Nayeon menunggu grab car di tempat perhentian seberang rumahnya. Lama dia menunggu sehingga ada kereta berhenti dihadapannya.
Tetapi mengikut kereta yang ditempahnya, ini bukan orang yang betul patut menghantarnya. Dipandang kiri dan kanan, tiada orang langsung. Siapa pula kereta ini menunggu.
Cermin ditempat penumpang diturunkan. Nayeon memandang sekilas. Sah bukan orangnya. Tetapi.. Dia pandang lagi sekali. Dia cukup kenal. Sangat kenal.
"Hi Yeon. Tengah- tengah panas ni tunggu nak pergi mana?" Soal pemilik suara itu. Matanya redup memandang wajah cantik yang sedang duduk di perhentian itu.
Nayeon diam tidak melayan. Sudah lah tadi dia berasa tidak selesa melihat kereta yang berhenti dihadapannya. Rupanya orang lain pula yang datang.
"Err dekat cafe sombong. Dekat sini pun sombong."
Nayeon mencebik. Lama pula dia tunggu grab. Tak akan lah nak cancel pula.
"Yeon meh lah sini. Saya bawa awak pergi mana- mana sahaja yang awak nak."
Nayeon mula berfikir. Patut ke dia meminta bantuan Rowoon sahaja.
"Apa fikir lagi tu. Cepat masuk." Gesanya.
Lambat- lambat Nayeon ikutkan juga. Sekurang- kurangnya duit dia tidak melayang membayar tambang grab.
"Dah lah jalan." Ujar Nayeon melihat Rowoon yang masih tidak memandu lagi.
Terus tangan Rowoon melingkar dihadapannya. Terpejam mata Nayeon.
Tergelak Rowoon dengan respon Nayeon. Dia mahu membantu gadis itu memasang tali pinggang keselamatan sahaja.
"Hishhh." Geram Nayeon dibuatnya. Sempat pula nak ambil kesempatan. Cakap sahaja lah. Macam tak boleh.
"So nak pergi mana ni sayang?"
Tanya Rowoon dengan senyuman manisnya.
Sayang. Mencebik Nayeon mendengarnya.
"Ni." Nayeon menghulurkan telefonnya yang tertera alamat itu.
"Ni tempat belakang kedai ni Yeon. Awak nak jumpa siapa?"
Bertambah pelik Nayeon dibuatnya. Biar betul. Dia sendiri tidak tahu. Diikutkan sahaja kemana orang itu ingin berjumpa dengannya sehingga dia tidak menyiasat langsung tempat itu.
"Errr.."
"Siapa Yeon?"
"Tak tahu. Orang tu paksa saya. Kalau tak macam- macam dia nak buat kalau saya tak jumpa." Tubir matanya sudah bergenang. Takut apa- apa bakal terjadi pada dirinya.
"Tak apa. Saya ada. Saya teman
awak." Tidak semena- mena tangannya digenggan Rowoon memberi sedikit kekuatan.Terangguk- angguk Nayeon. Air matanya dikesat kasar. Mujurlah lelaki itu ada. Kalau tidak dia tidak tahu nasibnya nanti.
✨
Maaf lambat update😌
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9)
FanfictionSequel Be Mine Rowoon tekad. Dia pulang ke Korea dengan azam yang baru. Dengan impian yang satu. Bukan untuk buru cinta lamanya tetapi untuk mencari cinta barunya. Tanpa sedar, dia terjatuh hati dengan seorang gadis. Gadis itu pula sahabat kepada ci...