haritu Woon cakap Yeon dah terima kan."

"Hmm ya. Kenapa?"

Nayeon menyoal balik. Wajah omma dan appanya dipandang.

"Omma dah bincang dengan appa. Woon pun okay. Emm... kami sebenarnya nak langsungkan perkahwinan kamu berdua secepat mungkin."

"Hah?" Hampir terlopong Nayeon mendengarnya.

Wajah Rowoon dipandang geram.

Nayeon mengeluh lemah.

"Omma.. Appa.. Memang Yeon terima Woon tapi... bukan secepat ni. Lagipun Yeon dah minta aunty beri masa pada Yeon..."

"Woon.." Mata Nayeon beralih menatap wajah lelaki itu.

"Saya harap awak faham. Awak tahu kan sebab apa yang berlaku dulu tu buatkan saya tak nak terima awak. Awak ingatkan. Jadi beri saya masa kalau tak mahu benda ni berulang." Penuh berharap Nayeon berkata. Dia cuma berharap semua yang berada dirumahnya ini faham.

"Tapi tentang perkahwinan tu Yeon teruskan ya. Kita rancang je dulu. Kita tempah semuanya dan pilih tarikh. Tapi... kalau memang tak nak teruskan kita batalkan terus." Appa mencelah.

Wajah omma penuh berharap yang dia akan terima cadangannya. Rowoon sudahpun menunduk memandang lantai.

"Kalau Yeon minta masa mesti omma appa tak bagi kan..." Nayeon menarik nafasnya dalam- dalam. Dia perlu buat keputusan dengan tepat. Ini melibatkan masa hadapan dia.

Nayeon kelu.

"Hmm.. Yeon terima."

Tak lama lagi konflik. Tak lama pun konflik dia. Biasa2 je😜 Sis so busy lah. Ahad ni sis dah last day. Inshaa Allah lepas tu bleh lah update banyak2.

Okay sis nak buat game sikit. Tak susah mana pun. Sis nak 1k dlu kalau nak update next part😚 Bleh ke idokkk? Kalau tak.... Tahulah nanti😉

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now